3. Sekolah Para Falsafah

402 34 1
                                    

Teera, Akaily, dan Betty berada di ladang ternakan binatang. Pengetua sekolah mereka juga berada di situ. Mereka bertiga membawa beg untuk ke sana. Pengetua berjumpa dengan pemilik ladang ternakan tersebut.

Teera dan rakannya hanya menunggu pengetua mereka di pondok. Sementara menunggu pengetua, mereka berbual dahulu.

"Betty, kau naik Griffin ke? Bukan kau ada sayap sendiri untuk terbang?" soal Akaily.

"Kau ingat aku larat ke nak bawa beg bagasi yang berat dan besar? Lagi satu, aku malas nak terbang" jujur Betty.

"Teera, Akaily, Betty" panggil pengetua. Mereka bertiga memandang ke arah pengetua.

"Kamu boleh bergerak sekarang. Nanti Griffin ni akan mendarat di kawasan lapang yang disediakan"

Mereka bertiga pun tarik beg bagasi beroda menuju ke kandang Griffin. Griffin adalah kepala helang berbadan singa. Teera, Akaily dan Betty letak beg bagasi di atas Griffin . Mereka naik atas Griffin dan pegang tali kolar yang bersambung dengan leher Griffin tersebut.

 Mereka naik atas Griffin dan pegang tali kolar yang bersambung dengan leher Griffin tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    (Imej Griffin)

"Ini pertama kali aku naik Griffin. Harap tak jatuh lah" ujar Akaily.

"Jangan risau. Griffin akan bawa dengan perlahan. Nanti kamu bertiga pergi ke stesen keretapi ya. Lepas naik keretapi, nanti ada kereta kuda yang bawa kamu bertiga ke sekolah Para Falsafah" bicara pengetua.

"Terima kasih"

"Sama-sama"

Griffin pun terbang setingginya. Mereka bertiga naik setiap seekor Griffin. Mereka pegang tali kolar itu sekuatnya. Nasib baik Griffin tak terbang laju. Griffin terbang membelah awan. Teera agak tergamam melihat permandangan dari atas.

"Cantiknya"

Beberapa jam kemudian, Griffin pun mendarat di kawasan lapang berdekatan dengan bandar. Mereka bertiga turun dari Griffin dan bawa beg bagasi menuju ke stesen keretapi. Mereka bertiga tinggal di benua Ghaz. Sekolah Para Falsafah terletak di benua Utama. Perjalanan dari benua Ghaz ke benua Utama mengambil masa lima jam.

Mereka bertiga masuk ke keretaapi. Keretaapi bergerak menuju ke benua Utama. Teera duduk di tepi tingkap memandang pemandangan di luar. Dia melihat pelbagai puak di situ. Keretapi merentasi sungai. Teera melihat rakannya sudah tidur maka dia tak.

Keretapi berhenti setiap stesen. Pemandu keretapi beritahu para penumpang tiba di stesen supaya para penumpang dapat keluar dari situ. Teera hanya mendengar saja setiap kali sebelum 15 minit tiba di stesen seterusnya.

"Stesen benua Utama akan tiba dalam masa 15 minit" ujar si pemandu keretapi.

"Akaily, bangun. Sekejap lagi kita akan sampai di benua Utama" Teera menepuk pipi Akaily dengan perlahan.

"Haa" Akaily mengeliat. Dia membuka matanya lalu menggosok mata kanannya.

"Kejut Betty, Akaily"

Akaily hanya mengangguk. Mungkin dia blur sebab baru bangun dari tidur. Dia pun kejut Betty bangun. Akhirnya keretapi berhenti di stesen benua Utama. Mereka bertiga keluar dari perut keretapi membawa beg bagasi. Mereka nampak sebuah kereta kuda yang bertulis sekolah Para Falsafah. Mereka bertiga menuju ke arah kereta kuda itu.

Seorang lelaki perasaan dengan kehadiran mereka bertiga segera turun dari bahagian depan kereta kuda tersebut "Oh, kamu dah sampai. Sila lah masuk. Biar saya letak beg ni"

Pintu kereta kuda dibuka oleh lelaki itu. Mereka bertiga masuk ke dalam kereta kuda itu. Lelaki itu tolong mereka dengan nakkan beg bagasi ke dalam kereta kuda. Setelah selesai, pintu kereta kuda ditutup. Lelaki itu naikdi bahagian depan kemudian gerakkan dua ekor kuda yang menarik mereka.

