17. Musang berekor sembilan

273 25 1
                                    

Mereka bertujuh sedang berehat di bawah pohon yang rendang. Api berwarna jingga menyala di hadapan mereka. Langit kini berwarna biru gelap sambil ditemani bulan dan bintang. Bunyi cengkerik jelas kedengaran di telinga mereka.

"Bila lah bantuan nak sampai?" soal Robin yang baring menghadap langit. Bajunya terangkat sedikit hingga ke paras atas pusat.

"Esok kot. Huaah." menguap Ash tanpa menutup mulutnya.

"Nak katil. Tidur atas tanah tak selesa." rengek Nayrael seperti budak kecil.

Tiba-tiba mereka semua dengar bunyi tapak kaki. Mereka semua terus berdiri serta berjaga-jaga. Mana lah tahu harimau ke. Tak pasal-pasal jadi makanan pula.

Mereka semua dapati ada asap berwarna kelabu di sekeliling mereka. Mereka mula panik.

"Aaah. Asap apa ni?" soal Robin.

Mata mereka menjadi berat apabila terhidu asap tersebut. Dunia mereka seakan berputar-putar. Mereka semua pengsan secara serentak.

Ash buka matanya. Pertama sekali yang dia dapat lihat adalah syiling berwarna coklat yang diperbuat dari kayu. Ash bangun dari baring di atas lantai. Dia dapati dirinya di dalam sebuah bilik kosong.

"Aku kat mana ni?" Ash menapak menuju ke arah pintu. Dia memulas tombol pintu tersebut lalu keluar dari situ. Dia dengar suara sedang berbual.

Ash menuju ke depan di mana dia mendengar suara. Dia dapati mereka semua berada di ruang tamu sedang berbual dengan dua ekor musang yang berwarna jingga dan berwarna putih. Ash menapak ke arah mereka dengan penuh tanda tanya.

"Apa yang berlaku?" soal Ash.

"Semalam musang ni baling bom asap pada kita sebab dia anggap kita musuh. Tapi mereka salah sebab seekor burung phoenix memberitahu musang ni yang kita terpaksa duduk di sini untuk dapatkan bantuan." jelas Akaily.

Ash memandang ke arah musang itu. Musang itu mempunyai sembilan ekor. Ekornya digulung cantik. Dua ekor musang itu bertukar menjadi manusia membuat mereka terkejut. Telinga musang jelas kelihatan cuma ekornya tinggal satu saja.

"Apakah?" terperanjat Edor.

"Kami ialah musang berekor sembilan. Kami boleh bertukar menjadi manusia. Kami juga boleh beri nyawa kepada orang yang kami sayang." jelas perempuan itu. Mukanya berbentuk bujur. Idris matanya lentik. Bibir merah jambu agak mengancam sesiapa.

"Saya Diera. Ini abang saya Dyin." sambung perempuan itu. Dia perkenalkan lelaki musang itu yang mempunyai rambut berwarna jingga. Bentuk mukanya bujur. Hidungnya mancung.

"Musang berekor sembilan? Eh, mana lagi lapan ekor korang?" Nayrael bertanya.

"Kalau kami jadi manusia, lapan ekor kami disimpan" jelas Diera dengan nada ceria.

"Siapa di sini tuan kepada burung phoenix?" soal Dyian dengan wajah yang masam.

"Mana lah kami tahu." ujar Robin.

"Mesti tuan dia adalah salah satu antara korang berdua. Kalau korang nak tahu sesiapa yang mempunyai burung phoenix, kuasa dia hebat" jelas Dyian tanpa dipinta. Mereka pula memandang ke arah satu sama lain.

"Er, maaf fasal abang saya. Kami ada masalah sedikit. Boleh kamu semua bantu?"

"Boleh" jawap mereka serentak.

Diera dan Dyian melangkah kakinya menuju ke arah sebuah perpustakaan. Mereka hanya mengikuti saja. Diera ambil sebuah buku. Dia letak buku itu di atas meja. Dia selak muka surat dengan pantas.

"Apa benda dia cari ni?" soal Teera.

Diera berhenti menyelak muka surat. Anak matanya dapat dilihat bergerak ke atas dan ke bawah sambil jari telunjuk diletak di baris ayat. Mulutnya kumat-kamit membaca ayat tersebut.

