mulai harini sekyung cuba menjalani hidup tanpa berkomunikasi dan berjumpa dengan jeongguk.
sekyung buat keputusan untuk pendam sahaja isi hatinya dan abaikan sahaja perasaan sedih yang dia tak tahu akan membunuhnya perlahan-lahan.
Day 1
sejak dari semalam sekyung hanya duduk di bilik bermain phone, itu pun dia hanya baring di atas katil dan stalk instagram jeongguk dan eunsol lepastu check last seen jeongguk.
apa yang dia dapat dari stalk mereka ialah jeongguk dan eunsol online dan offline pada waktu yang sama.
sekyung juga sering melihat gambar dia bersama jeongguk sampai letak kat wallpaper home screen sebab terlalu rindu.
sekyung masih setia menunggu jeongguk jelaskan semuanya dan kembali kepadanya tetapi hampa hanya maxis sahaja yang setia mesej sekyung tanpa henti.
sekyung mula rasa menyalahkan dirinya yang tak attractive dimata jeongguk dan perangainya yang menyebabkan jeongguk pergi.
sekyung akhiri harinya dengan menangis sampai tertidur.
Day 4
sekyung mula buat kerja rumah dan busykan diri dia. pada awalnya sekyung berjaya lupakan jeongguk sekejap dengan melakukan aktiviti yang dia minat.
tetapi malangnya, tiba sahaja waktu malam perasaan rindu dan sayang kepada jeongguk datang semula. kadang-kala perasaan kosong juga singgah dihati sekyung.
sekyung cuba tengok kdrama yang best tapi dia masih teringatkan jeongguk kerana kdrama itu kisah percintaan sekolah sehingga sekyung berasa sangat lonely dan perlukan jeongguk untuk ceriakan harinya yang kelam.
sekyung juga masih tak berhenti check last seen jeongguk dan menangis menunggunya.
Day 9
sekyung bosan kerana asyik terperap di dalam rumah. dia cuba mencari hobi baru yang dapat mengembirakan hatinya.
sekyung cuba berbasikal pada waktu petang di sekitar perumahan dan menghirup udara segar yang tak seberapa segar.
semasa sekyung berbasikal dia terbayang jeongguk dan dirinya berbasikal bersama-sama pada waktu begini dengan gembira.
pada waktu yang sama sekyung teringin nak terserempak dengan jeongguk ketika naik basikal walaupun jeongguk tak duduk di kawasan perumahannya.
sekyung berasa okay sedikit kerana berbasikal dan dapat menghilangkan rasa kesepian dari duduk dalam bilik je.
tapi sekyung nak sangat bagitahu jeongguk apa yang dia buat harini tapi tak boleh kerana sekyung bukanlah sesiapa bagi jeongguk.
Day 13
sekyung hilang minat pada semua aktiviti yang dia buat dan kembali terperap di dalam bilik.
YOU ARE READING
biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」
Fanfiction❝terbagi musuh makan biskut pengasih?❞ re-written 2020. 𝙉𝙊 𝘾𝙊𝙋𝙔𝘾𝘼𝙏 𝙋𝙇𝙀𝘼𝙎𝙀