eunsol bersendirian di tepi locker dan pelik dengan perangai jeongguk sebenar tadi, bukan tadi jeongguk ajak untuk study di library bersama harini? kenapa balik dulu pula?
"peliknya...ada benda jadi ke?" eunsol mengomel sendirian.
eunsol hairan melihat muka jeongguk tiba-tiba berubah pucat dan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa pun, mungkin jeongguk rasa tak sedap badan kut.
eunsol mengalas beg sandangnya dan ingin bersiap pulang ke rumah. langkahnya terbantut kerana beg sekyung masih ada di dalam locker.
"ni kan beg sekyung, dia tak balik lagi ke?" eunsol membelek-belek beg sekyung yang bersendirian di locker.
eunsol melihat sekeliling koridor dan memeriksa makmal tapi hanya dia seorang sahaja berada di sini.
"erm semua dah balik la, beg sekyung ni takkan nak tinggal. nanti hilang pula." eunsol mengalas beg sekyung dan ingin mencari sekyung.
mata eunsol ternampak bayangan perempuan berjalan ke arahnya, dia mengecilkan mata dan mula mengecam.
"sekyung?" gembira eunsol bila ternampak sekyung terus dia pergi ke arah sekyung sambil membawa beg sekyung sekali.
sekyung yang jalan terhuyung-hayang dan matanya merah seperti menangis lalu terbatuk-batuk menepuk dada.
"se..kyung? awak.." eunsol risau melihat keadaan sekyung yang sangat tak okay.
sekyung memandang tepat anak mata eunsol dengan mata merah berairnya.
"awak okay ke sekyung? ni beg awak." eunsol memberikan beg kepada sekyung tapi belum sempat eunsol menyerahkan beg sekyung.
sekyung telah jatuh rebah mencium lantai dan nasib baik eunsol sempat memapah lengan sekyung sebelum dia jatuh di atas lantai.
"sekyung!" terjerit eunsol bila sekyung menjadi lembik seperti tiada tulang.
"sakit..dada aku sakit..tolong..." air mata sekyung bercucuran jatuh sehinga membasahi pipinya dan muka sekyung seperti tak cukup nafas.
eunsol tak dapat nak katakan apa-apa kerana tergamam melihat keadaan sekyung dah lah dia seorang sahaja.
"jeongguk..." perkataan terakhir yang disebut sekyung lalu terus tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」
Fanfiction❝terbagi musuh makan biskut pengasih?❞ re-written 2020. 𝙉𝙊 𝘾𝙊𝙋𝙔𝘾𝘼𝙏 𝙋𝙇𝙀𝘼𝙎𝙀