Bab 14

4.9K 328 82
                                    

"Seterusnya Humaira Sofiya Binti Mohd Ali."

Humaira terus naik ke atas pentas sebaik sahaja namanya disebut oleh pengerusi majlis. Fail keras yang berwarna merah itu disambut setelah dia bersalaman dengan Puan Hajah Siti Zahrah Binti Abu, pengetua sekolahnya.

Humaira terus turun dari pentas dan melangkah keluar dari dewan. Wajah Fatty dan Tia yang menantinya di tepi dewan dipandang dengan senyuman.

"Jom." Humaira memaut tangan Fatty dan Tia untuk melangkah.

"Kak, sekejap." Humaira dan dua rakannya menoleh ke arah Amira, junior tingkatan 4 yang memanggil.

"Akak ni ada bunga untuk akak." Amira menghulurkan tiga kuntum bunga ros yang sudah digubah cantik kepada Humaira.

"Untuk akak?" soal Humaira pelik.

Majlis graduasinya diadakan sekali dengan hari kokurikulum. Pelajar-pelajar junior sememangnya ada yang menjual bunga dan coklat sempena hari graduasi. Terdapat juga gerai-gerai makanan, rumah hantu dan photobooth.

Persoalannya siapa yang rajin sangat melaburkan duit untuknya? Berkerut dahi Humaira memikirkannya.

"Haah untuk akak Humaira bunga ni. Kak Fatty dan kak Tia pula dapat coklat." Amira menghulurkan coklat buat Fatty dan Tia setelah Humaira mengambil kuntuman bunga itu darinya.

"Terima kasih."

"Sama-sama." Amira terus berlalu setelah itu.

"Siapa yang rajin nak bagi aku bunga ni?"

"Apa susah. Tengoklah ucapan dekat kad tu," ujar Fatty apabila Humaira masih lagi terpingga-pingga.

Humaira terus menarik keluar kad yang diselitkan dicelahan bunga.

Roses are red, violets are blue,
Sugar is sweet,
And so are you❤
Ily Humaira Sofiya.
-AHF-

"Pergh sweet habis ni." Tia mengusik Humaira. Fatty pula hanya tersengih. Humaira masih dengan riak wajah yang keliru.

"Korang beria sengih-sengih kenapa? Aku blur ni. Siapa AHF ni?"

Soalan yang meluncur keluar dari mulut Humaira mengundang kemarahan Fatty.

"Kau ni bebal ke apa? Geramlah aku. AHF tu Akid sengal! AKID HAIDAR FADLAN! Teruklah kau. Nama dia pun kau tak tahu." Fatty terus meluku kepala Humaira

"Adui. Sakitlah! Siapa suruh tulis short form sangat nama tu. Fikir aku ada masa ke nak perah otak fikir nama panjang dia apa?"

"Ah alasan je kau. Padahal kau memang tak tahu kan nama penuh dia? Teruk betul! Sah sel-sel otak tak berhubung."

Humairah mencebik. Kuntuman ros itu dipandang. Kesian kau bunga. Kalau orang yang kirimkan bunga ni baik dan tak sejahat macam Akid, aku dah ambil dah. Akid, kenapalah perangai kau teruk? Aku baru nak buka hati untuk kau, tapi lepas apa yang Danial cakap, aku jadi takut nak terima kau.

"Termenung apa kau? Macam nak tembus bunga tu kau tengok," sergah Fatty.

Humaira menjeling. Fatty ni bela-bela si Akid ni dah kenapa? Pelik aku.

"Emm. Tak apalah. Aku tak nak bunga ni. Nah Tia. Aku bagi kau." Humaira memberi bunga berserta kad ucapan itu kepada Tia dan berlalu pergi.

"Wey apahal pulak? Bunga ini kau punya kot. Aku dah dapat coklatlah!" jerit Tia buat Humaira yang sudah menjauh.

"Dah lah Tia. Jom masuk. Aku tak faham betul dengan kawan kau sorang tu. Pelik. Akid tu punya la baik. Sweet. Ini balasan Maira?" Fatty membebel sambil menggelengkan kepala.

Akid Humaira Where stories live. Discover now