Akid memerhatikan Que yang sudah bersiap-siap mahu pulang. Shiftnya sudah tamat. Akid kemudian tersenyum.
"Weh Que." Panggilan Akid itu tidak diendahkan atau lebih tepat sebenarnya Que tidak dengar Akid memanggilnya.
"Que."
"Que."
"Qalisya!"
Serentak terus Que menoleh.
"Kau apahal panggil aku Qalisya. Gila?"
"Dah kau tu yang pekak. Banyak kali aku duk panggil tak dengar-dengar. Panggil Qalisya dengar pula." Akid mencebik manakala Que menjeling.
"Dah kenapa nak panggil aku? Aku nak balik ni."
Akid tersengih. Dia mendapat akal untuk mengenakan Que.
"Pagi tadi kau cakap nak gaji awal kan?"
Mendengarkan itu, mata Que terus bersinar-sinar. Akid nak bagi? OMG!
"Nakk!!" Que mula teruja.
"Boleh. Aku boleh bagi, tapi ada satu syarat." Akid menjongketkan keningnya.
"Aduh kau. Nak bersyarat pula. Apa dia?" Que menyoal dengan riak wajah yang mencuka.
Akid tersenyum. Dia membawa Que ke mall untuk memenuhi syaratnya itu. Que yang sudah menukar seluarnya kepada skirt dipandang lama. Dia mengukir senyuman.
Que perlu memakai skirt yang dibelinya dan berjalan bersama-sama denganya di mall. Itulah syarat yang perlu dipenuhi sekiranya Que ingin mendapat gaji awal.
Dia saja ingin mengenakan Que sebab dah lama dia tidak melihat Que memakai skirt. Selalunya kalau keluar pakai seluar jeans sahaja. Maklumlah Que bukan lagi Qalisya, gadis yang sopan dan feminin. Sengaja dia membuat syarat sebegitu kerana dia tahu yang Que tersangat-sangat memerlukan duit dan dia tidak mahu Que merasakan yang dia membantu gadis itu atas dasar simpati, lagipun dia rindukan Qalisya.
"Wey! Kenapa aku kena pakai skirt ni. Malulah Kid oiiii. Eiii geram aku, nasib baik demi gaji awal aku sanggup buat benda ni kalau tak memang taklah aku pakai." Que membebel sambil mencubit Akid dengan perlahan.
"Sakitlah Que. Aduhh." Akid berpura-pura sakit seperti merasakan kesakitan yang amat.
"Sakit ke? Kat mana?"
"Sakit kat sini. Ahahaha." Akid menunjukkan dada sebagai tempat sakitnya iaitu hati.
Que terus meluku kepala Akid. Kemudian dia memandang Akid lama.
"Kau apasal pakai cermin mata hitam dalam mall? Gila ke? Bukan ada matahari pun dalam mall ni."
"Biarlah kalau aku nak pakai cermin mata hitam. Sibuk je kau." Akid mencebik.
"Buka la Akid. Jangan buat malu aku. Tak ada pun orang nak pakai spek hitam dalam mall."
"Kalau aku cakap tak nak?"
Que membuntangkan mata. Dia mula bergelut dengan Akid. Tangannya berusaha untuk mencabut cermin mata hitam Akid.
"Werk! Aku dah dapat!" Que terjerit suka. Cermin mata hitam Akid disimpan di dalam beg.
Akid hanya tergelak sebelum memusingkan tubuhnya. Sejak tadi lagi dia merasakan dirinya diperhatikan.
Sebaik sahaja berpusing dia terkejut. Memang betul ada yang memerhatikan dia. Bukan seorang, tetapi tiga orang! Ketiga-tiganya dia kenal. Akid terpaku melihat susuk tubuh itu. Setelah tujuh tahun, akhirnya mereka bersua juga.
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomansaPreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...