BAB1

6.4K 185 3
                                    

"arrghhh..!" Jerit Iris terus terduduk dari pembaringan. Nafasnya tercungap cungap, peluh membasahi dahinya yang licin seperti baru habis lari satu pusingan padang.

"weyh Iris, kau okay tak ni hah..?" tanya rakan rakannya yang ikut terjaga disebabkan jeritan Iris tadi. Iris menggelengkan kepalanya dengan lemah. Rakan rakannya mempamerkan riak risau diwajah masing masing.

"Biela, dah pukul berapa..?" soal Iris lemah kepada rakannya. Nabila yang lebih selesa dipanggil Biela itu mencapai jam loceng disebelah meja Iris.

"baru pukul 5.00 pagi" kata Biela sambil memandang muka Iris yang masih lagi pucat itu. Biela mengeluh perlahan.

"nightmare hah..?" kata Fika atau nama panjangnya iaitu Hafikah sambil mengangkat keningnya ala ala Ziana Zain. Iris cuba mengukir senyum sinis dari pertanyaan kawannya itu tapi nampak sangat tak ikhlas. Takut sangat la tu.

"kau memang tak nak cerita apa apa kat kitaorang kan?" sambung Biela. Iris hanya mendiamkan diri. Itulah soalan yang sering rakan rakannya ajukan kepada dia.

"entah Iris, 4 tahun weyh kita duduk satu bilik. Setiap hari kau macam ni. Takkan sikit pon kau tak de rasa nak share apa apa kat kitaorang" kata Jane kacukan cina dan bugis. Biela dan Fika hanya mengangguk tanda setuju dengan kata kata Jane itu.

Mereka bertiga merupakan roomate merangkap kawan baik Iris. Mereka bersekolah di sekolah berasrama jadi dari awal mereka ditempatkan di dalam satu bilik yang sama. Bilik mereka dilengkapi 4 buah katil dan hanya muat untuk 4 orang sahaja 1 bilik berserta dengan bilik air, aircond dan meja belajar. Maklumlah sekolah itu adalah sekolah yang agak berprestij jadi pihak sekolah cuba memberikan yang terbaik untuk murid muridnya. Iris bergerak untuk bangun, malas mungkin mendengar ceramah pagi buta dari rakan rakannya. Iris bergerak menuju ke bilik air, yang lain hanya memerhati dari belakang dengan muka tidak puas hati 'hari hari macam ni' rungut mereka dalam hati.

'sorry guys, belum masanya lagi..' kata Iris dalam hati sebelum hilang di balik daun pintu bilik air itu.

*****************
"ermm, kita kne daftar lagi la kan sbb ni da masuk tahun baru" tanya Jane kepada roomatesnya sambil mengemas beg yang akan dibawa ke kelas nanti.

"entah la. Tapi memang tiap tahun kita kena daftar semula..kan?" balas Biela meminta kepastian rakan rakannya yang lain. Iris lebih banyak mendiamkan diri, tiada rasa mahu mencampuri perbincangan yang tidak penting itu. Bukannya mereka tidak tahu apa aktiviti pertama setiap kali naik sem 1 untuk tahun yang baru. Itulah aktiviti yang paling Iris tak suka sebab time ni la ramai student baru akan masuk dan itu bermakna akan ada kes buli lagi, siapa tak kenal Jasmine and the geng. Iris mengeluh perlahan.

IDENTITI AKU?!! Where stories live. Discover now