Bab 10

7.4K 407 17
                                    

Pandangan dibawa keluar tingkap. Fikiran dikerah untuk mengingat aktiviti sebentar tadi. Humaira sepertinya tidak percaya yang dia baru sahaja lepas menonton wayang bersama-sama crush tersayang sambil ditemani oleh Hayyan. Hayyan yang memandu sambil bernyanyi kecil itu dikerling sekilas.

Nak cerita ke tak nak dekat Hayyan? Haihhh. Humaira buntu. Perlukah dia beritahu Hayyan tentang perasaannya terhadap Danial? Beritahu ke tak. Beritahu ke tak. Haihh.. Beritahu jelah Humaira.

"Hayyan aku nak beritahu sesuatu." Humaira mula bersuara.

"Beritahu apa?" soal Hayyan tanpa memandang adiknya.

"Tapi jangan beritahu sesiapa. Janji eh?" pinta Humaira.

"Ye janji, apa dia?"

"Aku en ada crush dekat seseorang dan dia adalah Danial. Kawan kau tu." Humaira menuturkan ayat itu dengan cepat dan laju. Dia malu.

"Danial Qayyum? Seriously? Kau minat dia?" soal Hayyan dengan nada yang jelas terkejut.

"Ye. Dahlah aku nak beritahu tu je. Kau senyap eh. Kalau kau beritahu sesiapa, siaplah kau. Penumbuk aku kau dapat."

Humaira terus melangkah keluar daripada kereta Axia hitam ayahnya setelah selamat diparkir di perkarangan rumah.

"Dah berapa lama kau crush dekat Danial tu Maira?"

Humaira menoleh ke arah abangnya. Aik? Sejak bila pula mamat ni ikut aku naik bilik?

"Aku tanya ni Maira. Dah berapa lama kau crush dekat dia?" Hayyan menggoncang-goncang tangan Humaira persis anak kecil minta gula-gula.

Humaira memandang abangnya dengan dahi yang berkerut. Kenapa abang aku ni?

"Kau nak tahu kenapa? Macam orang tak betul je."

"Akukan abang kau. Mestilah aku nak tahu perkembangan adik aku." Hayyan menayangkan wajah kesian.

Humaira mengeluh. Busybody betul. Abang siapalah ni.

"Aku crush dekat dia nak dekat tiga bulan dah."

"Tiga bulan? Ek eleh baru lagi. Kau tak cuba beritahu dia ke perasaan kau?"

Sekali lagi Humaira mengeluh. Terus ingatannya berputar kepada peristiwa dia salah letak surat tu. Ini kalau cerita dekat Hayyan, memang aku kena gelak. Baik aku diam.

"Tak. Sibuk kenapa?"

"Tanya je. Itu pun nak marah." Hayyan mencebik usai berkata.

"Dah-dah. Dipersilakan keluar daripada bilik aku. Now! Get out." Humaira membukakan pintu bilik untuk abangnya.

Hayyan memandang dengan riak sakit hati. Kepalanya merencana sesuatu.

Dia berjalan mendekati Humaira. Sebaik sahaja dia berdiri di muka pintu, tudung Humaira ditarik dengan kuat sehingga ternampak rambut. Terkejut Humaira.

"HAYYAN!!!"

Hayyan tergelak dan terus berlari ke biliknya apabila Humaira sudah berubah karakter menjadi hulk.

"Hayyan buka pintu ni!" Humaira menendang pintu bilik Hayyan dengan kuat.

"Tak nak. Nanti ada raksasa makan." Hayyan menyahut dengan suara budak-budak ketakutan.

"Kau keluar nanti siaplah! Aku kerat kau empat belas!" Humaira menjerit sambil menendang pintu bilik Hayyan sebelum berlalu ke biliknya.

"Tak guna punya abang! Gila! Sewel!"

Humaira menghempaskan tubuhnya ke katil. Dia termenung seketika. Tiba-tiba bayangan Akid dan Que menerjah minda. Akid dengan perempuan tu betul ke tak ada apa-apa? Kenapa dia ikut perempuan tu balik kalau tak ada apa-apa? Tapi bukan ke dia cakap perempuan tu kawan dia je? Eh kejap kau nak sibuk pasal dia kenapa?

Akid Humaira Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang