7 TAHUN KEMUDIAN
Young blood,
Say you want me,
Say you want me,
Back in your life
So Im just a dead man crawling tonight..Lagu youngblood yang berkumandang mengganggu lena sang jejaka tampan yang sedang dibuai mimpi.
Segera Iphone yang elok terdampar berhampirannya dicapai. Panggilan terus dijawab.
"Mmm nak apa."
Suaranya yang serak itu jelas menunjukkan yang dia baru terjaga daripada tidur.
"Tak bangun lagi? Apa nak jadi ni? Bangun cepat!"
"Five minutes please," pintanya.
"Now bangun!!!!" Pekikkan sang pemanggil yang menghubunginya awal pagi itu terus membuatkan matanya segar.
"Hah iya, iya. Bangun dah. Bye. Nak mandi." Dia terus memutuskan panggilan.
Iphonenya dicampak ke katil. Dia bergegas ke bilik mandi setelah tangannya menyambar tuala yang digantung berhampiran.
Usai mandi dia segera bersiap. T-shirt polo berwarna biru dan berkolar hitam menjadi pilihannya. Slack hitam pula dipadankan untuk T-shirtnya. Rambutnya disisir rapi.
"Aku sentiasa handsome. Dulu, kini dan selamanya," katanya bangga dihadapan cermin. Kunci kereta diambil dan dia segera berlalu.
Selesai memarkir keretanya dia segera melangkah masuk ke A&A Cafe's. Wanita yang sedang menantinya di salah satu sudut cafe itu dipandang dengan senyuman.
Tunggu la kau. Tadi kemain memekik dekat telefonkan? Dia segera menghampiri wanita itu secara diam-diam. Semakin dia menghampiri, semakin lebar senyumannya. Setelah berada betul-betul dibelakang kerusi wanita itu, senyumannya semakin melebar.
Satu. Dua. Tiga.
"Bahhh!"
"Opocot kau!" Wanita itu terus melatah dengan kuat. Dia pula ketawa mengekek. Terbuntang mata wanita itu.
"Kau memang dah lama hidup ke?"
"Lama tak lama juga lah. Tapi adalah dalam 24 tahun juga aku dah hidup." Balasnya itu mendapat jelingan yang tajam.
Dia hanya tersengih. Segera wanita itu dipeluk.
"Okay, sorry. Jangan merajuk, ok baby?"
Wanita itu terus mencebik.
"Suka hati kau je nak baby kan aku? Kau fikir aku ni siapa? Budak-budak? Senang kau nak gula-gulakan?"
Rolling eyes terus dihadiahkan buat wanita becok yang kuat membebel dihadapannya.
"Dulu, kini dan selamanya ke kau nak membebel? Rimas aku."
Membulat mata wanita itu. Tangannya terus mencubit perut jejaka bermulut celupar itu.
"Ahh ahh Diy sakit! Ok sorry! Lepaslah."
"No way man! Dahlah lambat lepas tu selamba badak sumbu je kau kutuk aku? Kata aku kuat bebel? Ish melampau!" Wanita yang dipanggil Diy itu terus mencubit dan memulas perut jejaka tampan dihadapannya itu.
"Ahh ampun. Ampun. Sakit weh. Kulit aku. Ahh." Tangan yang masih mencubitnya terus ditepis. Perutnya diusap-usap dengan seribu satu kerutan. Padu beb minah ni cubit.
"Padan muka. Tu pengajaran."
"Menyampah la aku dengan kau. Gurau sikit nak cubit. Matilah siapa yang jadi laki kau."
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...