Matahari memancarkan cahayanya ke seluruh dunia. Matahari yang baru bangkit dari malam yang gelap kini bertukar terang. Cahaya matahari menembusi tingkap bilik tidur.
Teera celik matanya. Dia ketepikan selimut yang menutupi badannya. Kakinya dialih dari atas katil kemudian jejak di atas lantai. Dia menggeliat kecil sambil meregangkan badannya.
Katil bersaiz besar, bilik juga sama. Di dalam bilik itu terdapat almari, meja solek serta bilik air. Bilik yang telah menjadi miliknya. Matanya mengerling ke arah jam di dinding.
"Okey, aku kena bersiap sekarang" bersemangat Teera. Dia bangun dari katil kemudian mencapai tuala di tempat sangkut tuala lalu menuju ke bilik air.
Selesai saja mandi, dia mengenakan gaun kembang. Gaun itu berwarna kelabu cair serta mempunyai manik-manik kecil berwarna silver . Berlengan pendek serta gaun itu mencecah lantai. Garisan leher gaun itu hingga ke paras dada Teera. Rambutnya diikat sanggul. Dia terpaksa pakai gaun itu kerana ia merupakan adat.
Selesai mengenakan gaun, dia menacap mukanya dengan bedak. Bibirnya dicilik dengan lipbum berwarna merah jambu supaya tidak pucat. Tak lupa juga sarung tangan dipakainya.
"Berdebar lah pula" jujur Teera. Jantung di dalam badannya berdegup dengan kencang seperti selesai saja berjoging. Dia tarik nafas lalu hembus.
"Kau boleh, Teera" ujarnya sendiri. Dia melangkah kaki keluar dari biliknya menuju ke dewan.
.....................................................................
Golongan bangsawan serta falsafah berada di dalam dewan itu. Mereka tak sabar untuk Teera dijadikan sebagai pemimpin Digra. Jantung Teera berdebar kuat. Takut, gembira serta kecewa bercampur engan emosinya.
Mahkota dipakai di atas kepala Teera. Dengan persetujuan bekas pemimpin, para falsafah, golongan bangsawan serta rakyat dia kini menjadi ratu. Ratu Teera yang bakal memerintah Digra.
Sejarah pertama yang mana seorang perempuan dijadikan sebagai pemimpin di Digra. Sejarah pertama seorang pemimpin dipilih dari kalangan rakyat atau falsafah.
"Dengan ini, Teera Weedi telah menjadi pemimpin Digra" ujar Raja Ricky dengan kuat serta lantang.
"Ratu Teera"
Pintu ditendang dari luar dewan menyebabkan mereka memandang ke arah pintu. Pintu itu terhempas ke dinding. Seorang perempuan masuk ke dalam dewan. Sayap berpelepah putih di belakang badannya. Dia merupakan angle. Secalit senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Hai, Teera" sapa Betty. Dia memegang pedang di tangan kanannya. Bilah pedang itu sepertinya dilumuri darah. Darah itu menitik-nitik jatuh di atas mozek.
"Betty?" terkejut Teera. Betty sudah bangun dari koma yang panjang.
"Maaf sebab lambat datang ke majlis pertabalan kau. Aku akan bunuh kau, Teera" Betty mengorak langkah ke arah Teera.
Teera dengan segera mengambil kerusi kecil. Dia angkat kerusi itu lalu baling ke arah Betty. Betty pun melibas kerusi itu dengan pedang miliknya. Kerusi itu terbelah dua. Pedang di angkat tinggi oleh Betty. Teera dengan segera golek. Pedang itu hampir kena pada badan Teera.
Teera berlari keluar dari dewan. Betty mengikuti Teera. Sayapnya dikuak depan dan belakang dengan laju supaya dapat mengejar Teera. Teera menuju ke tempat yang tiada sesiapa. Matanya menangkap sebilah pedang di dinding. Dia dengan segera ambil pedang tersebut. Kakinya melangkah ke tempat terbuka tapi tiada sesiapa. Dia berhenti berlari.
Betty mendarat di atas lantai. Matanya mencerlung tajam ke arah Teera. Berdendam dengan Teera. Hatinya membuak-buak membenci Teera "Aku akan bunuh kau"
Dia menerpa ke arah Teera. Teera hayun pedang itu sama juga Betty. Pedang sama dengan pedang berlaga. Betty menumbuk perut Teera membuat dia terundur ke belakang. Pedang dihayun ke arah lengan Teera. Teera dapat tangkis dengan pedang miliknya.
Teera tolak pedang itu ke atas lalu menendang kaki Betty. Betty terjatuh di atas lantai. Dia dengan segera hayun pedang itu pada gaun Teera. Dia menarik pedang itu dari bahagian bawah gaun. Teera terkejut lalu dia tepis pedang Betty. Pedang Betty terlepas dari genggamannya. Betty mengesot ke arah pedangnya.
