Everything happens for a reason. It's started passing in the skies. I used to question who I was. When now I see. The answer is in your heart.
🌸🌸🌸🌸🌸
Betul ke apa aku nak buat ni Ya Allah? Humaira memandang cafe itu buat sekian kalinya. Dia menghela nafas berat sebelum kakinya melangkah ke dalam cafe itu.
Dia duduk di meja yang berdekatan dengan kaunter bayaran. Kepalanya dipanjangkan untuk mencari kelibat Akid malangnya orang yang dicari tiada.
"Order?"
Terkejut Humaira apabila ditegur dari tepi. Hampir termelatah dibuatnya. Dia menoleh ke arah suara tersebut. Eh? Ni bukan ke girlfriend Akid? Bayangan Akid bersama gadis di depannya semasa di pusat beli belah tempoh hari terus berlegar-legar diminda Humaira.
Tidak salah lagi. Memang perempuan ni!
"Miss?" sapa gadis itu sekali lagi.
"Huh?" soal Humaira blur.
"Order?"
"Ohh hehe sorry, sorry. Erm saya nak order Fresh Orange dengan Spaghetti Cabonara." Humaira terus memesan makanan dan minuman tanpa melihat menu. Aduh malunya, kantoilah aku mengelamun tadi.
"Itu saje?" soal Que.
Humaira mengangguk.
Que terus berlalu ke dapur bersama pesanan Humaira dan pesanan itu ditampal pada bar dapur. Akid melihat order itu sekilas dan mula memasak.
"Kid nanti kau hantarkan order tu tau." Que memecahkan suasana sepi antara dia dan Akid.
"Asal pula. Kaulah hantar."
"Jangan mengelat eh."
"Bagi aku sebab kenapa aku kena hantar?" soal Akid tanpa memandang Que.
"Dah la aku kena jadi chef tiba-tiba. Fikir datang nak lepak, alih-alih aku juga jadi chef. Patutnya aku ikut je bapak aku balik rumah, tak payah singgah," sambung Akid.
Que memandang Akid dengan panahan maut.
"Berkira eh kau sekarang. Dah chef ada hal kecemasan, lepas tu kau datang. Hah itu tandanya Allah tu nak tolong kitaorang dekat cafe ni. Baru minta tolong sikit dah merungut. Tadi masa kat masjid ustaz ceramah kau tidur ke?" Que sudah mula membebel.
"Mana ada aku tidur."
"Habis apahal tak bersivik sangat? Ustaz tu tak ada ceramah ke kebaikkan tolong menolong?"
"Tak ada. Ustaz ajar hukum tajwid la tadi."
Que mencebik.
"Loyar buruk eh kau? Kalau aku dah sepak kau kejap lagi tahu la. Masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah."
"Bila pula aku loyar buruk? Dah memang ustaz tu tadi ajar hukum tajwid nak marah aku pula."
"Apa-apa je lah. Aku tahu kau hantar order tu kejap lagi. Aku nak kemas-kemas dapur ni, kejap lagi senang tinggal tutup cafe je. Tapi kalau kau tak nak hantar order tu pun tak apa cuma kau kemaslah dapur ni."
Terbeliak mata Akid.
"Eh tak apa, aku pergi hantar order. Kau kemaslah dapur ni ye." Akid segera menyiapkan spaghetti yang dipesan.
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...