Jam yang elok tergantung di dapur dikerling Humaira. Baru pukul 6 pagi. Allahu. Tak sangka aku bangun awal pagi harini. Pukul 6 selalunya aku baru nak mandi. Sekarang pukul 6 aku dah siap mandi, pakai baju sekolah lagi.
Ok sarapan untuk Akid harini aku nak masak apa? Sekejap. Asal kau baik sangat Maira? Hmm ye la kalau tak nanti dia sebar pulak dekat satu sekolah aku buat surat cinta. Allahu. Kenapalah aku jumpa manusia macam tu?
Peti sejuk dibuka oleh Humaira. Hmm aku buat nasi goreng ikan masin je lah. Hehehe.. Siaplah kau! Fikir aku nak bagi kau makan percuma? Dah la ganggu aku nak tidur malam tadi. Memang taklah aku nak buat baik senang-senang je.
Humaira terus memulakan aktiviti memasak nasi goreng ikan masinnya. Bawang yang sudah siap dihiris ditumis. Setelah bau bawang tersebut naik dia terus nemasukkan ikan masin dan digoreng sekali dengan bawang. Kemudian cili yang telah dikisar pula dicurahkan ke dalam kuali. Setelah cili garing nasi dimasukkan. Yeay siap!
"Awalnya bangun. Siap masak lagi. Hmm macam sedap je baunya."
Humaira menoleh. Sengihan ditayangkan buat maknya.
"Eh mak. Heheh.. Kawan Maira gedik nak rasa Maira masak. Sebab tu la Maira cemar duli bangun awal dan masak sekali harini."
"Hahaha. Mak nak rasa sikit boleh?"
"Eh! Tak boleh. Sebab.."
"Sebab?" soal Puan Haniza dengan dahi berkerut.
Humaira terus merapati maknya.
"Sebab Fatty tu kalau makan satu kuali ni pun tak cukup." Humaira berbisik kepada maknya sebelum tawa maknya meledak keluar.
"Ada saja la Maira ni. Hah dah cepat letak dalam bekal nasi tu. Lepas tu boleh pergi sekolah awal." Puan Haniza berlalu usai berkata.
Selepas maknya meninggalkan dapur, Humaira bermonolog sendirian. Sorry mak. Maira terpaksa tipu sunat. Hehehe..
Satu bahan rahsia terus dimasukkan ke dalam nasi dan digaul rapi. Bekas tupperware diambil dan nasi terus dimasukkan ke dalam bekas tersebut.
Humaira terus melangkah ke sekolah dengan senyuman manis yang menghiasi wajah. Ambik kau! Tak sabar aku. Kalau tak sebab kau Akid aku tak payah jalan kaki pergi sekolah, tak payah susah-susah bangun awal dan tak payah penat-penat buatkan kau sarapan!
Well secara rasminya, mulai harini Humaira Sofiya akan membakar lemak semasa ke sekolah. Kalau tak sebab Akid tu nak balik dengan aku jalan kaki dah lama aku bawak motor comel aku tu. Huh! Menyusahkan betul.
Kaki dibawa masuk ke kelas. Bekal buat Akid terus disimpan dalam laci meja. Buku dikeluarkan dan Humaira mula menyiapkan kerja rumah semalam.
"Morning Maira. Awal harini."
"Hmm.. Morning Tia."
Humaira hanya mendiamkan diri selepas itu. Sepanjang sesi pembelajaran juga dia diam. Yes dia excited sangat nak kenakan Akid sampai tak fokus dekat pelajaran. Sebab itu dia diam je.
Kringgg..
"Yes rehat!"
"Amboi Maira, semangatnya." Fatty menegur Humaira yang nampak pelik hari itu.
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...