Humaira memandang wajah sahabatnya lama. Dia menggenggam erat tangan sahabatnya yang sudah kesejukkan. Gementar barangkali.
"Nervous sampai sejuk tangan," ujar Humaira sambil tersenyum.
"Itulah, bukan takat tangan je sejuk, sampai mulut pun diam. Kalau tak ada je nak membebel."
Bicara Fathia mengundang jelingan Fatty. Serentak Humaira dan Fathia tergelak. Keadaan Fatty sekarang benar-benar menjentik hati mereka.
"Gelaklah. Gelak. Tunggulah masa kau berdua nanti. Baru kau tahu perasaan aku macam mana." Fatty mula bersuara apabila dia ditertawakan. Humaira dan Fathia serentak memeluk Fatty yang sedang duduk di hujung katil.
Sejak semalam lagi mereka sudah tiba di rumah Fatty. Bermalam di situ bagi membantu dan memeriahkan suasana. Lagipun itu impian Fatty. Dia mahu rakan baiknya menemani sehari sebelum dia diijab kabulkan. Bilik Fatty yang sudah dihias menjadi bilik pengantin itu menambahkan lagi gementar Fatty.
"Tak sangkakan?" soal Fathia tiba-tiba.
"Tak sangka apa pula kau ni?" Fatty yang ralit memandang dirinya dicermin menyoal semula.
"Tak sangka kau kahwin dulu. Hahaha dulu beria nak jadi orang terakhir."
Mereka bertiga terus tertawa.
"Aku pun tak sangka aku punya zaman bujang nak tamat dah setengah jam lagi." Fatty tersenyum nipis. Kepala ditundukkan.
"Eh kau ni kenapa pula Fatty?" soal Humaira apabila Fatty tiba-tiba menunduk merenung tangannya yang sudah merah diinai. Fathia dan Humaira mula bersimpuh di lantai dan memandang Fatty.
"Woi jangan nangislah." Teguran Humaira membuatkan air mata Fatty makin banyak memenuhi alis mata.
"Janganlah tegur Maira. Lagi nangis dia nanti."
Fathia segera mengambil tisu dan mengelap air mata Fatty yang bertakung itu.
"Penat mak andam make up tau. Janganlah menangis. Patutnya kau happy bukan nangis!" Fathia sudah mula membebel.
"Aku happylah. Gila ke tak happy dapat kahwin dengan Kamil tu. Cuma aku macam tak sangka. Lepas ni susahlah nak melepak, jalan sana sini dengan korang. Nanti dah tak sama. Aku sibuk nak uruskan Kamil, keluarga. Mana korang nak kawan dengan aku dah nanti."
Hunaira dan Fathia memeluk Fatty sekali lagi.
"Janganlah fikir macam tu. Kalau rindu call, kita lepak jelah macam biasa. Macam Kamil tak kenal kitaorang. And siapa cakap kitaorang taknak kawan dengan kau dah? Merepek je." Fathia menggeleng kepala usai bercakap. Fathia menggenggam tangan kiri Fatty manakala Humaira menggenggam tangan kanan Fatty.
"Look. We're still friend even if you're getting older and older. Even if muka kau buruk dan kerepot sekali pun Faham tak?" Giliran Humaira pula bersuara setelah Fathia. Fatty menarik senyum dan memeluk dua orang sahabatnya itu.
"Dah jangan nangis lagi. Jom siap-siap. Dekat luar dah riuh tu. Rombongan lelaki dah sampai la kot."
Tok tok tok.
Pintu bilik Fatty diketuk dan wajah cantik si ibu pengantin menyapa pandangan mereka.
"Fatimah, rombongan lelaki dah sampai sayang. Mari keluar."
Fatty hanya menggangguk. Mereka sama-sama keluar daripada bilik dan berjalan ke satu sudut yang terletak bantal kecil khas untuk pengantin perempuan. Majlis akad nikah Fatty hanya dibuat dirumah demi menjaga kesucian masjid. Maklumlah kadang-kala tetamu yang hadir lagi-lagi para wanita berada dalam keadaan tidak suci. Oleh itu keluarga Fatty lebih memilih untuk membuat di rumah.
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...