Bab 40

7.2K 280 60
                                    

Cepat sungguh masa berlalu. Tanpa sedar sudah hampir dua bulan lebih Humaira dan Akid menjalin hubungan. Hari-hari Humaira terasa indah walaupun kadang-kala Akid memang suka membuatnya jengkel.

Telefon bimbit yang menjerit mengganggu sedikit fokus Humaira pada drama korea yang ditontonnya. Humaira menjulingkan matanya selepas melihat siapakah gerangan yang menghubunginya.

"Erm, assalammualaikum. Nak apa?"

Akid dihujung talian tergelak. Apa yang lucu pun tak tahulah.

"Waalaikumusalam wahai zaujah to be ku sayang."

"Jangan nak mengada sangat ye. Awak nak apa ni?"

"Keluar makan jom?"

"Makan?" Humaira terus mengerling jam dinding. Sudah masuk jam sembilan setengah malam.

"Tak makan lagi ke?" sambung Humaira setelah dia melihat jam dinding.

"Belum."

"Kenapa tak makan lagi?"

"Sebab tak ada awak. Tak bestlah nak makan sendiri."

"Jangan nak mengada ye wahai Akid Haidar ku yang sewel lagi tak betul. Pergi makanlah."

"Alaa jomlah teman saya makan."

"Malaslah. Saya tengah tengok drama ni Akid."

"Ala boleh la. Saya sunyilah makan sendiri. Jomlah teman saya makan."

"Mengada sangat ni kenapa? Saya dah kenyanglah."

"Saya suruh awak teman je. Bukan suruh makan sekali."

Humaira menepuk dahi sendiri. Dengan Akid tak boleh salah cakap, ada sahaja lelaki itu mahu pusing ayat.

"Suka pusing ayat kan? Saya taknak juga."

Akid dihujung talian menarik sengih. Taknak ye?

"Sayang, please? You sayang I tak ni? Erm apalah nasib. Kita je selalu terhegeh-hegeh dekat dia. Erm tak apalah, sayang tengoklah drama tu. Abang nak tidurlah. Tak lapar dah."

Humaira mengeluh. Mulalah tu buat drama king dia. Gedik kalah aku yang perempuan ni.

"Akid Haidar Fadlan yang ku benci, sungguh awak ni mengada-ngada kan? Yelah. Saya siap sekejap. Menggedik je kerja."

"Tak apalah. Dah tak lapar."

"Awak nak ke taknak? Jangan sampai saya ubah fikiran."

"Nak! Nak! Pakai cantik-cantik tau."

"Kenapa pula?" Humaira sudah mengerutkan dahi. Kenapa dengan dia ni?

"Sebab, abang tiba-tiba rasa nak tengok sayang berdandan. Tiba-tiba rindu nak tengok sayang pakai cantik-cantik. Sayanglah suka sangat kalau keluar pakai T-shirt atau kemeja dan jeans. Malam ni pakailah macam princess ke? Boleh ya? Please?"

"Akiddd. Kenapa berabang, sayang ni. Awak kenapa?"

Akid tertawa.

"Saja. Nak biasakan kalau dah nikah nanti. Dah pergi siap cepat. Dua puluh minit lagi saya sampai."

Akid Humaira Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang