Bab 29

4.9K 301 31
                                    

Hayyan termenung. Aduh payah ni payah. Kenapa la malam-malam macam ni juga muka kau nak muncul? Kenapa muka perempuan luar alam tu juga yang terbayang-bayang? Kenapa perempuan luar alam tu juga yang kau termimpi-mimpi?

Jam dikerling. Jam sudah hampir menginjak pukul 2.30 pagi. Syiling direnung. Ni mesti kes dekat kedai makan haritu la ni. Tidak syak lagi. Mesti perempuan tu teringat dekat aku ni sebab tu muncul dalam mimpi aku. Aku tahu aku handsome, tak usah masuk mimpi aku.

Kau yakin dia teringat dekat kau sebab kau handsome? Entah-entah dia bengang dengan kau sebab pesanan kau tempoh hari. Allahu. Dia sakit hati ke? Aduh macam mana ni.

"Aku kena jumpa dan cari dia. Aku kena minta maaf dekat dia. Kalau tidak sampai mati aku asyik teringatkan dia ke aku yang dah jatuh cinta dekat dia? Cinta? Betul ke aku cintakan dia? Tak! Tak mungkin aku jatuh cinta tapi wajahnya yang putih tu juga aku teringat-ingat. Ahhhh!"

Hayyan harus akui gadis itu cantik, cuma... Haih pakaian dia tu je masalahnya.

Hayyan menggaru kepalanya. Dia terus bangun dari katil dan melangkah keluar. Kaki dibawa ke dapur. Haus pula tengah-tengah malam ni.

"Makk!" Terjerit Hayyan sebaik sahaja dia sampai ke muka dapur.

"Kau apahal Maira duduk dekat dapur gelap-gelap macam ni? Terkejut kau tahu tak?" marah Hayyan sambil mengurut dadanya.

"Aku apahal? Kau tu lah apahal. Tiba-tiba je muncul dekat dapur terus menjerit."

"Macam mana aku tak menjerit kalau kau biarkan rambut serabai kau mengerbang macam pontianak? Tak reti nak ikat ke apa?"

"Sibuklah! Kau nak apa dekat dapur ni?" soal Humaira pelik.

Hayyan sekadar menunjukkan botol mineral yang baru dikeluarkan dari peti sejuk untuk menjawab pertanyaan Humaira.

"Memang tak tidur lagi ke? Atau kau terjaga?"

Hayyan memandang wajah Humaira dengan riak bosan.

"Kau banyak soal malam-malam buta ni kenapa?" Soalan Humaira dibalas dengan soalan.

"Tanya pun tak boleh." Humaira mencebik usai berkata.

"Kau tu pula? Terjaga ke memang tak tidur lagi?" Hayyan menyoal Humaira sambil matanya melilau ke dalam peti sejuk. Mencari benda yang boleh dikunyah.

"Tak boleh tidur."

Hayyan mengerutkan dahi.

"Dah kenapa tak boleh tidur?"

"Teringatkan sesuatu."

"Teringatkan apa?"

"Seseorang."

Hayyan memandang wajah Humaira. Dia mencari mata milik gadis itu.

"Kau masih teringatkan Danial ke? Come on! Just forget him. You deserve better. Move on."

"Merepeklah kau Hayyan."

"Apa yang aku merepek? Betulkan kau teringatkan jantan tak guna tu?"

"Bila masa pula? Ada aku cakap dia ke?"

Sekali lagi dahi Hayyan berkerut.

"Habis kau teringatkan siapa?"

"Adalah manusia ni."

"Kenapa dengan manusia tu? Dia buat apa sampai adik aku yang gemuk ni tak boleh tidur?"

Mencerlung mata Humaira memandang Hayyan. Berani-beraninya dia kata aku gemuk?

Melihat riak wajah Humaira itu langsung Hayyan meledakkan tawa.

"Ala jangan la marah. Gurau je. Hah ye la lelaki tu buat apa sampai kau tak boleh tidur ni?"

Akid Humaira Where stories live. Discover now