Mata Akid melilau ke luar kelas namun suara yang memanggilnya membuatkan dia terus menoleh ke arah Puan Zakiah iaitu guru sejarahnya merangkap guru kelasnya juga.
"Kamu tengok apa dekat luar tu, Akid? Kamu dengar tak apa yang cikgu cakap?"soal Puan Zakiah.
"Hmm." Akid hanya tersenyum kambing.
"Akid, Akid. Cikgu ulang. Fokus. Esok selepas rehat kita ada rehearsal untuk graduasi tingkatan 5. Lepas rehat tau, jadi bawa buku sebelum rehat. Jangan nak ponteng terutamanya kamu Akid! Rehearsal ini penting supaya kamu semua tak buat silap semasa hari kejadian. Akid, kamu jangan nak jadi ketua ponteng pula untuk esok. Saya nak tengok kamu ada. Faham?" bebel Puan Zakiah panjang lebar.
Akid hanya membuat tanda okay.
Puan Zakiah hanya menggelengkan kepalanya.
"Okay kamu semua boleh keluar rehat."
Akid segera bangun dan berjalan ke kantin. Dia mencari tempat kosong dan terus duduk. Matanya pula asyik memerhati murid-murid yang sedang beratur untuk membeli makanan.
"Woi!" sapa satu suara.
Akid menoleh.
"Lah aku ingat siapa tadi. Waalaikumusalam. Kau nak apa Kamil?"
"Pergh. Dia perli. Hah assalammualaikum. Aku nak makanlah. Kau dari tadi tak terusik nasi kerabu tu. Kalau tak nak, meh aku makan. Eh tapi kan, kau kenapa hari ini asyik mengelamun je."
"Aku naklah nasi kerabu ni. Hmm sebenarnya aku nak beritahu dekat kau sesuatu. Tapi make sure jangan hancurkan rancangan aku," luah Akid sambil memberikan amaran.
"Apa dia?" Kamil menyoal.
"Misi ini aku akan buat masa hari graduasi kita Sabtu ni. Okay rancangan aku ialah ..... "
*****
"Humaira janganlah jalan laju sangat. Kau dah kenapa?" Termengah-mengah Fatty si chubby itu dibuatnya akibat mahu menyamakan langkahnya dengan Humaira.
"Kau yang jalan lambat. Salahkan aku pula."
"Ishh tak nak kawan kau." Fatty memuncungkan mulutnya.
"Eleh ingat comel lah tu?" soal Humaira sambil menjulingkan matanya.
"Comellah. Fatty mana tak pernah tak comel."
"Eii" Humaira yang malas mahu melayan Fatty terus mencepatkan langkahnya.
"Woi woi," panggil Fatty sambil menarik tangan Humaira agar berhenti.
"Apa Fatty? Janganlah tarik tangan aku." Humaira menekan suaranya menandakan yang dia sedang marah.
"Ex crush kau kat depan."
Humaira terus memalingkan pandangannya ke arah manusia yang dimaksudkan oleh Fatty.
"Dia masih crush aku. Dah jom cepat, kejap lagi habis waktu zuhur kang. Dah 2.50 dah. Aku nak balik lagi."
Baru sahaja mereka mahu memulakan semula langkah...
"Humaira!" Suara garau Danial kedengaran.
Humaira dan Fatty menoleh ke arah Danial.
"Ish semak la crush kau." bisik Fatty sambil menjeling Danial.
"Yee. Ada apa?" soal Humaira kepada Danial.
"Awak free tak Jumaat ni lepas sekolah?" Danial menyoal Humaira dengan harapan Humaira menjawab free.
"Eh saya free. Humaira tak free dia ada date dengan Akid." Fatty menyampuk.
Tangan Humaira cepat menepuk bahu Fatty dan memicit dengan kuat. Fatty yang tidak dapat menahan sakit segera menepis tangan Humaira.
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...