"Woi kau sihat tak? Mak cakap kau balik awal tadi."
Humaira menoleh ke arah abangnya sebentar sebelum meneruskan aktivitinya yang tergendala.
"Suka hati je masuk bilik orang."
"Aku tanya tu jawab je la. Kau sihat ke tak?" soal Hayyan sekali lagi. Dia terus duduk di atas katil Humaira.
Humaira yang sejak tadi berdiri di tepi tingkap hanya berdiam. Langit malam diperhatikan. Malam ni tak ada bintang, hanya bulan sahaja yang menghiasi langit.
Kesiannya kau bulan. Keseorangan tak ada bintang sebagai peneman. Kau sama macam akulah bulan. Keseorangan. Peneman aku dah pergi dekat perempuan lain.
Air mata Humaira kembali menitis.
"Woi aku cakap dengan kau lah!" Hayyan sudah menjerit kegeraman. Aku bercakap dengan tunggul ke apa? Tangannya laju membaling bantal ke arah Humaira.
"Hayyan! Keluarlah. Sibuk je." Humaira terus berpusing menghadap abangnya.
Terkejut Hayyan melihat Humaira menangis.
"Kau kenapa menangis ni Maira? Sakit sangat ke aku baling bantal tu?"
Humaira hanya membisu dan terus menangis.
"Humaira, kenapa ni cuba cerita dengan aku. Sakit ke?" Hayyan menyoal Humaira dengan lembut dan prihatin. Hayyan terus menarik Humaira agar duduk bersamanya di atas katil.
"Hey kenapa ni?" Wajah Humaira yang basah itu diperhatikan oleh Hayyan.
Tangisan Humaira semakin kuat apabila Hayyan menyoal dengan penuh prihatin.
"Woi jangan buat aku risaulah. Kau kenapa ni? Sakit ke? Sakit dekat mana?" soal Hayyan sedikit gelabah apabila tangisan Humaira semakin kuat dan menjadi-jadi.
"Sa..sa..sakit dekat sini," ucap Humaira sambil menunjukkan dadanya.
"Hah? Dada kau sakit? Kau ada penyakit jantung ke?" soal Hayyan dengan lurus lagi bendul.
"Hayyan!! Kau fikir lawak ke? Bencilah!" jerit Humaira geram. Hayyan yang berada di depannya terus dipukul.
"Adoi. Kau kenapa? Dah kau tunjuk dada aku fikir kau sakit jantunglah. Cuba cakap betul-betul. Ini tidak, lepas tu nak marah aku pula," bebel Hayyan sebal.
Humaira menyeka air matanya sebelum memandang abangnya lama. Nak cerita ke tidak?
"Ni ada la ni apa-apa kan? Pandang aku macam tu mesti ada la tu something wrong somewhere. Baik kau cakap cepat kenapa kau nangis."
"Kau kena janji dengan aku dulu, kalau aku cerita kau takkan marah," ucap Humaira sambil menyuakan jari kelingkingnya.
"Okay." Hayyan menautkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Humaira.
"Sebenarnya aku dah putus dengan Danial. Dia, dia curang."
"Hah? Putus? Curang?" soal Hayyan terkejut.
Humaira mengangguk.
"Baguslah tu."
Terkejut Humaira mendengarnya.
"Tak payah nak buat muka terkejut sangat. Lagi baik kau tahu perangai dia sekarang daripada kau dah kahwin nanti.
Aku memang tak berapa berkenan bila kau dengan dia. Aku kenal dia pun sebab futsal je. Aku ni abang kau. Kita dari dalam rahim sama-sama. So aku tahu apa yang baik untuk kau, apa buruk untuk kau.
Tak payahlah nak menangis sebab lelaki tu. Kumbang pun bukan seekor. Ramai lagi lelaki berkualiti yang kau boleh cari dekat luar sana tu," bebel Hayyan panjang lebar. Humaira mengelap air matanya.
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...