+ 28

3.6K 561 206
                                    

pada awal pagi di kelas semua orang mengerumuni eunsol dan bertanya tentang gambar yang dimuat naik semalam.

"eunsol kau bercinta dengan jeongguk ke? sejak bila?" tanya classmate.

"ya, baru je semalam." kata eunsol sambil menyelitkan rambut ditepi telinga dan berasa malu.

"wuuuu congrats! hope kekal!"

pelajar lelaki kelas lain mula datang ke kelas eunsol kerana ingin memastikan betul ke tidak eunsol hak milik jeon jeongguk sekarang ni?

ini kerana eunsol yang digilai ramai lelaki akhirnya memilih jeongguk sebagai teman lelaki dan ramai lelaki kecewa dengan tindakan eunsol.

sekyung yang baru pulang dari tandas baru sahaja masuk ke dalam kelas. sekyung tak tahu apa yang berlaku kerana ramai sangat pelajar lelaki yang datang ke kelasnya.

pelajar lelaki yang menumpukan perhatian dekat eunsol sekarang berubah kepada sekyung.

wajah sekyung tiada perasaan dan tidak memandang sesiapapun. dia langsung tak kesah dengan apa yang sedang berlaku sekarang dan hanya meletakkan kepala di atas meja.

"siapa tu? cantiknya dia."

"budak baru ke?"

"tu sekyung yang gangster tu kan?

"siyes ah do? lawa siyel."

budak lelaki bercakap tentang sekyung dan melupakan eunsol yang mereka gilai sebelum ini.

eunsol terdengar ramai lelaki memuji sekyung dan eunsol memandang sekyung yang tidur di mejanya.

eunsol pergi ke arah sekyung dan menegurnya.

"selamat pagi sekyung, awak tidur lewat ke semalam?" tanya eunsol risau.

sekyung mengangkat kepala dan matanya tertacap pada gelang yang dipakai eunsol.

bukan ke gelang ni yang sekyung mahukan dan hanya mampu pandang sahaja sewaktu keluar dengan jeongguk? kenapa ada di pergelangan tangan eunsol pula?

sekyung berdiri dan ingin menyentuh gelang eunsol. belum sempat sekyung menyentuhnya gelang itu tiba-tiba terputus.

eunsol terkejut lalu segera mengutip serpihan gelang yang terjatuh di atas lantai dan. sekyung hanya berdiri dan memandang eunsol.

pada ketika itu jeongguk masuk ke kelas lalu ternampak eunsol mengutip sesuatu di atas lantai di hadapan sekyung.

jeongguk ternampak gelang yang dipakai eunsol putus dan hanya eunsol sahaja mengutipnya. ia menimbulkan kemarahan jeongguk terhadap sekyung.

jeongguk terus menarik tangan sekyung keluar dari kelas dan membawanya ke tempat lain.

jeongguk membawa sekyung ke koridor kelas yang berada di hujung blok dan melepaskan tangan sekyung dengan kasar.

"kau buat apa dengan eunsol!?" marah jeongguk dan sekyung terkejut dengan suara keras jeongguk.

"kenapa kau diam?! jawablah aku tanya!" jerit jeongguk.

"a-aku tak buat apa-apa pun." suara sekyung terketar-ketar.

"kau putuskan gelang eunsol, fikir aku tak nampak! kau sengaja buat macam tu sebab kau dengki dengan dia kan?!" jeongguk menolak sekyung sehingga sekyung hampir terjatuh.

"aku tahu kau marahkan aku sebab tinggalkan kau tapi tak perlu lepaskan kemarahan dekat eunsol. aku yang bersalah bukannya dia! aku pantang betul perempuan macam kau ni cari pasal dengan girlfriend aku!" kata jeongguk seperti tiada otak.

biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」Where stories live. Discover now