"Maira bangunlah!"
Humaira terjaga daripada tidurnya. Ishlah Hayyan ni. Kejut aku elok-elok tak boleh gamaknya. Tak cukup agaknya jerit je, ni sampai ketuk pintu tu macam nak roboh pula.
"Yee bangun la ni. Tak payah lah nak ketuk sampai nak roboh pintu tu!" Humaira mendengus setelah memarahi Hayyan.
Telefon bimbitnya dicapai. Eh ada mesej whatsapp! Senyumannya melebar melihat nama insan yang terpampang. Jarinya pantas menekan pada notifikasi daripada whatsapp itu.
Senyuman lebarnya terus musnah setelah membaca mesej itu. Puih! Kalau tak menyakitkan hati memang tak sah!
Dah tido ke?
11 p.mWoi. Reply la. Awlnya tido
11.06 p.mWoi
11.07 p.mWoi
11.08 p.mBapaklah xreply.
11.09 p.mAku tahu esk sarapan aku
nak nasi kerabu! Kalau
tak ada, tahu lah nasib kau!
11.10 p.mGila ke apa? Celah mana aku nak buat nasi kerabu time macam sekarang ni? What the hell? Mamat ni saja lah nak buat darah aku naik pagi-pagi.
Woi malaun!
Celah mna aku nk
cari bhn² nk msk
nasi kerabu kau nk tu pg buta ni?!!
6.01 a.mAmbik kau! Tak pasal je kena hamun pagi-pagi. Cuba la minta benda yang waras sikit! Tidak sampai lima minit mesejnya dibalas.
Aku suh mlm tdi.
Yg kau bru bca pg
ni sape suh. Pepandai
tanggunglah😜
6.04 a.mMembulat mata Humaira. Whatt?? Dasar gila! Malaun sewel! Otak letak dekat mana? Letak kat lutut ke woi?? Habis segala sumpah seranah diberikan khas buat Akid.
TUNG TUNG!
Humaira yang sedang ralit menaip mesej buat Akid itu terus terkejut mendengar bunyi yang kuat itu. Dia mengurut dadanya.
Ya Allah. Berikanlah aku kesabaran ya Allah. Kenapa lelaki-lelaki dalam hidup aku semuanya suka menyakitkan hati nurani ini ya Allah.
Humaira menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum menjerit...
"HAYYAN! KAU DAH KENAPA? NAK BAGI ROBOH PINTU BILIK AKU KE?? AKU DAH CAKAP AKU DAH BANGUN KAN? APA YANG PAYAH SANGAT NAK HADAM?! SAKIT PULA HATI AKU PAGI-PAGI NI!"
Telefon bimbitnya terus dicampakkan ke atas katil. Dia terus meluru ke pintu. Pintu dibuka dan kaki Hayyan terus disepak dengan kuat. Setelah sepakkan padu dihayun, tangannya pantas menampar-nampar lengan Hayyan sekuat-kuat hati.
"Aduh. Aduh. Ampun Maira. Ampun. Sakit! Aduh. Makk! Tolong!"
Terjegil mata Humaira. Tangannya terus menarik telinga abangnya itu.
"Telinga tu tak dengar ke aku cakap aku dah bangun tadi? Hah? Tak dengar ke?" soal Humaira sambil memiat telinga abangnya dengan riak yang bengis.
"Maira ampun Maira. Sakit. Huhu. Dengar Maira dengar. Lepaskanlah. Sakit." Hayyan memujuk rayu agar dilepaskan, namun tidak diendahkan oleh Humaira. Malah dia menggandakan kesakitan yang dialami oleh Hayyan.
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...