Bab 7

6.7K 407 24
                                    

Akid membuka pagar utama rumahnya secara perlahan. Dia mengerling jam yang menunjukkan pukul 1 pagi. "Macam mana aku tak perasan dah pukul 1?" ujar Akid secara perlahan dan menepuk dahinya.

Dia membuka pintu rumah dan menutupnya perlahan agar keluarganya tidak terjaga daripada tidur. Akid melihat ruang tamunya yang gelap "Fuh semua dah tidur." Akid lega.

Tap..

Lampu ruang tamunya terbuka dan dia melihat arah suis lampu. Bapanya, Encik Fadlan berdiri disitu dengan mukanya yang bengis.

"Berapa kali papa nak cakap dengan kamu! Jangan jadi liar sangat. Memalukan keluarga saja. Kamu buat apa dekat sekolah sampai pengetua sekolah kamu call papa berulang kali?" Encik Fadlan yang telah hilang sabar terus menengking anaknya.

"Lek lah pa. Esok sabtu kot bukan isnin. Suka hati Akid lah nak buat apa pun. Akid dah besarlah."

"Menjawab!!" Encik Fadlan menaikkan tangannya

"Bang sudahlah tu. Sabar. Dengar jiran-jiran nanti malu je bang. Sudahlah nanti kacau jiran nak tidur. Akid pergi masuk bilik lepastu tidur." Puan Laila mengusap belakang anaknya.

Akid akur dan terus berlari menaiki tangga.

"Awak tu manjakan sangat dia sampai dia pijak kepala kita."

"Sabarlah bang."

Encik Fadlan hanya memerhati Akid yang menaiki tangga.

Akid membuka pintu biliknya dengan rakus. Dia membaling beg tanda protes.

"Semua salah aku. Ye aku je yang salah. Yang lain semua betul. Apa dia ingat aku ni tak ada perasan ke?"

Knock knock knock...

"Kid akak ni" kakaknya menguak pintu biliknya dengan perlahan.

"Kau nak apa?!"

"Kau jangan nak marah akulah, kau yang salah kan? Aku dah cakap jangan balik lambat harini."

"Dah dah kau jangan nak membebel boleh? Keluarlah." Akid menolak kakaknya keluar dari bilik.

Ting ting bunyi mesej masuk.

Akid mengambil Iphone 7 miliknya di dalam beg sekolah.

"Kenapa dia whatsapp aku? Oh ye esok nak keluar kan. Lupa pulak." Akid membalas whatsapp rakannya itu.

Monyet 🐒
Wey jadi en esok?

Ofcourse beb jadi.

"Yes esok aku boleh lepaskan semua masalah aku lagipun dah lama tak jumpa monyet tu."

Akid merebahkan badan ke atas tilam empuknya. Fikirannya mula melayang. Peristiwa waktu rehat dan balik tadi menyebabkan dia tersenyum. Humaira, Humaira fikir aku tak tahu kau nak dajal aku? Kalau kau makan sikit je walau sebutir nasi goreng tu, aku mesti dah habiskan. Tak adalah buang.

Akid tersengih. Muka cemberut Humaira memang tak dapat dia lupakan. Mengamuk minah tu aku buang nasi dia masak. Hahaha.. Humaira.. Humaira.. Kenapa kau comel sangat?

Telefon bimbit miliknya dicapai. Galeri dibuka. Terpampang gambar Humaira. Akid tersenyum. Fikir senang ke dia nak dapat gambar Humaira ni. Gigih aku curi-curi ambil gambar minah ni. Dah lah hampir kantoi dengan cikgu aku bawak phone.

Gambar Humaira yang sedang bergelak ketawa dengan Fatty dan Tia itu ditatap. Manisnya senyuman. Kan bagus kalau kau boleh gelak macam ni dengan aku? Ni tidak, asal nampak aku je kau buat muka babun tercekik tulang. Geram betul aku!

Akid Humaira Where stories live. Discover now