+ 26

3.4K 506 49
                                    

jeongguk berjalan di koridor kelas sambil menyemak senarai barang yang perlu ada untuk persiapan melamar sekyung di dalam phonenya.

"tempat dah ada, belon dah tempah, gelang pandora udah dibeli, apa lagi eh?" jeongguk berfikir lalu menaip sambil berjalan.

"jeongguk." sapa eunsol yang datang dari tangga hujung.

jeongguk terkejut dan terus menyorokkan phonenya di belakang badan.

"i-iya?" balas jeongguk.

"awak dah siap matematik? boleh tak saya-" belum sempat eunsol menghabiskan ayat jeongguk memotongnya.

"belum, maaf." jeongguk tersengih dengan riak wajahnya bersalah.

"kalau macam tu takpelah, terima kasih." kata eunsol dan pada waktu yang sama sekyung jalan melepasi jeongguk dan eunsol.

jeongguk tidak menjawab kata-kata eunsol malah dia pergi ke arah sekyung tanpa menghiraukan eunsol di hadapannya.

eunsol berasa tergamam kerana melihat jeongguk tidak kesah pada dirinya, bukan ke selama ini jeongguk selalu ambil berat tentangnya? kenapa sekyung pula?

mula terbit rasa terkilan dan sakit hati di dalam hati eunsol terhadap jeongguk dan sekyung.

"good morning." sapa jeongguk yang tiba-tiba datang berjalan di sebelah sekyung.

"ah iya morning too." jawab sekyung nak taknak. sebenarnya sekyung nampak jeongguk dengan eunsol jadi sekyung cemburu dan emosinya terganggu.

"kenapa muka kau cam sedih je? ada apa-apa jadi ke harini?" tanya jeongguk prihatin.

"takda apa-apa lah sebab pagi kut tu yang cam barai je pagi ni." tipu sekyung sedangkan dia tengah sakit hati.

jeongguk mengangguk dan diam sepanjang berjalan menuju ke kelas yang berada di hujung sekali.

"tadi kau cakap apa dengan eunsol? kau ajak dia date ke?" tanya sekyung dalam nada tiada perasaan tanpa memandang muka jeongguk.

"ajak date? mana ada. dia cuma tanya kerja sekolah matematik. aku cakaplah tak siap tuje." jawab jeongguk.

"ouh yeke okay." sekyung sepi kembali.

jeongguk tergelak dalam hati kerana melihat sekyung cemburu terhadap eunsol.

"kau nak ponteng kelas matematik tak?" tanya jeongguk dan sekyung berhenti berjalan lalu memandang jeongguk.

**•̩̩͙✩•˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*

"silakan masuk tuan puteri." jeongguk membuka pintu rooftop kepada sekyung. sekyung masuk ke sana dan ikuti dengan jeongguk.

"dari mana kau jumpa tempat ni? jap macam mana kau boleh masuk tempat ni bukan berkunci ke?" tanya sekyung.

"tengoklah siapa jeon jeongguk en semua benda aku boleh buat, setakat dapat kunci ni pergh kacang." jeongguk bermain kunci rooftop dengan tangannya.

sekyung berdecit dan menjeling kerana perasantannya jeongguk.

sekyung melihat permandangan dari rooftop ini dan mengambil udara segar sambil mengeliat.

jeongguk hanya memerhati gelagat sekyung dan mendapati emosi sekyung sudah kembali seperti sedia kala.

"oh ya bukan kau suka kelas matematik ke? kenapa nak ponteng pula?" sekyung memandang jeongguk yang berada di belakangnya.

biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」Where stories live. Discover now