+ 27

3.3K 487 132
                                    

eunsol pergi ke arah locker lalu mendapati ada sepucuk surat jatuh di atas lantai apabila dia membuka pintu locker.

eunsol hairan dan mengambil surat itu di atas lantai.

to : my favourite girl

from : your crush

"your crush...?" eunsol membuka surat dan membacanya. muka eunsol yang tiada riaksi bertukar menjadi malu dan mula tersenyum.

**•̩̩͙✩•˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*

"saya dah baca surat awak ni." kata eunsol sambil tersenyum dan menghulurkan sepucuk surat kepada jeongguk.

jeongguk dari tadi tidak mengeluarkan suara dan masih terkejut apa yang sedang berlaku sekarang.

jeongguk dengan gopoh mengambil surat itu dan membacanya, ya inilah surat yang dia tulis dan sepatutnya surat ini berada di tangan sekyung. macam mana dapat kat eunsol pula?

"dari mana awak d-dapat surat ni?" tanya jeongguk.

"dalam locker saya." jawab eunsol dan perasan jeongguk macam lain sedikit sejak dia sampai tadi.

wajah jeongguk berubah dan teringat dekat yoongi, ya jeongguk berasa tidak puas hati terhadap yoongi.

"jeongguk...awak okay?"

"saya okay." sekarang jeongguk mati kutu dan bila-bila masa sahaja sekyung akan sampai, apa yang harus dia lakukan sekarang?

"eunsol apa kata kita pergi tempat lain? aaa kita pergi rooftop." jeongguk segera menarik tangan eunsol dan membawanya ke atas.

eunsol terkejut dengan kelakuan jeongguk dan hanya membiarkan sahaja jeongguk membawanya.

sampai dirooftop jeongguk melepaskan tangan eunsol dan berdiri menghadap eunsol.

"eunsol awak jangan salah faham, saya sebenarnya suka-"

"sebenarnya saya suka awak jeongguk." kata eunsol kepada jeongguk yang tengah bercakap.

jeongguk terdiam dan kalini perkara ini betul-betul buat dia terkejut sampai meremang seluruh badannya.

"saya dah suka awak lama, saya tak mampu dah bagitahu awak sebab saya malu. saya takut yang awak takkan balas perasaan saya. sejujurnya saya gembira lepas saya baca surat awak tu jadi....

.....awak sukakan saya kan?" kata eunsol dan memandang jeongguk dengan penuh harapan.

jeongguk berfikir sejenak, bukan ini yang dia benar-benar mahukan. selepas apa yang dia lakukan bersama sekyung takkan nak tinggalkan sebab eunsol?

eunsol perempuan yang dia suka kini sudah menyukainya. kenapa dia langsung tak perasan dan terus melulu membeli biskut pengasih.

otak jeongguk bercelaru dan hatinya berbelah bahagi. tipulah kalau dia dah move on dari eunsol sebab sekyung.

jeongguk hanya menafikan sahaja perasaannya kepada eunsol selama ini kerana ingin bertanggungjawab terhadap sekyung.

eunsol melihat wajah jeongguk menjadi kusut selepas sahaja dia memberitahu isi hatinya.

eunsol tiba-tiba memegang wajah jeongguk dan berkata. "saya tak tahu apa yang jadi tapi saya anggap yang awak sukakan saya hanya sebagai kawan."

"izinkan saya buat begini untuk kali pertama dan terakhir." kata eunsol dan mencium bibir jeongguk.

eunsol meleraikan ciuman sekejapnya dan berjalan ke pintu rooftop sambil menyeka air matanya.

jeongguk dengan segera menarik tangan eunsol.

biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」Where stories live. Discover now