+ 29

3.4K 518 147
                                    

yoongi berasa kasihan melihat sekyung menangis tiga kali dihadapannya dan mungkin ini juga kali keberapa entah sekyung menangis sebab jantan tak guna tu.

yoongi memeluk sekyung dan menepuk belakangnya umpama seorang abang yang memujuk adik yang sedang terluka.

"nangislah kalau tu buat kau lega." kata yoongi dan makin kuat sekyung menangis.

yoongi menyumpah jeongguk banyak kali di dalam hatinya, kenapa yoongi harus berada di sini tenangkan sekyung sedangkan ini tugas jeongguk?

bertambah sakit hati yoongi apabila teringat kata-kata jeongguk sewaktu yoongi berjumpa dengannya semalam.

**•̩̩͙✩•˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*

jeongguk berjumpa yoongi di cafe secara tiba-tiba kerana yoongi mengajaknya.

"kenapa hyung tiba-tiba nak jumpa kat cafe ni? buang tebiat ke apa? hahaha." jeongguk tergelak.

"kau tu yang buang tebiat. kau bagi biskut pengasih dekat eunsol supaya terima kau ke? takdelah cuma aku pelik la cam tiba-tiba kan hahaha." perli yoongi.

sejak yoongi nampak jeongguk tengking sekyung. yoongi dah mula tak suka jeongguk kerana perangainya yang tak matang walaupun selama ni mereka berkawan rapat.

mungkin sekyung bukanlah sesiapa tetapi yoongi tak bodoh untuk memihak dekat jeongguk yang terang-terang bersalah.

"apa hyung cakap ni? biskut pengasih? fikir aku kejam sangat ke nak bagi kat eunsol?" jeongguk sedar layanan yoongi berubah sejak dia bercinta dengan eunsol.

"oh dekat sekyung boleh pula kau jadi kejam. baru aku tahu..." yoongi menganggukkan kepala tanda faham sambil menghirup secawan kopi.

"ajak aku pergi cafe setakat nak perli aku baik tak payah! ni mesti pasal sekyung sebab tu kau nak jumpa aku kan?!" tanya jeongguk dalam nada yang tinggi.

"aku tak mula apa-apa lagi, dah kenapa emo?"

muka jeongguk jelas sakit hati dengan layanan yoongi yang diberikan kepadanya.

"untuk pengetahuan kau ni semua berpunca dari kau. kau yang letak surat yang sepatutnya sampaikan sekyung tiba-tiba ada kat eunsol." jelas jeongguk.

"kau sendiri tahu yang aku dah lama sukakan eunsol. aku memang tak boleh paksa diri aku tolak orang aku suka disebabkan mangsa biskut pengasih puaka tu!"

dengar je apa yang dikata jeongguk, urat leher yoongi mula tegang. rasa macam nak patah-patahkan je jeongguk jadi biskut.

yoongi tarik nafas dan mula mengeluarkan kata-kata yang mampu menikam jeongguk.

"oh punca dari aku? okay lah kalau kau memang tak boleh reject eunsol dan tak boleh accept sekyung but why kau tengking dia dan salahkan sedangkan tu kesalahan kecil?" yoongi mulakan strateginya dengan berkata sopan dan tajam.

"kau boleh je terang dekat sekyung apa sebenar perasaan kau tanpa sakiti hati dia. layan dia baik sebagai kawan even kau tahu dia tak boleh move on. kau boleh je putuskan hubungan ni tanpa perlu menyakiti sesiapa."

kalini yoongi bercakap memang pakai otak 100% dah lama tak berucap pedas macam ni.

"tapi kau tetap juga ikut kepala otak kau yang tak betul tu tengking dia sebab seutas gelang terputus..? siyes ar jeongguk?" yoongi tersengih dan ingin tergelak.

wajah jeongguk berubah kerana setiap apa yang yoongi kata seakan-akan padan pada dirinya tapi tak bermakna dia akan mengaku salah di hadapan yoongi.

"kesalahan kecil kau cakap? sekyung tu dia putuskan gelang eunsol yang aku bagi time aku melamar eunsol. nampak sangat dia nak serang eunsol. aku sebagai teman lelaki takkan nak berdiam diri je? silap hari agaknya sekyung tu belasah eunsol." kata jeongguk.

biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」Where stories live. Discover now