Special Chapt

6.5K 230 6
                                    

Kawan mana tak gembira bila tengok kawan baik sendiri bertemu dengan jodoh yang dia ingini? Semua akan gembira. Ya, dia juga tumpang gembira untuk Akid. Tetapi dalam rasa gembira itu, hatinya juga terasa sakit. Akid, lelaki yang sentiasa buat dia gembira, ketawa, caring tentang dia dan Akid sahaja yang berada dengannya sehingga sekarang. Dia sudah jatuh suka dengan Akid tetapi apakan daya Akid hanya menganggap dia sebagai seorang kawan dan tak lebih dari itu.

Dia ingat Akid suka padanya tetapi tidak. Iya, siapalah suka perempuan kasar macam dia? Tak ada siapa Qalisya.

Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambut panjang Que terbuai. Dia duduk di atas permukaan pasir dan termenung memandang pantai yang tenang itu.

Apalah nasibnya? Mak dah tak ada, ayah lumpuh, orang pun tak nak dekat dia. Dia menghela nafasnya perlahan.

"Buat apa termenung sorang-sorang kat situ?" Tegur satu suara yang dia cukup kenal.

"Biarlah. Yang awak dekat sini buat apa?" balas Que tanpa menoleh.

Hayyan yang tadi berdiri, terus duduk di sebelah Que.

"Teman awak. Saya nampak awak tadi dari tadi lagi duduk sini sendiri. Tak salahkan kalau saya teman? Kenapa tak ikut makan sama-sama?" soal Hayyan.

"Saya ni bukan sesiapa. Kenapa saya perlu ada dekat sana? Itukan hari bahagia Akid dan Humaira."

"Sebagai kawan baik Akid, sepatutnya hari bahagia dia jadi hari bahagia awak juga. Kenapa awak cakap awak bukan sesiapa? Awakkan kawan baik Akid."

"Atau awak ada simpan sedikit harapan yang Akid akan anggap awak lebih daripada kawan? Tapi sebab kecewa, awak cakap awak bukan sesiapa. Macam tu?" sambung Hayyan lagi.

Que hanya diam. Apa gunanya menafikan dan menegakkan benang yang basah? Sudah terang lagi bersuluh apa yang dikatakan Hayyan itu benar. Itu yang dia rasa sekarang. Sebab itu dia di sini. Bersendirian.

"Hayyan, saya ada permintaan," ujar Que. Memecahkan tembok sunyi antara dia dan Hayyan.

"Apa dia?" Hayyan memandang sisi wajah wanita itu. Walaupun dari sisi, wajah itu tetap cantik dan terus membuatkan dia jatuh hati.

"Tolong jauhkan diri awak dari saya. Jangan dekati saya, jangan jumpa saya dan kalau terserempak kita buat-buat tak kenal je dan jangan tolong keluarga saya lagi," jawabnya jujur dan dingin.

"Tapi kenapa? Saya sukakan awak, Qalisya. You're my first love. Saya bukan setakat suka tapi jatuh cinta dan saya tolong keluarga awak bukan sebab saya sukakan awak sahaja tapi saya ikhlas," ujar Hayyan jujur. Akhirnya terluah juga perkataan 'cinta' yang sudah terbuku di hatinya. Melihat Que yang tidak memberikan respons terhadap luahannya, tahulah dia bahawa tiada tempat pun untuk dia di dalam hati gadis itu.

Que tersenyum kelat.

"Saya anggap awak hanya lecturer Qalish. Tak lebih dari itu."

"Sebab awak sukakan Akid? Sebab tu kan? Tapi Akid dah ada Humaira. Tak salahkan kalau awak buka hati untuk saya?"

Que hanya tersenyum lalu bangun dan meninggalkan Hayyan dengan soalan yang mungkin dia tidak akan dapat jawab.

Hayyan hanya memerhati kepergian Que.

"Baiklah. Kalau itu yang awak nak Qalisya, but I will love you more than anything. Semoga kita akan berjumpa lagi," ujar Hayyan perlahan. Hanya dia sahaja yang dapat mendengar apa yang dikatakan.

Hayyan berjalan semula mendekati Akid dan keluarganya.

"Mana Qalisya?"

Hayyan menarik senyum nipis mendengar soalan emaknya.

"Dia dah balik. Katanya ada hal."

Puan Haniza hanya mengangguk. Hayyan membuang pandangan pada adiknya dan Akid. Semoga aku juga boleh bahagia macam kau Akid.

***

Hayyan menutup laptopnya. Dia mengeluh perlahan. Teringat kata-kata Que kepadanya kelmarin. Nak mengalah tapi masih awal lagi. Tapi orang dah tak nak, kenapa perlu terhegeh-hegeh?

