20. Minotaur

271 21 0
                                    

Bumi dibasahi air hujan yanh turun secara perlahan. Bulan dan bintang tidak kelihatan di dada langit kala waktu hujan. Bunyi katak jelas kedengaran di telinga Betty.

Betty sedang baring di ruang tamu. Kepalanya di sandarkan pada bantal berwarna merah hati. Pintu balkoni di buka sedikit membolehkan angin masuk.

"Teera tak balik lagi ke? Sudah sehari dia keluar. Hmm." gumam Betty sendiri.

Pintu apartment diketuk beberapa kali. Betty memandang ke arah pintu. Dia dengan malasnya menuju ke arah pintu ''Siapa lah yang datang ni?''

Tombol pintu dipulas. Betty dapati Akaily dan Nayrael berada di depan pintu apartmen "Korang berdua rupanya. Sila masuk''

Betty menuju ke dapur. Akaily dan Nayrael pun masuk. Mereka pun menuju ke arah dapur. Mereka bertiga melabuhkan punggung di atas kerusi.

''Mana Teera?'' soal Nayrael.

''Dia tak balik lagi''

''Kan hujan, jadi dia berteduh lah. Mungkin dia balik esok'' ujar Akaily yang membela Teera.

''Nayrael, kau kenapa ke sini?'' soal Betty yang memandang ke arah Nayrael.

''Boleh aku tidur kat sini. Kawan sebilik aku semua jalankan misi jadi tinggal aku sorang. Bolehkan?''

''Suka hati kau. Kau tidur dengan Akaily. Huaah, aku mengantuk ni. Jadi, selamat malam'' ujar Betty yang menuju ke biliknya.

''Maaf sebab Betty. Dia memang macam tu''

Nayrael sinis tanpa disedari Akaily. Dia sebenarnya tipu. Dia ingin jalankan misi untuk mencari siapa rakan Teera yang merupakan ahli kumpulan Tyzer.

.....................................................

Matahari mula terbit. Langit yang gelap kala malam kini diganti cerah. Kelihatan Allen dan Teera sedang tidur. Mereka berdua bersandar pada badan masing-masing. Teera membuka matanya. Dia dapati ada sesuatu sandar pada bahunya.

Dia baringkan Allen di atas tanah. Dia keluar dari gua tersebut ''Selamat pagi''

Tiba-tiba telinga dia dapat menangkap sesuatu iaitu bunyi. Dia dapati semak-samun bergerak. Mata Teera bergerak ke arah kiri dan kanan. Dia membuka langkah kakinya serta mengempal penumbuk gaya seperti mahu berlawan.

''Siapa tu?'' soal Teera.

Sesuatu keluar dari semak. Teera terkejut melihat separuh badan manusia berkaki kuda. Sesuatu keluar lagi iaitu lembu yang berjalan menggunakan dua kaki.

''Kenapa, Teera?'' soal Allen yang keluar dari gua. Dia gosok matanya. Dia pandang hadapan dan dapati ada makhluk pelik.

''Apakah?''

''Jangan risau. Kami tak makan korang. Sila ikut kami'' ajak lelaki itu.

Mereka berdua ambil beg sandang mereka sebelum ikut makhluk pelik tersebut. 15 minit kemudian, mereka sampai di sebuah kampung. Kebanyakan rumah dibina dengan kayu. Ramai juga yang mempunyai separuh badan manusia dan separuh kaki kuda.

Mereka semua pandang ke arah Allen dan Teera. Mereka melambai tangan kepada mereka berdua. Mereka berdua membalasnya. Mereka ke sebuah rumah kayu yang mempunyai dua tingkat. Ketua makhluk pelik itu memandang ke arah Allen dan Teera.

''Silakan duduk''

Allen dan Teera duduk secara bersila. Si ketua itu mengukir senyuman pada mereka berdua ''Saya tahu kamu berdua tertanya-tanya apakah kami ini. Kami adalah minotaur ataupun manusia myth''

''Minions?'' soal Allen yang mengerut keningnya. Teera tahan dari gelak.

''Allen, bukan minions. Minotur'' jelas Teera dengan bangga.

''Oh'' Allen angguk kepalanya tanda faham.

''Bukan minions dan bukan minotur. Minotaur''

''Eh, bunyinya nak dekat sama tadi''

''Tak apalah. Jadi, korang berdua ni dari mana? Apa korang berdua buat dekat pulau ni?'' soal ketua tersebut.

