Bab 35

4.3K 232 37
                                    

"Maira kau ada hutang aku!" Hayyan menjerit dari luar bilik sang adik. Pintu bilik adiknya diketuk-ketuk berulang kali.

"Ish apa ni Hayyan? Jangan kacau aku boleh tak?" Humaira menjegilkan mata sebaik sahaja wajah abangnya yang tersembul setelah pintu bilik dibuka. Balik kerja terus serbu bilik aku. Tak reti penat ke mamat ni?

"Siapa lelaki tadi?" soal Hayyan sambil menjongket-jongketkan keningnya.

"Siapa? Lelaki mana pula ni?"

"Tak payah buat-buat tak tahu ye. Akid tu siapa?"

Humaira menjulingkan mata. Bosan! Tak ada benda lain ke yang nak ditanya?

"Kan dia dah cakap dia kawan sekolah aku dulu. Kau tak dengar ke?"

"Aku nak jawapan daripada kau. Apa kau fikir aku tak ingat apa yang kau pernah cerita dekat aku? Dia ke Akid yang kau maksudkan tu? Bekas kekasih terpaksa kau masa sekolah dan orang yang sama ada dengan kau masa kau putus dengan Danial? Dia ke orangnya? Sebab dia juga ke kau tak nak makan dekat kafe tu?"

"Kau ni kaki bawangkan Hayyan? Dah la jangan kacau aku. Aku penat!" Humaira segera menolak pintu biliknya namun Hayyan lebih pantas menahan.

"Im not done yet."

"Nak apa lagi ni Hayyan?"

"Sejak bila kau suka berahsia dengan aku ni?" soalan Humaira dibalas dengan soalan. Muka serius ditayangkan buat sang adik.

Humaira mengeluh.

"Haah dialah orangnya. Dialah ex-boyfriend aku. Dialah Akid yang aku pernah cerita tu. Puas?"

"Seriuslah? Handsome teruk macam tu? Kalau aku jadi kau, aku rela jadi kekasih dia daripada Danial tu. Aku tengok dia macam baik je. Sah kau ni buta. Kalau tak buta, sah kau ni bodoh."

Sepantas kilat kaki Hayyan dipijak dan pintu ditolak kuat untuk menghalau abangnya keluar. Pintu dikunci.

"Kalau tak menyakitkan hati aku tak boleh agaknya?" Humaira sudah bermonolog. Geram dengan abangnya.

"Woi! Sakit tahu tak? Kau tunggulah nanti! Ingat ada ubi ada batas, ada hari aku balas!"

Humaira hanya membiarkan abangnya yang terjerit-jerit di luar. Sibuk je nak jaga tepi kain orang.

Humaira berbaring di katil sambil otaknya ligat memikirkan sesuatu. Hayyan suka perempuan tu? Betul ke Hayyan dah jatuh cinta? Tapi bukan ke itu kekasih Akid?

Bukan ke Akid pernah nafikan? Tapi kalau kawan je takkan sampai bersuap-suap masa makan? Mesra semacam masa dalam mall haritu?

Tiba-tiba hatinya sakit. Sakit yang amat. Aku dah kenapa? Takkanlah aku nak cemburu pula?

Humaira menggeleng-gelengkan kepalanya. Fokus Maira, fokus. Macam mana sekarang ni? Hayyan suka perempuan tu tapi perempuan tu kekasih Akid.

Humaira nanti dulu, kalau betul itu kekasih dia, kenapa dia macam nak mengurat kau? Dia berguraulah tu. Kau perasan sangat kenapa ni Humaira?

Arghhh! Humaira kusut. Telefon bimbit dicapai. Aplikasi Instagram dibuka. Akid Haidar, nama itu dicari dan yes! Jumpa.

Akid Humaira Where stories live. Discover now