Sejak dari itu, fikirannya serabut. Mandi tak basah, makan tak kenyang. Kerjanya pun tertangguh.

"Astagfirullahalazim, Hayyan. Kau terlalu mencintai wanita sampai terlupa tuhan. Cintai Allah dan Rasulullah dahulu, Hayyan. Jangan mengeluh." Hayyan menepuk dadanya supaya beristighfar dan beringat. Dia terus ke bilik air untuk mengambil wudhu' kerana ingin melakukan solat sunat.

Usai solat dan berdoa, Hayyan turun ke bawah. Dia melihat ibunya dan Humaira sibuk memasak di dapur untuk makan malam keluarganya. Ayahnya duduk di ruang tamu menonton dokumentari. Dia menuju ke ruang tamu dan duduk di sebelah ayahnya.

"Hayyan, ayah nak tanya ni. Kamu okay ke tak ni? Dari semalam, kamu balik dari kerja muram aje. Tak nak kongsi dengan ayah ke?" Soal Encik Ali. Iyalah jarang sekali dia melihat anak terunanya muram.

"Tak adalah ayah. Hayyan okay je cuma banyak kerja sikit," balasnya sambil tersenyum kelat. Tak naklah nampak sangat yang dia sebenarnya tengah broken.

"Ayah tak percaya. Ini mesti sebab perempuan kan? Ceritalah ayah sudi mendengar." Tembakkan Encik Ali teoat mengena sasaran. Tengok sahaja dia sudah tahu. Dia juga pernah melalui zaman muda. Dia dulu makan garam. Jangan ingat dia tak tahu.

Soalan ayahnya itu dibiar sepi tanpa jawapan. Dia tidak mahu meluahkan. Bukan tidak selesa tetapi malu sebab ini pertama kali dia jatuh cinta.

Encik Ali mengeluh. Mungkin Hayyan tidak bersedia.

"Tak apa, Hayyan. Ayah tahu Hayyan malu nak cerita tapi ayah nak beritahu yang Hayyan perlu jumpa dengan orang betul - betul cintakan Hayyan. Hiduplah mencintai dan dicintai. Jangan terlalu berusaha paksa hati orang lain, lagi-lagi kalau dekat hati dia ada seseorang. Hayyan, cinta itu tidak boleh diperoleh dengan mengemis. Ingat ayah pernah muda, jadi ayah tahu," bebel Encik Ali. Dia menepuk bahu anaknya itu lalu naik ke atas.

Hayyan termenung mengenangkan nasihat ayahnya tadi. Menusuk kalbu betul.

"Hayyan?!"

Jeritan Humaira itu membuatkan dia tersentak.

"Ya, kenapa?" soalnya acuh tak acuh.

"Ibu suruh makan. Cepatlah. Aku nak panggil ayah ni." Humaira menolak bahu Hayyan supaya bangun dengan kadar segara.

Hayyan segera bangun sebelum adiknya itu mengamuk. Dengan longlainya dia berjalan ke arah meja makan dan terus duduk.

Setelah habis makan, Hayyan terus naik ke bilik. Selalunya dia mesti akan cari fasal dengan Humaira tetapi hari ini diam sahaja.

"Kenapa dia tu bang?" Soal Puan Hanizah.

"Ada masalah lah tu. Biasalah orang muda," balas Encik Ali ringkas.

Puan Haniza hanya mengangkat bahu. Malas mahu fikir. Kalau nak bercerita nanti dia ceritalah.

Hayyan yang di dalam bilik hanya berbaring. Mindanya ligat mengulang ayat ayahnya. Benar. Cinta itu tak boleh diperoleh dengan mengemis. Jika tidak dia juga yang sengsara apabila cinta itu tak bertahan lama.

Namun jauh di sudut hati Hayyan, dia berdoa agar suatu hari nanti cinta itu datang padanya sendiri. Tak perlu dia mengemis. Hayyan menarik senyum. Apa yang perlu dia buat hanya reda dan terima ketentuan tuhan. Kita merancang, Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancangan itu adalah milik Allah.

Hello gaiss. Heheheh so tamatlah sudah novel Akid Humaira. Yeayy. Insya Allah ada kesempatan sis buat novel Hayyan & Que. Tapi kami tak janji ye. Heheheh. Thanks kerana menanti dan sentiasa menanti update daripada kami. Thanks untuk sokongan selama ni. Thanks for reading! Hope you guys enjoy it!🤩

Akid Humaira Where stories live. Discover now