"Sila baca ni" arah Diera. Mereka pun baca ayat yang ditunjuk oleh Diera.

Phoenix seekor burung lagenda. Burung ini mempunyai dua kuasa iaitu api dan air. Separuh badannya menjadi api, separuh lagi air.

 Separuh badannya menjadi api, separuh lagi air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Burung ini akan sentiasa melindungi tuannya. Hanya pengguna kuasa api dan air serta pengguna kuasa....

Mereka dapati ayat di tidak disambung. Sepertinya dipadam dengan sesuatu.

"Apa lagi satu pengguna kuasa?" soal Robin.

"Kami ada belajar tentang haiwan lagenda ni. Burung phoenix ni hanya ada pada pengguna kuasa api dan air saja. Apa lagi satu?" soal Ash.

"Ada. Dua lagi kuasa berlawanan selain api dan air. Jika kamu semua lihat dekat bulatan elemental, dua elemen hilang. Sesiapa yang dapat dua kuasa yang hilang tu bukan saja dapat phoenix bahkan dapat naga" jelas Dyian.

"Eh, macam mana korang boleh tahu?" soal Teera.

"Kami dapat tahu dari buku di sini tapi semua ayat tergantung. Kalau nak tahu cerita sebenar, korang kena cari buku sejarah tentang bulatan elemental serta di kota Atlantis" jawap Dyian.

"Kota Atlantis? Mana nak cari kota tu?" soal Edor.

"Sekejap" Dyian ambil sebuah buku yang mempunyai lima helai muka surat bersaiz 10 cm memanjang serta lima cm lebarnya. Tajuk buku itu tertulis kota Atlantis.

"Buku ni dapat membantu korang cari kota tersebut" Dyian serah buku kecil itu pada Teera. Teera ambil buku itu.

Dia selak helaian pertama. Helaian pertama hanya beberapa baris saja ayat saja. Ayatnya pula disusun senget.

Sebelum mencari kota Atlantis
Cari dulu ikan duyung wanita
Ekornya berwarna unggu
Di antara pulau terbiar
Dan pulau kristal

"Okey, buku ni bagi teka teki." ujar Akaily yang mendengar Teera membaca ayat itu.

"Nanti aku akan cari jawapannya. Kamu semua ada berapa ekor di sini?" soal Teera yang menutup buku itu. Dia masukkan buku itu ke dalam kocek sisinya yang mempunyai zip.

"Kami cuma ada 15 saja."

"Boleh bantu kami tak?" soal Danish.

"Bantu apa?"

"Salah seorang ikut kami balik. Kami akan umumkan penemuan sejarah baru kepada pengetua serta pemimpin. Nama kami akan dicatat dalam sejarah. Kamu juga pun sama." ujar Ash.

"Boleh. Saya akan ikut" ujar Diera.

"Saya akan ikut adik saya untuk awasi dia. Kadangkala dia terlekat dengan dunia luar"

"Baiklah. Jom ikut kami ke pesisiran pantai" ajak Teera.

Sebelum mereka pergi ke pesisiran pantai, dua ekor musang itu memaklumkan kepada musang yang lain. Mereka menuju ke pantai. Mereka dapati beberapa ikan ruyung serta sebuah kapal berada di tepi pantai.

"Ke mana korang pergi? Kami cari korang semua tau" bicara seekor ikan duyung. Dia dapati dua manusia yang mempunyai ekor seperti musang serta telinga musang.

"Maaflah. Kami kena culik dengan haiwan" perli Akaily.

"Siapa mereka berdua ni?" soal ikan duyung.

"Oh, mereka adalah musang berekor sembilan"

"Okey. Masuk cepat ke dalam kapal. Kami akan mengiringi kamu semua"

Mereka semua masuk ke dalam kapal tersebut. Edor iaitu pemandu kapal menuju ke tempat pemandu. Dia tak sangka seorang perempuan sedang duduk di situ. Dia mengukir senyuman pada Edor. Edor pun duduk di sebelah perempuan tersebut.

Kapal pun berlayar dari situ. Ikan duyung mengiringi mereka pergi ke jeti semula.

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now