Previously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅)
Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty.
Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...
Akid asyik menekan-nekan punat alat kawalan jauh televisyennya sejak setengah jam yang lalu. Sejujurnya dia kebosanan.
"Bosan. Semua cerita ulangan. Tak ada ke cerita baru ke?" Akid terus menekan punat off dan membaling remote ke atas sofa.
Dia tersenyum bila teringat kejadian pagi tadi. Betul-betul takut Humaira bila dia sebut nak tukar designer. Siapa suruh sebut benda yang lepas?
Humaira, Humaira, sama sahaja macam dulu. Tiada perubahan mungkin ketinggian sahaja. Wajah Humaira tiada cacat cela. Kulitnya yang mulus dan putih, hidungnya, bibirnya yang merah bak delima dan matanya yang bundar itu.
"Humaira kau buat aku jatuh cinta sekali lagi." Bibirnya tidak lepas daripada terus tersenyum. Sekarang dia betul-betul tidak waras.
"Meow."
"Hai myhandsomeboy, Kimchi." Akid mengambil kucingnya yang berwarna oren dan putih itu. Dia meletakkan kucingnya itu di peha dan mengusap dagu kucing itu.
Akhirnya kucing itu tidur dia atas pehanya setelah asyik menerima belaian daripada Akid. Dia membawa kimchi ke tempat tidurnya dan menyelimut kimchi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Akid terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mengambil gambar Kimchi dan menyiarkan ke story instagramnya. Dia menambah sedikit tulisan atas gambar kucingnya itu.
I love you & also her❤
Akid tersenyum. Wajah Humaira kembali menerpa fikirannya. Dia segera bangkit dari sofa ruang tamu dan terus bergerak menuju ke biliknya. Laptop di atas meja kerjanya diambil dan dibawa ke katil.
Laptop dihidupkan dan file video dibuka. Dia tersenyum. Video yang terpasang memaparkan pelbagai gelagat dan tingkah laku Humaira secara candid.
Ish kalau Humaira tahu ni mahu dia cakap aku ni stalker. Akid menarik senyum lagi.
Ya, dia sangat gilakan Humaira. Dia masih tidak boleh move on walaupun ramai perempuan yang tergila-gilakan dia. Tak kiralah yang seksi, yang bertudung, yang muda dan yang kaya semua ada cuma dia masih setia orangnya. Setia pada Humaira yang mungkin bukan jodoh dia? Senyumannya terus mati.
Bodohkah aku masih menggilai orang yang tidak pernah sukakan aku? Terlepas satu keluhan. Akid terus menekan butang 'sleep' pada laptopnya.
"Mengeluh apa tu Akid?"
Terkejut Akid dengan sapaan itu.
"Eh papa? Bila masa papa masuk?"
Dato' Fadlan menarik senyum.
"Lama dah papa perhatikan kamu, dalam setengah jam jugalah papa dah tercegat depan pintu tu. Baru ni papa masuk bila kamu mengeluh."