+ 32

2.7K 443 172
                                    

yoongi membuka pintu almari sekyung lalu mencampakkan baju yang siap dilipat dan digantung di dalam almari ke atas lantai.

"apa kau buat ni!?"

sekyung terus mengambil baju-baju di atas lantai dan juga baju melayang ke sana ke sini disebabkan yoongi.

"aku nak tapis semua baju kau."

"kau dah kenapa gila?"

yoongi masih mencampakkan baju sekyung tanpa mempedulikan sekyung yang naik angin melihat dia berbuat begitu.

"apa ni? banyaknya seluar sukan? kenapa banyak sangat t-shirt size lelaki ni? mana semua baju gadis kau?"

"yoongi baik kau berhenti selongkar almari aku! takda adab kau tahu tengok almari perempuan!"

"kejap ni baju kau ke?" yoongi menunjukkan baju yang diberi oleh jungkook pada waktu seketika dahulu.

"yelah baju siapa lagi?" sekyung terus rampas baju itu dan campak di ke dalam almari.

yoongi keluar dari bilik sekyung dan bawa satu beg bagasi besar masuk, yoongi membuka beg bagasi itu dan tunjuk kepada sekyung.

"baju siapa kau rembat ni banyaknya."

"baju akak aku, dia dah kahwin semua baju ni dia tak pernah pakai lagi. dia dah ada anak satu so tau taula badan mengembang. dari buang baik sedekah kat kau."

"bapak singkat sia skirt ni." sekyung memperagakan skirt itu di pehanya.

"bukan normal ke skirt atas lutut?"

"tak normal, menyampah aku tengok perempuan nowdays keluar pakai skirt macam ni. tak takut kena kacau dengan penyumbangleweng ke?"

"aku lagi nyampah tengok kau pakai seluar sukan masa kat sekolah."

yoongi menarik laci almari sekyung dan muncul lah seluar sukan bersaiz besar pelbagai warna. yoongi raba raba seluar itu sambil memandang euw tak ada taste.

"kalau aku jadi pengetua, aku haramkan pelajar perempuan pakai seluar dengan skirt."

"eh cool bodo pakai seluar dengan skirt memandai je kau nak haramkan."

"nampak selekeh, fikir nak pergi pasar tani ke?"

sekyung mengacukan penumbuk dibelakang yoongi yang sedang seluar shaming sekyung.

"jangan berani kau pakai seluar ni pergi sekolah, jadi bahan jenaka je kau nanti."

"baiklah atuk yoongi, saya pakai kat rumah je."

lepas siap kemas baju di dalam almari, yoongi tiba-tiba mencampakan sehelai baju dan seluar jeans kakak dia kepada sekyung dan mujur sekyung sempat sedia menadah tangan.

"pakai ni, aku bawa kau pergi salon."

"buat apa?"

"jual rambut kau."

"tipu! jangan apa-apa kan rambut berharga aku!"

yoongi mengulingkan mata ke atas melihat riaksi sengal sekyung.

"wahai cik sekyung, rambut kau tu dah macam sarang ahli neraka. agaknya kalau aku campak guli dalam rambut kau hilang tak jumpa cari."

"over je ahli neraka, eh jap-siapa nak bayar. aku memang tengah miskin teruk ni."

yoongi mengeluarkan kad hitam dari dompet tebalnya.

"mende uh." sekyung tertanya-tanya.

"black card unlimited card."

biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」Where stories live. Discover now