37. Titah raja

280 14 0
                                    

Enam tahun kemudian...

Teera sudah tamatkan pelajaran. Dia kini bekerja sebagai falsafah. Banyak ciptaan yang dia hasilkan begitu dengan sejarah. Dia jumpa minotaur dan musang berekor sembilan membuat namanya dicatatkan dalam buku.

Dia kini berada di dalam biliknya. Kanta mata dilekatkan pada mata kirinya. Tangan kanannya memutar skru di alatan yang bakal dia cuba. Dia fokus membuat kerjanya itu. Nasib baik bilik kerjanya mempunyai kipas. Tidak lah dia berasa panas di situ.

Pintu diketuk beberapa kali. Tumpuan Teera beralih ke arah pintu. Dia tanggalkan cermin kanta di matanya "Masuk"

Tombol pintu dipulas serta ditolak dari luar. Rupanya seorang lelaki berpakaian kot berwarna hitam. Di dalam kot itu mempunyai baju berwarna biru. Gaya dia seperti golongan bangsawan.

Teera mengerut keningnya. Lelaki itu menuju ke arah Teera lalu menyerahkan surat. Teera ambil surat tersebut "Cik, nanti baca surat tu ya"

Lelaki itu keluar dari bilik tersebut lalu menutup pintu. Teera meneliti surat berwarna coklat. Tanda cop berwarna kuning pekat di surat tersebut "Ini macam surat dari raja je. Apa yang raja nak kat aku? Aku ada buat salah ke?" soalnya sendiri.

Teera buka surat itu. Satu kertas lagi satu kad. Teera ambil kertas itu lalu membuka lipatan tersebut. Surat serta kad diletakkan di atas pehanya. Dia pun baca surat tersebut.

"Raja nak jumpa aku? Peliknya" tahu Teera setelah dia selesai baca surat tersebut. Kad berwarna merah jambu sebagai kad bukti raja membenarkan seseorang masuk ke dalam istana.

"Pergi jelah. Mana tahu dapat ganjaran"

Teera alih surat itu. Dia kemudian melakukan kerjanya yang tergendala.

.........................................................

Teera kini berada di hadapan istana. Air liur diteguk ke kerongkong. Kakinya melangkah masuk ke dalam istana. Dia tunjukkan kad berwarna jambu kepada pengawal istana.

"Cik sila ikut saya" arah pengawal istana tersebut. Pintu pagar dibuka. Pengawal itu masuk ke dalam istana. Teera mengikuti pengawal tersebut.

Anak mata Teera meliar memandang dalam istana. Perabot serta alatan tersusun dengan kemas. Ukiran yang terukir pada dinding juga cantik. Dia naik tangga pergi ke tingkat dua. Mereka sampai di sebuah bilik yang besar serta luas. Mempunyai sofa, meja, almari dan sebagainya.

"Cik, sila tunggu di dalam bilik ni"

"Baiklah. Terima kasih"

Teera masuk ke dalam bilik itu. Dia menuju ke arah sofa. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa "Luasnya istana ni. Berapa lah bilik dalam istana ni?"

"Teera" tegur seseorang.

Teera dapati raja Ricky bersama isterinya masuk ke dalam bilik tersebut. Teera dengan segera berdiri. Dia tunduk 45 darjah untuk menghormati si raja.

"Ampun, tuanku"

"Eh, jangan lah formal sangat. Kamu boleh panggil saya ayah sebab saya tiada anak"

"Er, rasa pelik pula" Teera angkat kepalanya. Dia garu kepalanya yang tidak gatal.

"Sila lah duduk" jemput Raja Ricky.

Teera pun mengikut suruhan si raja. Raja serta isterinya duduk di hadapan Teera. Dayang masuk ke dalam bilik sambil menatang dulang. Di atas dulang tersebut mempunyai kah air serta gelas. Dayang tersebut letak dulang itu di atas meja kemudian beredar.

"Kenapa tuanku panggil patik ke sini?" soal Teera.

"Kan saya dah cakap. Jangan lah formal sangat"

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now