"Habis gaun aku" omel Teera. Dia koyakkan gaun itu sehingga ke paras bawah lututnya. Nasib baik dia pakai seluar.
"Ambil ni" Betty terbang di udara lalu hayun pedangnya. Teera sempat tahan pedang itu dari kena kepalanya.
"Kenapa kau tak gunakan kuasa api kau?" soal Betty.
"Suka hati aku lah nak guna kuasa ke tak" Teera menolak Betty. Betty terbang di udara.
Dia menghayun pedangnya ke arah Teera. Manakala Teera membalas serangan dengan pedangnya. Teera berlari ke arah Betty lalu hayun pedangnya ke arah sayap milik Betty. Betty dengan segera kibas sayap miliknya. Angin terhasil dari hasilan kibasan tersebut. Teera mengangkat tangannya ke paras mukanya.
"Sini kau" Betty mengambil kesempatan menendang perut Teera. Teera terjelepuk di atas lantai. Dia lompat saat Betty hampir tilamnya dengan pedang.
Teera pusing ke kiri lalu hayun pedang. Hujung pedang itu mengiris buku lali Betty. Betty menetap bibirnya menahan ngilu. Betty menjejakkan kakinya di atas lantai. Dia hayun pedang di perut Teera. Teera lompat ke belakang beberapa kali.
"Hebat" puji Teera.
"Jangan nak puji. Aku akan bunuh kau" Betty mengorak langkah.
"Aik, puji pun salah" Teera tunduk saat pedang hampir mengenainya.
Betty hampir tersembab di atas lantai. Kakinya dengan segera berhenti secara mengejut. Badannya ditoleh ke belakang "Cis, tak guna kau"
"Siapa? Aku ke?"
Betty menyerang Teera. Teera membalas dengan pedangnya. Dua bilah pedang berlaga menghasilkan percikan api kecil serta bunyi.
Sring!
Sring!
Sring!
Masing-masing tidak mahu mengalah. Peluh membasahi dahi serta leher. Tercungap-cungap nafas kerana kekurangan oksigen. Mata mereka masih bertentangan. Membuka kekuda kaki untuk menyerang.
"Sini kau" pedang muncul dengan banyak lalu menuju ke arah Teera. Teera tersenyum sinis.
Dia menggunakan kuasanya. Pedang itu meletup lalu terpelanting. Betty menetap bibirnya. Dia lupa tentang kuasa sebenar Teera. Dia tak sangka Teera ada kuasa itu.
"Aku akan bunuh kau dan ambil darah kau"
"Oh, nak bangunkan Jazz dari tidur? Kau tahu ke Jazz ditidurkan kat mana?" soal Teera.
"Bukan urusan kau. Kalau aku dapat darah kau, Jazz akan memusnahkan semua pengguna elemen serta bangsa. Dia akan buat dunia" Betty menuju ke arah Teera. Pedang diangkat tinggi.
"Yeke? Hmm, menarik juga" Teera tunjukkan kuasa sebenarnya pada Betty. Betty mengetap bibirnya.
"Empat elemen berbeza dalam badan kau. Dua elemen yang hilang merupakan kuasa kau. Tak sangka kau pengguna kuasa lagenda serta dicemburui oleh pengguna elemen lain" Betty elak ke tepi namun pedang itu dapat menyentuh kulit Betty.
Pedang itu mengiris di bahagian perut sampai di bahagian rusuk. Betty terbatuk darah. Pakaiannya yang berwarna cerah kini berubah menjadi warna merah darah.
"I know that. Kau mesti tau di mana kita Atlantis"
"Bukan setakat kota Atlantis, tapi aku tahu apa yang berlaku 1000 juta tahun dahulu. Tahu macam mana bulatan elemen terbentuk. Tapi aku takkan beritahu kau" Betty semakin lemah kerana kekurangan darah. Pandangannya mula berkabur.
"Tak apa. Aku dah tahu sikit. Pengguna elemen pertama adalah adik-beradik? Betul tak?" soal Teera. Betty terkejut.
"Maafkan aku, Betty"
Teera gunakan kuasanya kepada Betty. Betty tergamam seketika. Dia rebah di atas lantai. Darah mengalir keluar dari badannya. Kini nyawa Betty sudah tiada.
YOU ARE READING
Legend of Teera (C)
FantastikTeera gadis yang hidup sederhana yang tinggal bersama ibu kandungnya tanpa mengenali ayahnya. Disebabkan kepintarannya, pengetua menyuruh dia berpindah ke sekolah Para Falsafah. Dia berpindah ke sana bersama dua sahabat baiknya. Di sana juga dia dap...