Bab 2

11K 525 51
                                    

Kringggg..

Waktu rehat sudah tiba. Masa ini jugak yang aku tertunggu-tunggu. Nak makan lapar. Yelah penat daripada pukul 7.30 pagi sampai pukul 10.25 pagi non stop tidurlah bukan belajar. Hahahaha.

Humaira terus menuju ke kantin dan memotong barisan. Aku senior aku berhak di barisan hadapan. Muahahaha.. Last year enn.. So apa salahnya buat  perangai setan sesekali. kan? Humaira membeli mee goreng dan air milo. Makanan kegemarannya di sekolah.

Usai membeli, dia mula mengorak langkah ke meja yang menjadi port tetap dia dan gengnya melahap.

Tiba-tiba....

Pinggan dan cawan yang dipegang oleh Humaira sudah selamat terbalik dan mendarat ke atas lantai selepas bahunya dirempuh oleh manusia tak bersivik. Eh kejap! Walaweh... Mendarat atas kasut putihnya juga la.

"Nak jalan lain kali pakai mata. Bukan hidung!"

What?? Menggelegak darah Humaira mendengarnya. Dia terus menoleh untuk melihat gerangan manusia yang dah langgarnya.

Betul-betul tak ada sivik ni. Maaf apa tak ada nak sembur aku pula.

"Hello encik abang, awak tu dah langgar tak reti nak minta maaf ke apa? Maaf apa pun tak ada nak bahasakan orang pula."

Humaira menjegilkan mata  sambil bercakap. Mamat perhimpunan pagi tadi rupanya. Patutlah tak bersivik.

"Kau yang jalan pakai hidung. Jangan nak salahkan aku pula. Tepilah aku nak jalan."

Humaira mengetap giginya kuat. Malu weh, banyak mata yang pandang aku. Apa pasal malang nasib aku hari ni? Matanya tajam memerhati mamat sewel yang sudah berjalan beberapa tapak. Senyuman sinis ditampalkan di wajah. Ni Humaira Sofiya lah!

Pinggan yang berada di atas lantai dikutip lalu dengan pantas tangan Humaira membaling pinggan itu pada bahagian belakang badan mamat sewel itu.

"Aduh!" Binggo! Jeritan mamat itu menandakan balingan Humaira tepat pada sasaran. See the leg lah! Jaguh main baling selipar ni. Jangan buat pasal dengan aku.

"Eiii. Kau nie apahal?!!" jerit lelaki itu kuat. Walaweh kalau tadi segelintir je pelajar yang tengok drama sebabak kami, sekarang satu kantin tengok drama sebabak kami ni.

"Saya yang patut tanya soalan tu! Awak tu yang apahal? Dah langgar orang tak reti minta maaf ke?"

"Kau yang duduk tengah jalan. Bukan salah aku."

"Buta ke apa saya berdiri? Bila masa saya duduk?" Humaira mula berloyar buruk dengan mamat itu. Akibatnya, dia mendapat jelingan yang tajam.

Mamat yang berada dihujung kantin itu mula menghampiri Humaira.

"Eh perempuan, aku tak ada masa nak berloyar buruk dengan kau sekarang tau."

"Habis awak fikir saya ni ada masa sangat ke nak hadap muka buruk awak ni?" soal Humaira sambil mencekak pinggang.

"Kau yang buruk ok. Sedar diri sikit. Dah lah buruk, rabun pula tu. Huh, sedih."

Humaira mengetap giginya sekali lagi. Lelaki tinggi lampai itu terus meninggalkan Humaira. Humaira pula menghampiri rakannya.

"Maira, kau ok tak?" soalan daripada Tia diabaikan. Perasaan geram masih berbuku di hati. Secara tidak langsung Humaira sudah berada dalam mood tidak baik. Jangan berani kacau jika tidak mahu dimaki.

"Adeh, minah ni dah mula la tu nak jadi bisu," keluh Tia.

"Apa nak buat ni Tia? Kawan kau dah jadi patung cendana," soal Fatty yang sejak tadi leka menikmati makanannya.

Akid Humaira Where stories live. Discover now