"Oh, kami berdua adalah pelajar dari sekolah Para Falsafah. Saya Allen dan ini Teera. Kami ke sini untuk cari bunga Carťļè''

''Begitu''

''Jadi, minotaur ni apa?'' soal Allen.

''Separuh badan manusia bercampur dengan haiwan. Separuh haiwan seperti lembu berjalan menggunakan dua kaki. Kami ada pelbagai jenis. Satu jenis kami adalah medusa''

''Medusa? Wanita yang berambut ulat tu?'' soal Teera.

''Ya. Dia sangat bahaya. Dia juga suka menyendiri. Sesiapa yang melihat matanya akan bertukar menjadi batu''

''Tak sangka jumpa sejarah baru. Nama aku pasti dalam ada dalam buku. Tak menyesal tidur kat pulau ni semata-mata cari bunga Carťļè. Dapat dua keistimewaan dalam satu masa'' ujar Allen dengan nada gembira. Minotaur itu hanya geleng kepala.

''Er, encik minotaur. Boleh tolong kami tak?'' pinta Teera.

''Kalau saya mampu, saya akan tolong sedaya saya boleh''

''Boleh tak salah seorang atau seekor dari korang ikut kami? Kami akan beritahu pada pengetua kami yang kami jumpa sejarah baru. Lepas tu, kami akan hantar kamu balik ke sini'' ujar Teera.

''Sebenarnya, kami pun nak keluar dari pulau ni. Kami nak bertemu dengan pemimpin Digra untuk majukan pulau ini. Kami juga nak tinggal di Digra''

''Bagus. Mari kita gerak'' ujar Teera. Dia tak sangka dia jumpa sejarah baru. Baru minggu lepas dia jumpa musang berekor sembilan kini dia jumpa minotaur.

Allen, Teera dan seekor minotaur lelaki menuju ke kapal. Minotaur lelaki tersebut tidak sabar untuk melihat Digra. Mereka bertiga naik atas kapal. Allen akan memandu kapal tersebut.

''Oh, apa benda ni yang kita naik ni?'' soal minotaur tersebut.

''Ini namanya kapal. Ia membawa penumpang di atas air'' jelas Allen.

''Hebatnya"

Allen menghidupkan enjin. Kapal berlayar dari situ. Teera memandang ke arah pulau kristal. Anak matanya menangkap sesuatu di pesisiran pantai. Seekor duyung wanita yang mempunyai ekor serta sisik berwarna unggu. Ikan duyung itu masuk semula ke dalam air.

''Tak mungkin''

''Teera, kau okey?'' sapa Allen. Teera terkejut sedikit dengan sapaan Allen.

''Aku okey. Jangan risau''

''Baiklah''

Allen mengerut keningnya. Dia terus pandu kapal itu ke jeti. Dia tak sabar nak balik rumah. Manakala Teera memandang pulau itu yang semakin lama semakin mengecil.

''Aku kena baca buku kota Atlantis''

............................................................

Kelihatan Teera sedang baca buku kota Atlantis di atas kationya. Dia menyiarap dan buku itu di hadapannya. Lampu suluh kecil menyinari buku tersebut. Akaily sedang nyenyak tidur di atas katil. Dengkuran halus jelas kedengaran di telinga Teera. Teera membuka helaian kedua buku tersebut.

Kota Atlantis
Di dalam laut
Arah selatan Digra
Bertentangan arah angin

"Buku ni bagi teka teki. Aku baru dapat jawapan untuk muka surat pertama. Jawapan untuk muka surat kedua. Hmmm'' Teera mengetuk-getuk pensel di kepalanya dengan perlahan.

''Teera" tegur Akaily.

"Eh, Akaily. Kau tak tidur lagi?''

''Teera, tolong masakkan aku bubur?'' mengigau Akaily.

''Mengigau rupanya''

Teera baca ayat di muka surat itu beberapa kali. Dia mula menguap. Matanya semakin mengecil.  Dia hampir-hampir tertidur memikir jawapan ''Huahh. Esok lah aku cari jawapan''

Teera ambil buku tersebut lalu letak di bawah bantal. Kepalanya ditindih di atas bantal. Dia tarik selimut menutupi separuh badannya. Matanya pejam untuk tidur.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now