''Argh!'' bunyi suara raksasa kelas L mengaum. Bentuknya seperti seekor biawak dan saiznya empat kali ganda lebih besar dari seekor gajah dewasa.
''Er, raksasa mana ni?'' soal Robin yang menggeletar tubuh badannya melihat raksasa tersebut.
''Lawan lah'' ujar Hana seraya membaling cakra api ke arah raksasa tersebut.
Cakra api tersebut mengiris sisik raksasa tersebut. Raksasa itu mengaum lebih kuat sehingga burung berterbangan di udara.
''Mati lah nak'' ujar Akaily yang menelan air liurnya.
Raksasa itu hayun ekornya ke arah mereka. Mereka dengan segera lompat melebihi aras ketinggian ekor tersebut. Mereka semua terjatuh serta terduduk di atas tanah.
''Aduh!'' rintih Allen.
''Arghh!'' raksasa itu mengangkat kakinya ke arah mereka.
''Tembakan pembeku'' Hana mengangkat tangan kanannya serta membaling ais ke arah kaki raksasa tersebut.
''Tumbukan tanah!'' Ash menumbuk tanah dengan tangannya. Tanah menjunam naik ke atas badan raksasa tersebut.
Raksasa itu tergolek dari bukit. Raksasa itu berjalan perlahan masuk ke dalam gua meninggalkan mereka. Mereka menarik nafas lega.
''Fuh, nasib baik'' lega hati Ruby.
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi petikan gitar. Badan mereka seolah-oleh bergerak sendiri seperti dikawal sesuatu. Rupanya si kerudung atau lebih tepat ahli kumpulan Tyzer berada di situ.
''Sejak bila diorang kat sini?'' soal Akaily.
''Entah. Woi sejak bila korang ke sini!'' soal Nayrael dengan nada menjerit.
''Diam lah pari-pari''
''Ambil ni'' si kerudung membaling beberapa bom ke arah mereka.
Api berwarna jingga serta air muncul melindungi mereka terkena bom tersebut. Bom itu rosak apabila terkena air. Mereka semua terundur me belakang.
''Hebat lah, Hana'' puji Akaily.
''Tapi aku tak lakukan''
''Habis tu siapa? Kau seorang je yang ada kuasa api dan air'' ujar si Betty.
Api dan air tersebut hilang begitu saja. Si kerudung mengeluarkan sabit emas. Dia membaling sabit itu ke arah mereka. Akaily dengan segera mengeluarkan sebilah pedang. Dia menangkis serangan sabit tersebut.
Bom dibaling ke arah mereka. Allen berubah menjadi serigala jadian kemudian dia menangkap bom itu lalu baling bom itu ke arah lain. Si kerudung menuju ke arah Teera. Teera membaling cakra api ke arah si kerudung. Si kerudung elak dengan pantas.
Teera elak ke bahagian kiri saat bilah pisau dibaling ke arahnya. Si kerudung terus membaling bilah pisau ke arah Teera. Teera membalas dengan membaling cakra api.
Ruby menerkam salah seorang dari mereka. Si kerudung elak dari terkaman Ruby si vampire tersebut. Kuku tajam serta panjang seinci dua cm hendak mencakar dada si kerudung. Si kerudung tersebut tangkis dengan pedang.
Ash hentak tangannya di atas tanah. Golem kristal berketinggian dua meter menumbuk si kerudung. Tumbukan tersebut terkena pada wajah si kerudung. Bunyi tulang berlaga jelas kedengaran. Si kerudung terundur ke belakang.
''Api dan air. Hiah!'' Hana membaling bebola api serta air ke arah si kerudung. Si kerudung dengan segera memetik gitar.
Boom!
Mereka tertolak ke belakang. Tanah kini merekah hebat. Akaily membentuk pemanah dari kuasanya. Dia letak anak panah di busur kemudian matanya meliar memandang si keudung.
Anak panah dilepaskan serta terkena pada belakang badan di kerudung. Si kerudung memuntah sejumlah darah saat anak panah itu menembusi dadanya. Si kerudung jatuh tertiarap di atas tanah. Darah merah pekat mengalir keluar.
''Tak guna'' si kerudung mengetap bibirnya apabila melihat seorang ahli mati.
''Sini kau Teera!'' si kerudung membaling bom ke arah Teera.
''Gelombang muzik'' Nayrael dengan segera membentuk gelombang muzik. Gelombang itu menghalang bom itu terkena pada Teera.
''Thanks'' ujar Teera.
