jeongguk duduk di hadapan bomoh agust d dan merenungnya tanpa berkelip, bomoh agust d juga merenung jeongguk.
dah 30 minit mereka berdua asyik merenung antara satu sama lain tanpa berkelip.
ni main permainan cili masuk mata ke apa?
"macam ni lah, dia memang cintakan saya selama-lamanya ke? dan takkan pandang orang lain sampai akhir hayat dia?"
bomoh agust d angguk perlahan.
jeongguk sudah pun meramas rambutnya tanda dia tak percaya semua ini.
"ada penawar tak untuk hilangkan kesan biskut pengasih ni? saya sanggup bayar berapa je untuk hilangkan biskut pengasih ni" kata jeongguk walaupun sebenarnya dia tengah pokai.
"ada, caranya ialah mati. duit tak boleh buat apa-apa bila melibatkan perkara magis." kata bomoh agust d tanpa sebarang riaksi.
kini wajah jeongguk berubah pucat dan dia menelan air liurnya yang kesat.
**•̩̩͙✩•˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*
𝙅𝙀𝙊𝙉𝙂𝙂𝙐𝙆
aku jalan tanpa arah tuju selepas pulang dari rumah bomoh agust d.
bila aku keluar dari rumah agust d dan toleh kebelakang rumah tu hilang dan tinggal semak samun hutan je.
aku tergamam dan tak mampu nak berbuat apa-apa, mungkin bomoh agust d nak bertapak kat tempat lain dan nak cari mangsa baru.
sebelum tu bomoh agust d ada pesan sesuatu dekat aku, dia cakap jangan abaikan sekyung kalau tak, hidup sekyung akan jadi gelap.
bak kata lain, aku ni macam cahaya sekyung untuk meneruskan kehidupan.
bila dengar rasa bangga lak sebab berharga juga aku ni kat manusia tapi rasa geli pulak orang sekyung.
kemungkinan kalau aku bersama perempuan lain tiada makna sekyung nak hidup kat dunia ni.
aku tak sangka biskut pengasih ni puaka gila, yekew sekyung mati kalau aku bersama orang lain? mati sebab apa? bunuh diri? takkan la sekyung bukan macam tu.
macam tak logik.
aish aku langsung takda perasaan dekat sekyung, simpati adalah sikit.
aku berjalan ke arah lorong kedai tiba-tiba aku terdengar satu pasangan ni bergaduh kat atas bangunan.
aku memandang ke atas dan jelas mereka sedang melakukan drama tak berbayar.
"awak jangan tinggalkan saya, saya tak boleh hidup tanpa awak!" menangis perempuan tu sambil merayu kepada lelaki itu.
"lepaslah! hubungan kita sampai sini je bulan depan saya nak kahwin, kalau keluarga saya tahu pasal awak teruk saya kena!" lelaki itu menolak perempuan itu menjauhinya.
nak gaduh pun, tak yah gaduh kat situ. bahaya kut kalau jatuh, naya je hidup.
aku hanya saksikan semua itu macam dalam panggung wayang cuma takda popcorn je.
"sampai hati awak buat saya macamni! kita dah bersama 5 tahun! sampai hati awak kan? kalau awak tinggalkan saya, saya akan bunuh diri saya!" perempuan tu masih meluahkan isi hatinya dengan tangisan.
YOU ARE READING
biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」
Hayran Kurgu❝terbagi musuh makan biskut pengasih?❞ re-written 2020. 𝙉𝙊 𝘾𝙊𝙋𝙔𝘾𝘼𝙏 𝙋𝙇𝙀𝘼𝙎𝙀