𝙅𝙀𝙊𝙉𝙂𝙂𝙐𝙆
aku mengekori sekyung yang berjalan ke arah taman yang mempunyai air pancut di lantai serta pokok bunga dengan pelbagai baka.
sekyung agak teruja dan jakun melihat suasana yang amat ceria dan cantik.
comel pula aku tengok sekyung ni.
aku perasan di lantai mar mar itu terdapat lubang kecil seperti lubang air pancut.
sekyung betul-betul berdiri di kawasan itu dan dia tak perasan tempat itu ialah tempat air pancut.
"sekyung!" jerit aku dan menarik sekyung dari berdiri di kawasan lubang kecil itu.
air pancut memancut setingginya apabila aku menarik sekyung.
sekyung terpeluk badan aku lalu getah rambut sekyung terputus dan rambutnya jatuh serta merta.aku terpandang matanya dan pada waktu itu sekyung sungguh jelita dengan rambutnya yang lurus dan panjang, ia membuatkan aku terpegun sebentar.
aku menikmati waktu itu sehingga tidak perasan yang kami berada di dalam bulatan air pancut, kami tak sempat kena air kerana ketangkasan aku menarik sekyung.
"j-jeongguk?" sekyung memandang aku pelik kerana tidak melepaskan tubuhnya.
"m-maaf!" aku melepaskan sekyung dan menjauhinya sedikit.
aku malu hendak memandang sekyung kerana dia betul-betul lawa dengan rambut macam tu, nampak ayu gila.
"aish boleh pula dia putus masa ni." sekyung menyikat rambutnya dengan jari dan merapikan rambutnya.
aku curi-curi pandang sekyung dan pada masa itu sekyung menyelak rambutnya seperti iklan shampoo di tv.
aku terpesona dan mengalihkan pandangan, siyes aa tu sekyung.
"aku nak beg aku balik boleh tak?" sekyung senyum lalu memandang aku.
aku hilang arah melihat senyuman sekyung dan segera menyerahkan beg sekolahnya.
"jeongguk kau okay tak ni? kenapa nampak macam tak sihat?" sekyung mendekati aku dan jantung aku mula berdengup laju.
"aku okay, jauh sikit boleh tak. aku tak nak kena air pancut ni." kata aku kepada sekyung lalu sekyung menjauhi aku sedikit.
"jum redah, takkan sampai malam kita nak duk sini." kata sekyung dan bermain air pancut dengan tangannya.
"tak nak lah nanti basah, aku tak suka basah-basah ni sejuk. lagipun nanti beg sekolah basah leceh la nak jemur buku."
"macam kambing takut air hahaha." usik sekyung.
"m-mana ada lah, air pancut ni nanti berhenti la kita tunggu je."
"kalau camtu iyelah."
sekyung diam dan aku pun sama, tiada topik nak borak masing-masing main phone sendiri.
aku dapat satu idea dan patut buat camtu untuk mengenali rapat sekyung.
"ada whatsapp tak? nak nombor boleh?" kata aku dalam nada mengorat.
"buat apa?" tanya sekyung pelik.
"saja."
sekyung seperti teragak-agak nak bagi dan segera aku mengambil phone sekyung lalu mencari nombornya.
aku mendail nombor phone sekyung dan menyimpannya di contact phone aku.
"thankyou." aku menghulurkan phonenya kembali.
lebih kurang 30 minit kiteorang terkandas dalam bulatan air pancut kerana aku malas hendak membasahkan diri aku.
aku rasa macam nak berbual sikit dengan sekyung.
YOU ARE READING
biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」
Fanfiction❝terbagi musuh makan biskut pengasih?❞ re-written 2020. 𝙉𝙊 𝘾𝙊𝙋𝙔𝘾𝘼𝙏 𝙋𝙇𝙀𝘼𝙎𝙀