Akid tersenyum senang. Dia teringatkan perbualannya bersama Humaira malam tadi.
"Sorry lambat angkat. Ada urusan tadi. So macam mana?" Akid terus bertanya sebaik sahaja dia dapat merampas semula telefon bimbitnya daripada Adilah.
"Err. Mana awak tahu saya yang call?"
Akid menepuk dahi. Alamak!
"Saya teka je. Tak sangka pula betul."
"Oh. Okaylah saya straight to the point je. Saya setuju. Lagipun saya tak nak kehilangan kerja. So, bila kita boleh set tarikh dan masa untuk proceed design pejabat awak tu?"
Akid menarik senyum.
"Itu nanti saya akan minta PA saya call awak untuk tentukan masa yang sesuai."
"Oh. Okay. Itu je saya nak cakap. Saya letak dulu la. Assa..."
Belum sempat Humaira menghabiskan salamnya Akid memotong.
"Sekejap."
"Ye, kenapa?" soal Humaira dihujung talian.
"Kita kawan kan?"
"Huh?"
Akid menggaru kepalanya. Macam mana aku nak cakap ni.
"Maksud saya kita boleh berkawan kan?"
Yes. Yes. Keluar pun ayat yang sesuai.
"Sure."
"Okay. Saya Akid Haidar Bin Fadlan. Selamat berkenalan."
"Awak mabuk ketum ke Akid? Dah kenapa nak beritahu nama awak? Saya bukannya tak tahu nama awak."
Akid tergelak.
"Okay, kalau macam tu apa yang awak tak tahu?"
"Dah la jangan merapu ya mas. Tidur duluan ya." Humaira dihujung talian sudah menguap.
"Kok tiba-tiba tukar dialek ke indo? Kamu sehat apa ngak?"
"Akid! Ish dah la. Saya nak tidur. Layan awak sampai sudah saya tak dapat tidur. Bye."
"Humaira, sekejap."
"Apa lagi?"
"You're the fire that lights my soul and keep my heart warm at night. Hehehe. Selamat malam." Akid bercakap dengan laju dan terus memutuskan panggilan.
Pinn. Pinn.
Bunyi hon dari belakang mengejutkan Akid dari lamunannya. Alamak dah hijau. Itu la padahnya bila berangan dekat traffic light. Akid terus memecut keretanya dengan laju.
Kereta segera diparkir pada tempatnya sebaik sahaja dia sampai di bangunan pejabat. Akid melangkah masuk dan melemparkan senyuman manis kepada semua pekerjanya.
"Morning kak Amy."
"Morning Akid. Ceria pagi ni. Ada apa-apa ke?"
Akid mengerutkan dahi.
"Kenapa akak cakap macam tu? Bukan selalu saya memang macam ni ke?"
"Tak adalah. Cuma, entahlah macam ada aura lain macam je sebab tu akak tanya."
Akid tergelak.
"Ada-ada je akak ni. By the way nanti akak tolong call wakil Design Trading haritu ye. Tolong aturkan temu janji yang baru."
"Baik Akid. Nanti akak aturkan."
"Thanks."
"No problem. Memang kerja akak pun."
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...