Que memandang telefon bimbitnya. Nombor telefon yang sejak tadi menghubunginya mengundang sebu dihati. Nombor ni..aku kenal sangat. Apa lagi dia nak?
Que menjawab panggilan itu apabila nombor yang sama menghubunginya buat kali keempat.
"Kau nak apa telefon aku ni?" serang Que sebaik sahaja panggilan dijawab.
"Qalisya?"
"Bukan. Qalisya tak ada, dah mati. Que je ada."
Orang yang berada di hujung talian kedengaran seperti mengeluh. Kenapa mamat ni?
"We need to talk. Can we meet?"
Que tergelak sinis.
"What? Meet? Aku tak salah dengar ke ni?"
"No, you don't."
"Mimpi apa kau ni? Dah buang tabiat? Nak mampus dah ke?"
"Qalisya, please? Aku perlu jumpa kau. Beritahu aku bila kau free. Nanti kita jumpa."
"Untuk apa kau nak jumpa aku? Atas tujuan apa? Nak menyakitkan hati aku? Atau kau nak tabur seguni garam atas luka lama yang kau dah tinggalkan?"
"Kalau kau tak nak jumpa aku. Aku datang rumah kau kejap lagi."
"NO!! Fine!! Hari ni je aku free. Kau setlah dekat mana. Hish.. kerja nak ugut aje."
"Okay. Inilah Qalisya yang aku kenal. Thank you. Nanti aku whatsapp kau location."
Talian dimatikan. Que merenung telefon bimbitnya bagai merenung orang yang menghubunginya sebentar tadi. Apa lagilah kau nak Danial? Kenapa selepas bertahun-tahun kau tiba-tiba nak cari aku semula?
Bunyi notifikasi whatsappnya membawa dia ke alam nyata. Sejarahnya bersama Danial lantas terbang jauh dari ingatan.
"Jumpa tempat biasa kita dululah ye?"
Que mendengus. Apa motif kau sebenarnya Danial? Que yang sedang bermalas-malasan di atas katil segera bangkit dan berjalan ke bilik mandi.
Usai mandi Que bersiap ala kadar. Alah nak jumpa mantan kekasih je. Bukan kekasih baru. Que segera mengambil kunci motornya dan langsung menunggang ke tempat yang dituju.
Sebaik sahaja dia tiba di tasik, Que terus mencari kelibat Danial. Ya, tempat biasa yang dimaksudkan Danial adalah tasik yang terbentang luas di depan matanya ini. Dia yang selalu mengajak Danial ke sini. Tempat ini tenang dan dia dapat melihat segala tingkah laku manusia disitu.
"Ish, mana dia ni. Tak ada masalah aku nak tunggu lama-lama. Tak ubah langsung perangai." Que membebel seorang diri. Sudahlah dia tak suka tunggu lama-lama
"Qalisya!"
Que memalingkan kepalanya ke arah suara itu. Dia menyilangkan tangannya di dada.
"Ha cepatlah. Aku banyak kerja nak buat dekat rumah. Nak bagi ayah aku makan lagi. Bukan macam kau ada orang gaji kat rumah."
"Okayyy. Sorry lambat." Danial tergelak buat seketika.
"Kau kenapa? Dah gila? Dahlah lambat, boleh gelak pula."
"Taklah cuma, perangai kau tak berubah langsung. Sebab tu aku gelak. Aku ingat lagi masa first date kita. Masa tu kau....." belum sempat Danial ingin menyambungkan ayat Qalisya memintas percakapannya.
"Straight to the point. Aku tak nak ingat benda yang dah lepas."
"Okay. First of all aku nak minta maaf sebab ugut kau untuk jumpa dekat sini. Second, aku nak minta maaf atas semua kesalahan yang aku buat dekat kau. Aku sakitkan hati kau. Aku tinggalkan kau sampai kau macam ni. I really regret what i did to you before. Aku menyesal. Menyesal sangat-sangat."
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...