''Korang memang betul-betul melampau. Tiupan salji!'' teriak Hana.
Tiba-tiba cuaca yang panas kini menjadi cuaca sejuk. Mereka semua mengigil kesejukan sehingga ke tulang. Hana melepaskan beberapa tembakan ais ke arah si kerudung.
Si kerudung memetik gitar. Gitar itu menghasilkan gelombang suara. Robin pula menembak si kerudung yang memegang gitar dengan pistol.
Peluru tembus ke dalam badan si kerudung. Si kerudung tersebut jatuh ke atas tanah. Si kerudung membaling bom ke arah Robin. Robin membalas dengan tembakan.
''Teera, kalau kau nak tahu rakan kau berada dekat sini atau berada di samping kau sekarang adalah ahli kumpulan Tyzer'' ujar si kerudung.
''Siapa?''
''Tak seronok lah aku beritahu sekarang. Bye semua'' si kerudung membaling bom asap.
Sekali lagi si kerudungpergi kecuali yang telah mati. Hana kembalikan cuaca seperti asal. Mereka memandang ke arah Teera.
......................................
Burung phoenix Hana bernama Fiul dan ia merupakan burung jantan. Fiul boleh bercakap dalam bahasa manusia. Hana yang sedang memerhati bulan serta bintang di langit mengurut dahinya.
''Hana'' sapa Fiul di dalam badannya.
''Ya''
''Aku dapat rasakan ada aura kuasa lain di antara mereka berlapan''
''Aura macam mana tu?'' soal Hana. Kalau orang tengok dia bercakap sendiri mesti orang tu fikir Hana gila.
''Aku tak pasti, Hana. Kuasa yang terlalu hebat. Aku rasa kuasa seperti kuasa api dan air serta dua lagi kuasa tambahan''
''Mustahillah, Fiul. Macam mana ada seseorang boleh dapat api dan air serta dapat kuasa lain?'' soal Hana.
''Hana, kau lupa tentang dua elemen yang hilang beribu tahun disebabkan Jazz?''
''Ya, aku tahu dua elemen itu hilang. Apa kena mengenanya?'' soal Hana.
''Aku rasa seseorang itu dapat dua elemen yang hilang''
''Hmm, mungkin. Fiul kau tahu apa yang berlaku 1000 juta tahun dahulu? Macam mana bangsa manusia dapat kuasa? Kenapa vampire dan serigala jadian tidak lagi memburu manusia?'' soal Hana.
''Aku tak tahu Hana. Aku hidup pun baru 35 tahun. Aku pun tertanya-tanya tentang tu. Siapa yang menamatkan peperangan lapan elemen?''
''Sekejap, lapan elemen pernah berperang?'' soal Hana.
''Ya, Hana. Disebabkan peperangan tersebutlah kota Atlantis iaitu kota ilmu tenggelam dengan air''
''Tak apa. Suatu hari nanti kita akan tahu apa yang berlaku 1000 juta tahun dahulu''
Keesokannya mereka berlapan bersiap untuk pulang ke ke sekolah Para Falsafah. Mereka menikmati sarapan di meja makan sebelum bertolak.
''Sebelum pergi, aku nak tanya sesuatu'' renung mata Hana tajam ke arah mereka semua.
''Tanya lah'' ujar Betty yang mencicip airnya.
''Siapa di sini pengguna kuasa air kecuali aku'' soal Hana.
''Hana, kau merepek apa? Kau sorang je pengguna kuasa air dan api'' balas Akaily.
''Fiul iaitu burung phoenix aku dapat kesan aura kuasa sama dengan aku tapi lebih kuat. Siapa di antara korang berlapan yang ada kuasa api dan air?'' soal Hana.
''Er, Hana. Kau ni demam kot. Ke burung kau yang kurang siuman. Jom, kita beredar'' Teera alih topik.
''Hmm'' Hana memandang mereka dengan tidak puas hati.
''Kami pergi dulu, Hana'' ujar mereka serentak.
Mereka berlapan keluar dari rumah Hana. Mereka meniki kereta kuda kemudian balik ke sekolah Para Falsafah yang terletak di benua Utama. Hana pula masih tertanya-tanya.
YOU ARE READING
Legend of Teera (C)
FantasiTeera gadis yang hidup sederhana yang tinggal bersama ibu kandungnya tanpa mengenali ayahnya. Disebabkan kepintarannya, pengetua menyuruh dia berpindah ke sekolah Para Falsafah. Dia berpindah ke sana bersama dua sahabat baiknya. Di sana juga dia dap...