"jika orang kamu cinta makan biskut itu dia akan terus mencari kau dan luahkan rasa cinta dia dekat kau. lebih kurang dia macam kena pukau. dekat sini kesan dia tiada apa-apa yang menyakitkan, dia hanya akan terus melekat dengan kau je."
"kalau orang lain yang makan biskut tu, dia akan rasa pedih di tekak dan batuk sepanjang masa, yelah biskut pengasih tu kan dibuat dari air liur aku banyak kuman mana tak batuk."
jeongguk hanya mengangguk dalam masa yang sama dia geli dan kesian dekat eunsol, geng sekyung dan manusia terakhir makan biskut itu.
"kemudian dada dia akan sakit dan berdengup kencang kerana hati dia cuba meletakkan kau secara paksa." kalini bomoh agust d bercakap dalam nada serius.
jeongguk tongkatkan dagu di atas meja dan mendengar sahaja orang tua ni mengomel seorang diri.
apa kau fikir bomoh ni duk atas lantai je ke? ni bomoh agust d la moden kit duk dekat meja kayu ikea fuh fuh, first chap je duduk bersila atas lantai sebab tak cukup bajet nak beli.
"lepastu otak dia akan terus membayangkan wajah ke-handsom-an kau walaupun dia tak mengenali kau ataupun membenci kau, lama kelamaan dia akan menangis sebab terkejut."
"w-wow" itu saja yang mampu jeongguk katakan.
"patu dia akan pengsan selama satu hari untuk refreshkan otak dan hati dia, erm mungkin ingin membuang orang yang dia cinta? tak pastilah." tekun tok bomoh bercerita.
"kenapa kejam sangat? nasib eunsol tak makan biskut tu." jeongguk lega.
"kau masih sukakan dia? aku rasa patut kau lupakan eunsol dan mencari cinta sejati kau."
"tapi eunsol la cinta sejati saya." jeongguk berkerut dan tak faham dengan kata-kata bomoh agust d. takkan la dia nak lupakan eunsol macam tak logik.
"no no no, cinta sejati kau ialah orang yang terakhir makan biskut tu." tok bomoh mengoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan sambil muncungkan bibir.
"TAK BOLEH!" jeongguk menjerit dan memandang bomoh agust d terkejut.
"kau ingin membuat orang makan biskut tu merana? tiada penawar untuk menghilangkan rasa cinta terhadap kau selain..."
"selain?" jeongguk tertanya dan pasti dia kena dengar benda ini.
"mati."
jeongguk terkentut.
YOU ARE READING
biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」
Fanfic❝terbagi musuh makan biskut pengasih?❞ re-written 2020. 𝙉𝙊 𝘾𝙊𝙋𝙔𝘾𝘼𝙏 𝙋𝙇𝙀𝘼𝙎𝙀