"siapa seterusnya? ha cepat la bentang kat depan. masa nak dekat habis ni." kata saem yang duduk di belakang.
"jeongguk sekyung saem! aduh pat lah bentang, aku maleh betul nak bentang minggu depan." kata taehyung kepada jeongguk yang masih tak bergerak pergi ke hadapan.
"sabar la cibek, nak pergi lah ni." jeongguk mengambil pen marker sebagai alat untuk menulis di hadapan.
jeongguk memandang sekyung yang masing tercari-cari sesuatu di dalam beg dan di bawah meja.
jeongguk hairan dan husnuzon yang sekyung mesti bawa kertas presentation tu, takkan la tak bawa kut.
sekyung mengaru kepala dan memandang jeongguk dengan muka bersalah sambil mengerakkan mulut seperti "tak bawa." dari tempat duduknya.
mata jeongguk membulat dan terus pergi ke arah sekyung.
"mana kertas presentation tu? kau bawa ke tak."
"weh aku minta maaf, aku tak sengaja. aku betul-betul dah letak kertas tu semalam dalam beg tapi takda pula." muka sekyung cemas dan ingin menangis.
jeongguk menghela nafas berat dan menahan diri dari mengeluarkan kata-kata kesat dan amarah kepada sekyung, ingat sekyung sekarang tak sama macam dulu.
"takpa la weh, nak buat camna dah jadi." kata jeongguk.
"ha jeongguk sekyung cepatlah bentang, tunggu apa lagi!" marah saem.
"s-saem kiteorang tak bawa....kertas presentation tu." kata jeongguk dan tersengih.
**•̩̩͙✩•˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*
jeongguk dan sekyung berdiri di luar kelas sambil mengangkat tangan ke atas.
"maaf jeongguk, sebab aku. kita kena tebalkan muka duk luar." kata sekyung dan menundukkan kepalanya. memang nampak down gila sekyung dan takut-takut nak pandang muka jeongguk.
"y-yah kau ni tak payah la down sangat, presentation je kut hahaha." jeongguk menyiku lengan sekyung dan tergelak kecil.
"kau tak marah ke...sebab sebelum ni kau tak suka aku lagi-lagi aku ni menyusahkan."
"buat apa nak marah, wat lek wat peace sudah. aigoo sekyung jangan macam ni please, aku okay. nampak tak aku sengih ni. aku takkan marah kau sebab hal kecil tu la." jeongguk sengih kepada sekyung.
"lagi satu...apa yang aku cakap sebelum ni. aku tak maksudkan apa-apa pun. aku masa tu tengah marah jadi otak pun tak dapat kawal aku. kau tak menyusahkan jadi jangan terlampau fikir sangat."
"yang kat luar tu jangan bersembang! angkat tangan lurus-lurus!" sergah saem dari dalam kelas.
"baik saem!" kata sekyung dan jeongguk serentak dan diiringi dengan gelak ketawa kecil kerana masing-masing hampir termelatah akibat jerkahan saem.
**•̩̩͙✩•˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*
sohee dan sekyung berjalan ke arah pintu pagar sekolah selepas tamat waktu sekolah.
"sekyung, aku nak tanya kenapa aku rasa kau dah berubah sikit eh?"
"maksud kau?" sekyung hairan.
"takdalah, aku macam tak biasa dengan kau sekarang. kau macam orang lain. selalunya kau akan mencarut, marah tak tentu pasal. haaa paling ketara kau boleh duduk dekat dengan jeongguk tanpa bergaduh?!"
"hahaha apa kau ni, kau je kut rasa camtu. aku rasa tiada apa yang berubah pun dekat aku ni. pasal jeoggguk pula, dia tu okay apa. takdalah jahat sangat." kata sekyung.
![](https://img.wattpad.com/cover/114915381-288-k81535.jpg)
YOU ARE READING
biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」
Fiksi Penggemar❝terbagi musuh makan biskut pengasih?❞ re-written 2020. 𝙉𝙊 𝘾𝙊𝙋𝙔𝘾𝘼𝙏 𝙋𝙇𝙀𝘼𝙎𝙀