Kereta kuda bergerak secara laju sedikit. 25 minit kemudian, kereta kuda berhenti bergerak. Teera buka pintu dan tarik beg bagasinya. Dia kini berada di dalam sekolah Para Falsafah. Mereka segera turun dari kereta kuda. Kereta kuda pun segera beredar. Mereka berada di kawasan meletakkan para pelajar untuk ke situ.

Mereka pun masuk ke bawah blok. Kedengaran suara guru sedang mengajar pelajar di dalam kelas. Ada juga sebahagian pelajar yang lalu di koridor itu. Mereka bertiga merentasi kelas di situ. Mereka bernasib baik kerana ada pelan sekolah itu.

"Kita nak pergi mana?" soal Akaily.

"Kita pergi pejabat pengetua"

Mereka ikut saja pelan sekolah yang ditampal setiap blok. Tiba-tiba seseorang langgar Teera secara tidak sengaja. Dia seorang lelaki dan juga serigala jadian. Teera nampak telinganya yang berbulu. Lelaki itu pandang ke arah Teera.

Tinggi lelaki itu hanya sejengkal satu cm dari tinggi Teera. Rakannya iaitu Akaily dan Betty paras ketinggian mereka di bawah telinga Teera. Lelaki itu agak tergamam 'Tinggi juga gadis ni'

"Maaf, aku tak sengaja" pinta lelaki itu.

"Oh, tak apa"

"Nama aku Allen. Korang ni pelajar baru ke?" soal Allen.

"Ah, ah. Aku Teera. Yang pakai cermin mata tu Akaily dan yang tu Betty" senyum Teera.

Jantung Allen tiba-tiba berdebar kencang. Dia terperasan ada sesuatu di belakang mereka bertiga iaitu angle cinta. Allen tergamam seketika. Angle cinta hanya boleh nampak apabila angle itu menyasarkan anak panah cinta pada seseorang.

Allen melihat ke arah dadanya. Dia terkejut melihat anak panah menembusi dadanya. Gambar di hujung anak panah mempamerkan gambar Teera iaitu gadis di hadapannya sekarang ni!. Allen cari mana angle cinta itu. Nampaknya angle itu sudah hilang.

"Hei" Teera lambai tangan di hadapan muka Allen.

"Er" Allen garu kepalanya yang tidak gatal.

"Kau tahu di mana pejabat pengetua?" soal Teera.

"Tahu. Mari aku tunjukkan" Allen tarik tangan Teera membuat mereka bertiga terkejut.

Akaily pandang dengan tidak percaya manakala Betty tergaga mulutnya sehingga lalat masuk ke dalam mulut. Teera terkedu bila lelaki itu pegang tangannya. Ini pertama kali tangannya dipegang lelaki. Mereka bertiga ikut Allen. Allen pula masih tidak melepaskan tangan Teera.

"Huis, first masuk sekolah ni kena pegang lelaki" usik Akaily.

"Malu lah tu. Muka merah-merah. Nak cendol?" usik Betty pula.

Teera pandang rakannya dengan pandangan tajam. Dia tak pernah mendekati mana-mana lelaki sebelum ni. Lelaki ini iaitu Allen berani pegang dia.

Akhirnya mereka bertiga sampai di pejabat pengetua. Allen lepas genggaman tangannya. Teera ucap syukur di dalam hatinya "Terima kasih"

"Sama-sama"

Mereka bertiga pun masuk ke dalam pejabat bertemu dengan pengetua. Allen pandang anak panah di dadanya. Dia terkejut melihat anak panah itu semakin ke dalam dadanya.

"Cepatnya anak panah ni masuk. Bukan perlahan ke?" fikir Allen. Dia berjalan sambil berfikir apa yang dia lakukan tadi.

Dia baru teringat yang dia pegang tangan Teera. Patutlah anak panah itu masuk dengan cepat ke dalam hatinya. Kalau dia bersama dengan seseorang yang dipanah untuk kita, maka cepatlah anak panah itu masuk ke dalam hati. Ia boleh menjurus kepada perasaan suka atau cinta.

"Tak guna kau angle cinta. Kalau aku dapat kau, aku gigit sayap kau sehingga putus. Aku kena cari angle tu sebelum tepat pukul 12.00 malam pada hari ketiga. Kalau tak aku akan cinta pada Teera"

"Tapi dia cantik apa? Allen, apa kau fikir ni. Stress aku macam ni" Allen bebel seorang diri membuat dia dipandang oleh para pelajar. Para pelajar hanya hiraukan Allen yang bercakap seorang diri seperti orang gila.

Tbc

Legend of Teera (C)Where stories live. Discover now