jeongguk melalui di hadapan barisan kedai dan baru sahaja balik dari cafe siber selepas kalah bermain game di sana.
jeongguk memeriksa phonenya jika ada mesej dari eunsol tapi hampa, tiada langsung mesej dari eunsol.
"aik satu harini langsung tak tanya khabar?" dahi jeongguk berkerut. pelik je eunsol sekarang, jarang chat jeongguk dulu.
hari ni hari minggu dan hari cuti jadi mereka langsung tak bertemu. selalunya masa macam ni lah mereka bertemu janji macam pasangan baru bercinta.
ralit jeongguk melihat phone sambil berjalan, dia ternampak susuk tubuh perempuan yang amat dikenali berada jauh sikit dari dia.
eunsol berjalan di sebelah seorang lelaki yang sedang membawa sebuah kotak. jeongguk tak tahu siapa lelaki itu, hanya nampak dari belakang sahaja.
eunsol tersengih-sengih berbual dengan lelaki itu. jeongguk tergamam sebentar melihat kemesraan mereka berdua.
jeongguk mula mengintip dan mengikuti langkah mereka secara senyap-senyap.
apabila melihat dari jarak yang dekat barulah jeongguk kenal siapa lelaki itu. dia ialah jaehyun dari kelas 5-1, seorang pelajar harapan sekolah dan juga atlet.
jeongguk pernah dengar yang jaehyun juga pernah menaruh perasaan terhadap eunsol tapi tak tahulah kalau eunsol pun tahu tentang perkara itu.
jeongguk tak nak lah tuduh melulu dan menganggap eunsol curang di belakangnya. terus jeongguk call eunsol untuk meminta kepastian.
jeongguk meletakkan phone di telinga sambil memerhatikan eunsol dari jarak jauh. eunsol melihat lama phone itu sebelum mengangkat panggilan dari jeongguk.
"hai eunsol, awak buat apa tu?" sapa jeongguk mesra dan berpura-pura seolah macam tak nampak apa-apa.
"hai, aaa saya tengah study ni. awak pula?"
hati jeongguk bagai ditembak apabila eunsol cuba menipunya.
"saya baru je balik dari cafe siber sekarang on the way balik rumah. awak kat rumah ke tu?"
"haah saya kat rumah, erm maaf jeongguk saya busy ni. malam nanti saya call balik. take care, bye." eunsol terus menamatkan panggilan tanpa sempat jeongguk membalasnya balik.
eunsol yang berada di sebelah jaehyun tertunduk memandang tanah. jaehyun pula menepuk bahu eunsol dan cuba bercakap dengannya.
jeongguk berasa marah dan sakit hati melihat mereka berdua. oh jadi sebab ni lah eunsol jarang chat dia dulu? ada lelaki lain rupanya.
busy konon, cakap jelah dah jumpa kumbang lain.
"kau sailang girlfriend aku eh, tunggu kau esok." jeongguk mengenggam kuat phonenya sambil memandang marah jaehyun.
**•̩̩͙✩•˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*
jeongguk dengan marah melulu ke arah jaehyun lalu menumbuk wajahnya kasar dan menyebabkan jaehyun jatuh terduduk di luar laluan kelas.
"k-kau dah kenapa jeongguk?!" jaehyun yang masih terduduk di lantai bengang terhadap tindakan drastik jeongguk.
"kau goda girlfriend aku lepastu nak tanya aku kenapa?! kau bodoh ke sial?!" jerit jeongguk sehingga membuatkan pelajar lain memandang mereka berdua.
"apa kau cakap ni? bila masa aku goda girlfriend kau?!" jaehyun bangun semula dan berasa marah selepas wajah mulusnya ditumbuk oleh jeongguk.
YOU ARE READING
biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」
Fiksi Penggemar❝terbagi musuh makan biskut pengasih?❞ re-written 2020. 𝙉𝙊 𝘾𝙊𝙋𝙔𝘾𝘼𝙏 𝙋𝙇𝙀𝘼𝙎𝙀