Bab 20

5.3K 369 22
                                    

Humaira tidur dengan lenanya sehingga dia tidak terjaga walaupun pintu biliknya diketuk dengan kuat macam nak pecah.

Hayyan sudah geram. Dah berkali-kali dia ketuk. Apa yang susah sangat nak bangun entah. Dia terus menendang pintu bilik Humaira dengan kuat dan membuat gaya Bruce Lee.

Humaira yang enak dibuai mimpi itu terkejut dengan bunyi tendangan itu. Dia menggaru kepalanya. Matanya di tenyeh-tenyeh. Air liur basinya dilap dengan hujung baju. Peh banyak seh. Dekat bantal pun ada.

"Siot pengotor kau!" Terjerit Hayyan melihat aksi Humaira yang selamba mengelap air liur basi dengan baju tido yang dipakai.

"Apa kau? Nak tidur ni." Humaira mendengus.

"Nak tidur malam nanti. Ibu ayah kejut kau tak bangun. Aku kejut pun tak bangun. Kau tau tak sekarang dah pukul 7.30!"

"Alah baru pukul.. Apa?!! Pukul 7.30!! Alamak hari ni aku kena jumpa client. Dah lambat!!" Humaira kelam kabut turun dari katilnya dan kakinya tersangkut di selimut lalu terjatuh macam nangka busuk.

"Ish, tak guna punya selimut. Aku dah lambat lagi nak buat aku lambat!" Humaira merungut sambil mengosok dahinya yang sakit.

Hayyan hanya menggeleng melihat teletah adiknya itu.

"Ish aku pun dah lambat ni. Aku kena pergi sekarang. Bye Maira."

Hayyan melihat jam tangannya, haih awal lagi, lambat apanya. Bukan jauh mana pun rumah nak ke office. Lainlah Humaira. Office dia memang jauh. Pergi family mart dulu beli Melon Pan dengan Americano lah!

Hayyan memarkir keretanya dan terus melulu ke kedai tersebut sambil melihat telefon pintarnya. Tetiba dia terlanggar bahu seseorang dan makanan orang itu terjatuh.

"Eh, maafkan saya." Hayyan terus mengutip roti dan mendongak kepalanya ke arah orang itu.

Terpaku Hayyan. Manusia yang dilanggarnya perempuan tapi pakaian macam lelaki. Kemeja hitam dipadankan bersama jeans dengan topi yang terletak elok diatas kepala. Matanya berwarna coklat, hidung mancung dan bibir nipis berwarna pink. Lawa. Sangat lawa walaupun berpakaian seperti lelaki.

"Aduh jalan tengok-tengoklah. Ini tak tengok telefon. Dekat telefon tu ada tunjuk jalan ke?" Sempat perempuan tersebut menyindir Hayyan sebelum merampas makanannya yang berada dalam pegangan Hayyan. Dia menjeling dan berlalu.

Hayyan memegang dadanya yang berdegup kencang. Wahai jantung kamu kenapa? Itu bukan taste kau Hayyan!

Humaira tergesa-gesa turun tangga. Dia betul-betul dah lambat. Dia dah la nak kena pergi pejabat dulu untuk punch card sebelum pergi meeting dengan client. Dia berjalan ke rak yang merupakan tempat dia meletakkan kunci kereta.

Aduh. Mana pula ni kunci kereta? Allahu. Dah lambat ada je la yang nak buat aku lambat lagi. Haih.

"Makk ada nampak kunci Maira tak?" jerit Humaira. Dia sungguh serabut sekarang. Mana kunci kereta ni!

"Cuba la tengok situ elok-elok. Mana tahu terselit mana-mana ke?" jawab Puan Hanizah bersahaja. Mahu saja dia bebel anak gadisnya kerana terlewat bangun, tapi melihat anaknya itu serabut tak jadilah dia nak membebel.

"Tak adalah mak. Adui dah lambat ni."

"Cuba tengok betul-betul. Kalau tak ada cuba tengok dalam beg tangan kamu."

Humaira menggaru kepalanya. Tangannya mula menggeledah setiap sudut beg tangannya. Eh?

"Jumpa pun! Mak pergi dulu." Humaira segera bersalaman dengan maknya sebelum bergegas pergi.

Akid Humaira Where stories live. Discover now