Humaira menghempas tubuh ke tilam empuk miliknya. Ahh penat. Bukan fizikalnya yang penat tetapi mentalnya. Sungguh hari ini mentalnya sangat penat. Kenapa? Pertamanya dia dibebel oleh Fatty sepanjang perjalanan pulang daripada pusat beli belah sampailah ke rumah. Kedua, mentalnya penat memikirkan perangai seorang manusia bernama Akid Haidar. Lelaki itu sungguh menguji imannya.
Ahh Akid tetap Akid. Perangai buruknya tak pernah hilang. Ada saja benda yang akan dia buat untuk menyakitkan hati seorang Humaira. Orang makin berusia makin matang. Lelaki tu pula terbalik. Makin berusia makin tak ada otak! Eh bukan kau pun sama ke Humaira?
Terkujat Humaira seketika apabila ada satu suara yang menyapa. Mana datangnya suara itu? Tak lain dan tak bukan suara hatinya.
Tidak. Tidak. Aku lain Akid lain. Tapi betul ke lain? Kau pun boleh ikut dia pergi main lari-lari dalam mall tu apahal? Itu sebab dia menyakitkan hati. Tapi betul ke? Betul ke kau sakit hati? Atau kau sebenarnya suka diusik oleh Akid?
"Takkkkk! Takkkkk!" Humaira terjerit sendiri apabila hati dan akalnya mula berperang.
"Apa yang tak?"
Humaira segera bangkit dari pembaringannya apabila ada suara yang menyapa.
"Bila masa kau masuk bilik aku Hayyan?"
"Baru je. Fikir nak minta buku yang aku kirim tu. Tiba-tiba kau dah menjerit tak. Kau betul ke tak?"
"Lain kali ketuk pintu dulu baru masuk boleh tak?" Humaira menyoal abang kembarnya dengan wajah mencuka.
"Ek eleh dia ni. Tak payah la emo. Tarik muka konon."
"Ish dia ni. Nah ambillah buku kau ni. Lepas tu keluar." Humaira mengambil buku yang berada di dalam plastik dan dihulurkan buat Hayyan yang berdiri di muka pintu.
"Kau ni kenapa marah-marah? Chill sudah. Tak best betullah dia ni." Hayyan tidak mempedulikan Humaira yang menghalaunya keluar malah lelaki itu terus meluru ke katil milik adik kembarnya itu.
"Aku penatlah. Nak rehat. Keluarlah." Humaira memandang abangnya yang sudah terbaring di katilnya dengan riak muka sedih.
"Ala kau penat kenapa pula? Bukan kau bawa kereta pun kan? Fatty yang bawa."
"Memanglah Fatty yang bawa kereta tapi masa dalam mall tu penat tahu tak ke hulur ke hilir teman Fatty cari barang dari satu kedai ke kedai lain. Kaki aku ni dah sakit tahu tak?"
"Ala Maira. Aku nak luang masa dengan kau sekejap je. Boleh la."
"Mengadalah kau Hayyan. Malamlah. Aku nak rehat sekarang. Dah bangun sekarang."
Humaira menggunakan tenaga perempuannya untuk menolak Hayyan agar lelaki itu bangun daripada katil dan keluar dari biliknya tetapi Hayyan tidak bergerak walau sedikit.
"Eiii beratlah kau ni.. Bangunlah. Kau nak apa sebenarnya ni? Ni mesti ada sesuatu ni." Humaira menayangkan riak curiga buat Hayyan.
"Mana ada aku. Aku cuma nak melepak dengan adik aku je pun. Salah ke?" soal Hayyan dengan suara sedih yang dibuat-buat.
"Tak salah," ujar Humaira perlahan.
"Dah tu? Apa masalahnya kalau aku nak duduk dalam bilik ni?"
"Kan aku cakap aku nak rehat. Memanglah salah. Aku nak tidurlah. Takkan nak tidur dengan kau pula?"
"Asal kalau tidur dengan aku pun? Bukan tak biasa? Masa kecil dulu elok je."
Humaira menarik nafas dalam-dalam. Sabar Humaira sabar.
"Subhanallah. Wahai abangku sayang itu dulu, masa kecil. Sekarang dah besar. Mana boleh!"
Hayyan tergelak.
YOU ARE READING
Akid Humaira
Любовные романыPreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...