Akid mencapai kunci motor dan terus meluru ke pintu. Dia mengambil sneakers adidasnya.
"Akid nak pergi mana pagi-pagi ni?" tanya ibunya.
"Keluar dengan kawan jap."
"Akid! Kamu ni asyik keluar je. Pergi belajar! Tahun ni kamu spm. Papa tak izinkan kamu keluar hari ini!" Suara Encik Fadlan terus memetir.
Tanpa mengendahkan bebelan papanya dia berlalu pergi. Sibuk je orang tua ni. Selama ni macam dia kesah sangat pasal aku. Dia tu busy memanjang. Asyik-asyik meeting sana sini. Baru sekarang nak buat-buat kesah? Heh fikir aku peduli gamaknya.
Akid terus meletakkan motornya pada petak yang disediakan khas buat penunggang motor. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam mall.
Dia memandang sekeliling. Mana pula monyet ni. Nak call tak ada credit pula. Jam dipergelangan tangannya dikerling. Baru pukul 11. Lepak Starbuckslah. Kaki mula mengatur langkah. Namun malang tidak berbau.
Dushh
"Auchh" Wanita yang melanggarnya mengadu sakit lalu meminta maaf kepadanya.
"Takpe takpe." Akid terus membetulkan bajunya yang sudah renyuk.
"Sorry. Sorry sangat." Wanita itu meminta maaf sekali lagi lalu mengangkat kepalanya.
"Ehh." Serentak mereka berkata.
Akid terus tersenyum. Wow. Nampak tak jodoh aku dengan dia memang kuat.
Humaira sudah membulat mata. Mamat ni buat apa dekat sini? Baru je aku kutuk dalam hati tahu-tahu muncul pula. Pakai ilmu ghaib ke boleh tahu orang kutuk dia sampai nak main muncul-muncul?
"Kau buat apa kat sini?" Humaira sudah menyoal pelik. Mamat ni stalk aku ke apa?
"Nak usha awek cun kat sini."
"Dasar miang! Huh sedih siapa yang sangkut dekat kau tu."
"Asal pula sedih? Bahagia lagi adalah. Aku dahlah handsome. Romantik pula tu. Ke kau jeles?"
"Please? Takde masa aku nak jeles sebab lelaki tak betul macam kau. Baik kau cakap kenapa kau kena ada kat sini?" soal Humaira dengan mata yang dikecilkan. Konon garanglah tu.
"Kau ingat mall ni mak bapak kau punya ke?"
"Maaf mengganggu. Adik kalau nak gaduh dekat tempat lain okay. Jangan dekat tengah-tengah orang nak jalan. Terima kasih." Tegur seorang pemuda yang daripada tadi memerhatikan pasangan itu. Pemuda itu terus berlalu pergi.
"Semua sebab kau." Humaira sudah menjeling Akid. Geram.
"Okay fine aku salah."
"Tahu pun! Baik kau cakap cepat kenapa kau datang sini? Kau stalk aku ke?"
Akid memandang Humaira dengan muka tidak percaya.
"Aku datang sini sebab aku nak lepak dengan kawan akulah. Lepas tu kau terlanggar aku dan kita berjumpa. Ini namanya takdir. Maybe petanda yang jodoh kita kuat kot."
Humaira mencebikkan bibir. Takdir? Jodoh? Err.. Tolonglah. Tanpa mengendahkan Akid, Humaira terus masuk ke kedai buku itu.
Humaira terus mencari rak buku yang mempamerkan buku yang menjadi keinginannya. Setelah beberapa minit mencari, akhirnya Humaira menjumpai buku tersebut.
"Akhirnya, best seller duh for this month. Hebatlah!" Humaira mengomel teruja.
"Buku ni best. Aku dah beli. Baru baca separuh. Kalau kau nak baca, pinjam je aku punya. Tak payah beli, jimat duit. Duit tu bolehlah buat belanja aku."
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...