Humaira termenung. Kata-kata Akid pagi tadi kembali menerjah mindanya.
"Tak boleh ke kau percayakan aku? Kali ni je. I won't let you down. I really mean it when I say I like you, I love you. I just can't stop loving you. I can't. I don't really know how to describe this feeling but one thing that I want you to know is no words can fully describe all the feeling I have for you."
Terlepas satu keluhan daripada bibir comel Humaira. Pandangan mata Akid yang penuh mengharap itu...
Ahh buntu. Patut ke aku beri Akid peluang? Tapi aku takut aku bakal terluka lagi. Macam mana ni?
"Woi Maira kau termenung apa? Cepatlah. Nak gerak dewan dah ni. Kau kan pengapit si Fatty. Cepatlah siap."
Sapaan Fathia mengembalikan Humaira ke alam nyata. Humaira bingkas bangun darioada duduknya dan terus bersiap. Fathia hanya menggeleng melihat Humaira yang terkedek-kedek mahu membetulkan tudung.
"Kau fikir apa Humaira daripada tadi? Apa benda yang mengganggu fikiran kau? Cuba cakap sikit."
Humaira yang sudah siap bertudung memandang Fathia.
"Mana ada apa."
Fathia cuba menaikkan sebelah keningnya, lantas Humaira ketawa.
"Tak reti buat tak payah buatlah Tia. Kelakarlah. Dua-dua kening kau bergerak."
"Biarlah tak jadi pun. Ikut suka akulah. Kening aku bukan kening kau. Dahlah jom."
Humaira mengikut langkah Fathia keluar daripada bilik tetamu. Dari jauh sudah nampak Fatty yang baru selesai bersiap. Fatty yang cantik dalam busana pengantin dipandang.
"Cantiknya kau Fatty."
Fatty tersenyum dengan sapaan Humaira.
"Pengapit aku pun apa kurangnya. Cantik juga."
Fathia menggeleng melihat dua orang kawannya itu. Dua-dua sudah kembang apabila dipuji.
"Sudah-sudahlah tu kembang setaman. Karang aku risau koyak je baju kau orang berdua."
Humaira dan Fatty tersengih. Mereka berdua kemudian berjalan menuju ke kereta. Fatty menaiki kereta keluarganya manakala Fathia menumpang kereta Humaira. Mereka semua bertolak ke dewan yang bakal merakamkan kenangan persandingan antara Fatty dan Kamil.
Humaira berdiri di sisi Fatty dan muka melangkah beriringan menuju ke pintu dewan. Dari kejauhan Humaira sudah dapat melihat Akid yang kacak berbaju melayu berwarna Royal Blue sedondon dengannya. Ralit dia memandang Akid sehingga matanya dan Akid bertembung. Alamak kantoi aku usha dia. Humaira segera melarikan pandangan ke arah lain. Malu tak usah cakap.
Sebaik sahaja Humaira dan Fatty merapati Kamil, mereka terus berjalan masuk ke dewan. Banyak mata yang memandang je arah mereka. Maklumlah pengantin dah sampai.
Humaira dan Akid masih setia di sisi kedua-dua mempelai. Huh penat juga jadi pengapit ni. Sampai sengal pipi nak kena senyum juga. Humaira menoleh ke kanan apabila merasa dirinya diperhatikan dan langsung matanya bertentangan dengan sepasang mata milik Akid.
Akid melemparkan senyuman manis dan terus mengenyitkan mata. Ya tuhan, apa yang dah merasuk Akid? Dia ke yang perhatikan aku daripada tadi?
Melihat wajah blur Humaira, lagi Akid mahu menyakat. Dia membuat flying kiss pula buat Humaira. Kesannya gadis itu membuat isyarat potong leher, menandakan dia dalam bahaya.
Humaira menggeleng. Dasar tak betul. Gila ke buat macam tu? Buat malu aku je. Cepatlah pergi makan pengantin oii.
"Baiklah, pengantin dijemput untuk ke meja beradab bagi menikmati hidangan."
ANDA SEDANG MEMBACA
Akid Humaira
Storie d'AmorePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...
