Sudah hampir dua bulan berlalu. Humaira kini sudah dapat meneruskan hidupnya seperti biasa tanpa Danial. Dia juga telah menceritakan segala-galanya buat dua orang teman baiknya, Fatty dan Tia. Itu pun selepas didesak oleh Fatty. Kepoci sungguh minah tu. Sibuk aje nak tahu apa yang jadi antara dia dengan Danial.
Urusan kerjanya dengan Akid juga sudah selesai. Dia menarik nafas lega. Tak perlu dia hadap Akid yang cerewet! Kang ada je tak kena. Ini tak kena itu tak kena, itu senget ini senget sampai Humaira nak naik angin! Mujur saja dia masih sedar Akid tetap pelanggannya walaupun lelaki itu sudah lama dia kenal.
Humaira mengeluh, memang dia tak perlu hadap Akid yang cerewet, tetapi sekarang dia perlu hadap Akid yang gedik lagi mengada hanya kerana lelaki itu memegang status kawan rapat buatnya setelah hampir dua bulan sentiasa bersama dengan lelaki itu.
Hilang akal agaknya lelaki itu. Setiap malam pasti akan bermesej dengan dia melalui whatsapp. Kalau sudah chat tu memang payah lelaki itu mahu berhenti. Kalau terlebih rajin dia call pula. Kalau sudah call mahu berjam-jam walaupun Humaira hanya banyak berdiam. Pening, pening.
Lamunan Humaira tersentak apabila telefon bimbitnya menjerit meminta panggilan yang masuk segera dijawab.
"Hmm, ada apa pagi lagi dah call?" tanya Humaira bosan. Haih baru je sebut dah call. Memang ada magic ke Akid ni?
"Saje nak call. Tanya khabar. Heheh rindu," jawab Akid yang berada dihujung talian sambil tersengih. Macamlah Humaira boleh nampak kau tersengih?
Humaira menjulingkan matanya ke atas mendengar bicara Akid.
"Awak punya otak tu betul ke tak?"
Humaira mendengus apabila mendengar Akid yang sudah tergelak. Aku ada buat lawak ke?
"Otak saya betul je. Otak awak betul tak?"
"Kenapa tanya saya pula? Dah tentu otak saya elok dan sihat. Awak punya otak yang tak sihat, tak mahu mengaku pula," bebel Humaira.
"Hahaha okay straight to the point, saya sebenarnya nak ajak awak lunch harini. Saya jemput awak dekat ofis. Okay bye!" Tanpa sempat Humaira memberi kata putus Akid terus mematikan talian.
Ish dia ni kan! Sengaja la tu. Takut aku tak nak setuju kau terus tutup call eh? Siap nak jemput bagai. Tak boleh jadi ni.
Applikasi whatsapp dibuka. Nama Akid dicari dan pantas jarinya menari-nari di atas permukaan skrin telefonnya.
Awk dh gila eh?
Tidak sampai seminit menunggu Akid sudah membalas.
Gila knp?
Ajk sy lunch siap nk jmput.
Tak gila ke tu?
Babe, im busy rn.
See you soon.
Woi!
Woi!
Akid!
Im not finish yet.
Akiddd!
Tak payah jmput!
Share location je.
Nnti sy dtg.
Humaira tercenggang. Double tick. Kalau satu tick mahu meroyan dia. Melihat mesejnya masih belum bertukar menjadi bluetick, Humaira terus menghubungi Akid tapi tidak berangkat. Dia menghubungi lagi dan lagi. Setelah hampir membuat 20 missed call Humaira menghempas telefonnya. Putus asa.
ANDA SEDANG MEMBACA
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...
