Previously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅)
Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty.
Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...
Humaira mencelikkan mata. Telefon disebelah dicapai. Emm baru 8.00 pagi. Hari minggu macam inilah kita manfaatkan untuk tidur. Mata cuba dilelapkan semula namun hajatnya tidak kesampaian bila telefon bimbitnya berbunyi kuat.
Ya Allah makhluk mana yang call aku pagi buta ni.
Humaira mengambil telefonnya semula dan menjawab panggilan itu dengan malas.
"Hello."
"Kau tidur lagi ke Maira?"
Humaira menjauhkan telefon daripada telinganya. Nama si pemanggil dilihat.
"Kau nak apa ni Fatty call aku pagi-pagi hari minggu macam ni. Aku nak tidur la."
"What? Tidur? Otak kau tidur. Kau dah janji nak teman aku cari barang hantaran kan? Kau membuta lagi ni dah kenapa?"
Sekali lagi Humaira menjauhkan telefon bimbitnya. Boleh pekak aku macam ni kalau asyik nak menjerit je dekat telinga aku.
"Ish kau ni pun. Janganlah menjerit-jerit. Sakit telinga kau tahu?"
"Dah tu sape suruh kau tidur lagi? Anak dara apa macam ni?"
"Tak payah nak acah. Kau pun lebih kurang je. Cuma sejak-sejak nak menikah tak lama lagi ni je kau bangun awal kan? Poyo betul."
"Tak kesahlah kau nak cakap apa, yang penting sekarang kau bangun dan bersiap. Sejam lagi aku datang jemput."
"Kau dah gila ke Fatty? Mana ada kedai buka pagi-pagi macam ni. Kau ni excited lebihlah."
"Cik Humaira Sofiya Bt Mohd Ali, memanglah sekarang ni kedai tak buka lagi tapi kita nak pergi mall tu bukan dekat tau. Karang sesak. Boleh tak sekarang kau bangun dan dengar je cakap aku?"
"Kau nak pergi mall mana je?"
"Pavillon? Mid Valley?"
"Nak pergi jauh-jauh buat apa. Kau ni mabuk ketum ke apa? Kau boleh je cari barang kau kat sini. Tu Mydin ada, Giant ada. Kau cari la barang kau kat situ."
"Kau yang mabuk ketum kau tahu? Bukan aku! Ada ke nak cari barang hantaran untuk kenduri kahwin dekat Giant? Mydin? Seriously?"
"Seriuslah. Fikir aku main-main ke?"
"Okay kau kahwin nanti aku nak tengok kau beli tak dekat situ. Huh menyampah! Pergi jelah mandi. Kejap lagi aku yang jemput. Aku yang drive. Kau tidur lah puas-puas dalam kereta nanti. Aku bagi masa sejam je untuk kau bersiap! Faham?"
"Ish kecoh betullah minah ni. Hah ye lah aku mandi la ni."
"Okay good girl. Dadaaa."
"Mmm."
Humaira terus mematikan panggilan. Dia bangkit dari katil dengan seribu satu kepayahan. Malas yang amat!
Selesai mandi dia membuka almari dan termenung. Nak pakai baju apa eh? Dia memandang setiap bajunya. Baju kurung? Kemeja? Dress? Tshirt? Mana satu lagi senang dan cepat? Humaira menilik setiap bajunya dan membuat keputusan. Tshirt!
Tshirt lengan panjang bercorak stripes yang menggabungkan warna merah dan putih disarungkan ke badan. Jeans berwarna putih dipilih untuk dipadankan bersama dengan bajunya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.