Kringg..kringg..
Que segera mencelikkan mata sebaik sahaja mendengar jam locengnya berbunyi. Dia menoleh ke sebelah. Wajah ayahnya yang tersenyum ditatap sayang.
"Selamat pagi sayang."
"Selamat pagi ayah. Ayah nak solat? Lisya boleh tolong ayah."
"Tak apa. Lisya pergilah mandi, solat. Nak kerja kejap lagi. Ayah boleh minta tolong adik."
Que mengangguk sebelum keluar dari bilik ayahnya. Dia segera membersihkan diri dan menunaikan kewajibannya sebagai hamba yang esa sebelum turun ke dapur untuk memasak.
"Adik pergi tolong angah tu tengokkan ayah. Akak nak masak kejap."
Qalif hanya menurut tanpa banyak soal.
"Qalish, Qalif sarapan dah siap. Mari makan," laung Que dari dapur.
Tidak lama kemudian dapur sudah penuh. Encik Zaid yang duduk di atas kerusi roda hanya tersenyum. Bangga dia melihat anak sulungnya.
"Masak apa kak?" soal Qalish sambil membetulkan duduknya di atas kerusi.
"Nasi goreng je. Dah cepat baca doa makan."
Selesai membaca doa mereka mula menjamah makanan.
"Sedap Lisya masak. Sama macam arwah ibu."
"Hehe berkat tunjuk ajar ibu sebelum ni."
"Kak, kau kerja pukul berapa harini?"
Que terus mengerling jam tangannya sebaik sahaja mendengar soalan daripada adik bongsunya, Qalif.
"Pukul 10. Kenapa?"
"Saja tanya."
Que mengerutkan dahi. Apa-apa sajalah.
"Lisya pergi dulu ye ayah, assalammualaikum." Que menyalam ayahnya dan terus berlalu.
Enjin motornya dihidupkan dan dia terus bergerak ke kafe.
"Morning Que!"
Que tersenyum apabila disapa.
"Morning Azman!" Jawabnya sambil meletak helmet di dalam loker miliknya. Dia bergegas ke dapur untuk menyiapkan apa yang patut.
"Weh Que, kawan baik kau dah lama tak nampak kan?" soal Azman dari bar dapur.
"Kawan baik aku?"
"Ye lah. Kawan baik merangkap bos kau tu lah. Akid."
"Bos aku bos kau juga. Dia busy la kot. Dia kan ada company nak kena handle, bukan cafe ni je." Lincah tangan Que membuat kerja walaupun sibuk berborak. Bawang merah yang sudah siap dikupas diletak ke dalam bekas. Ayam segera diambil dan dicuci.
"Bosanlah kau ni. Relax la dulu. Baru pukul 9.30 pagi."
"Tak ada, tak ada. Pergi buat kerja. Kejap lagi nak buka kafe takkan baru nak kelam kabut buat semua. Tu kau pergi la sapu dan mop sana. Ganggu je."
Azman buat muka bosan. Perlahan dia melangkah pergi. Memang kebiasaannya mereka akan datang satu jam atau setengah jam awal untuk buat apa yang patut.
"Woi bagi aku sapulah. Kau pergi turunkan kerusi-kerusi tu." Azman menjulingkan mata sebelum menyerahkan penyapu kepada Lia.
Tepat pukul 10 pagi mereka akan membuka pintu kafe.
Adilah sudah pun sampai di kafe itu. Dia memerhati setiap sudut kafenya supaya semuanya dalam keadaan baik.
"Morning bos."
Adilah tersenyum dan mengangguk.
"Morning Man."
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...