"Maira, bangun cepat! Nanti lambat ke sekolah!!"
Fuhh! Tu dia. Sekali Puan Haniza menjerit mahu roboh rumah ni. Hmm.. Macam ni la hidup aku sebagai seorang Humaira Sofiya. Mak aku kalau kejut pagi-pagi tak pernah tak jerit. Haihh..Nasib baik tak bernanah telinga.
"Ye mak. Maira dah bangun nie.."
Hah kalau mak aku boleh jerit tak kan aku tak boleh jerit kan? Sudah semestinya aku menyahut panggilan mak aku juga dengan jeritan. Huh, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Macam mana mak aku ada bakat menjerit kalah tarzan, macam tu juga la aku ada bakat tu. Hohoho..
Aku terus bangun dan berjalan keluar dari bilik. Ye lah, bilik aku mana ada personal toilet macam orang kaya. Aku hidup pun hanya bersederhana. Nak tak nak of course aku kena keluar dari bilik dan jalan sepuluh langkah ke hadapan untuk sampai ke tandas.
Usai mandi, aku segera bersiap-siap untuk ke sekolah. Aku berdiri di hadapan cermin. Mata aku meneliti setiap inci tubuh badan aku. Ok nice tak ada yang cacat.
Aku segera keluar dari bilik dan melangkah menuruni tangga dengan berhati-hati. Kokokan ayam masih jelas kedengaran. Hmm.. suasana ini amat aku suka. Terasa seperti di kampung walaupun hakikatnya aku di bandar.
"Morning mak, ayah," sapa Maira sebaik sahaja dia melabuhkan punggung ke atas kerusi.
"Morning.. Dah cepat makan. Nanti lambat."
Ish la mak aku ni. Nak sangat aku pergi sekolah awal-awal dah kenapa? Releks sudah. Baru pukul 7.15. Ehh..Jap.. pukul berapa??
"MAKKKK!!!!!! Tak sempat nak makan!! Maira dah lambat. Maira pergi dulu la.. 7.15 dah. Aduh! Hari ini ada perhimpunan la mak. Hari ni hari Isnin!!"
"Eii la anak dara ni. Tak payah nak jerit-jeritlah. Mak tak pekak lagi kamu tahu tak?"
"Ei mak ni. Kecohlah.. Dah laa.. Maira pergi dulu.. Assalammualaikum!"
Aku sempat menjerit kepada mak aku sebelum melangkah ke motor. Ye la. Dah besar tak akan nak bapak hantar lagi? Sendiri mau tanggung lah kalau mau hidup.
"Hmm.. Humaira Sofiya dari Tingkatan 5 Bestari, asyik muka kamu sahaja lambat. Apa kamu nak jadi? Apa kamu fikir sekolah ni kamu punya ke?"
Adehh.. Kalau kat rumah tadi mak aku jadi tarzan jerit-jerit, dekat sekolah ni pun ada yang nak ganti mak aku ke? Penatnyaa! Bosan betullah. hmmm..
"Kamu dengar ke tak apa saya cakap ni Humaira?"
"Hmm..dengar cikgu. Saya minta maaf. Lain kali insya Allah tak lewat."
"Bagus. Dah pergi masuk dewan," arah Puan Normah a.k.a guru paling garang merangkap guru disiplin SMK Cemerlang Gemilang Terbilang atau singkatannya SMKCGT.
Aku melangkah longlai menuju Dewan Harmoni yang merupakan dewan utama sekolah ini. Untuk maklumat sekolah aku ni ada dua dewan. Satu Dewan Harmoni dan satu lagi Dewan Aman. Sekolah aku ni unik sikit. Maklumlah sekolah kluster enn..
Mata aku ligat mencari sahabat aku Fathia dan Fatimah di dalam dewan yang sudah padat dengan pelajar sekolah. Aduh-aduh, mana pulak Tia dengan Fatty nie menyorok. Payah betullah nak nampak.
"Woi."
Aku menoleh. Ek eleh mamat tak dikenali ni. Apasal cari fasal pagi-pagi dengan aku.
"Apasal? By the way, aku ada nama."
"Kesah apa aku kalau kau ada nama? Kau tu berdiri tengah alam apahal? Tak nampak ke aku nak lalu?"
What ?!! Jalan punya la luas dan besar. Dekat tempat aku berdiri ni juga dia nak lalu apasal? Mamat ni en kalau tak cari pasal dengan aku tak sah agaknya.
"Ewahh..Kau buta ke rabun jalan punya la besar. Lalu je la. Melintas je la depan aku ke jalan belakang aku ke tepi kiri kanan aku ke, yang nak juga lalu kat tempat aku berdiri apahal?"
"Aku punya suka la nak lalu mana-mana pun. Kau semak apasal?"
"Kau yang semak ada lah. Sibuk nak juga lalu dekat tempat aku berdiri apasal?Mental?" Aku sudah bercekak pinggang memandang mamat sewel ni. Mamat sewel otak dekat lutut!
"Kamu berdua yang dekat pintu dewan tu dah kenapa? Nak buat drama ke apa? Tak nampak ke perhimpunan dah nak mula ni? Dah la lambat lagi nak buat drama!"
Suara Puan Normah yang memetir dari pentas dewan menyebabkan seluruh warga sekolah dan pelajar-pelajar yang tadinya bising kerana berborak sesama sendiri terus memandang ke arah Humaira dan mamat sewel itu tadi.
Adeh! Malu gila. Ini semua mamat sewel ni punya pasal! Elok aku nak cari Tia dengan Fatty tadi sekarang dah pulak jadi tatapan semua orang dalam dewan ni. Aku hanya menjeling si mamat sewel sebelum berlalu ke arah Tia dan Fatty yang melambai.
.
.
.Hai!! First of all I want to thank to all my readers yg setia membaca novel² sis. Tq sgt. I appreciate it😊
Second, sis nak ckp yg story ini adalah gabungan bersama kwn sis, anis. Klu nk follow dia boleh la tgk profile dia anssfy
Third, idea asl story ni actually idea anis.
Fourth, suka hati korg la nk pnggil aku apa😂 sis ke kau ke. So secara rasminya sis bakal menukar pnggilan drpd sis kpd aku. Hahahahah..okk bye..
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...