Epilog

8.1K 260 26
                                        

Humaira mati kata melihat wajah Akid yang berkerut. Marahlah tu. Aduh, maut ni Maira. Maut. Muka dia tu bukan muka marah biasa-biasa. Ni muka marah tahap petala ni.

"Sayang ni kenapa degil sangat?"

"Abang ni, overlah. Saya okay je kan?"

"Memanglah okay. Tapi kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Kan dah pesan jangan buat benda berat-berat. Degil sangat pergi alih pasu tu kenapa? Tahu tak perut sayang tu bila-bila je boleh meletup? Tinggal tunggu masa je. Kalau apa-apa jadi macam mana? Abang takkan dapat maafkan diri abang sayang tahu tak?" Wajah Akid yang tadinya tegang kini sudah mengendur. Akid menayangkan riak kesal pula. Susah sangat ke isteri aku ni nak dengar kata? Semuanya untuk kebaikkan dia juga.

Melihat wajah Akid itu, Humaira sudah menggaru kepala. Alamak. Merajuk ke ni? Cepat betul mood suami aku bertukar. Tadi marah, sekarang merajuk.

"Ala abang, sayang minta maaf ye? Sorry."

Akid masih berdiam. Alamak. Apa aku nak buat ni? Sejak aku mengandung memang Akid yang terlebih sensitive. Tak boleh salah sikit. Merajuk aja. Terbalik pula dengan aku ni. Ni siapa yang mengandung pun aku tak tahu.

"Abangggg." Humaira sudah mula memasang pancing. Boleh sasau dia kalau Akid terus-terusan merajuk. Apa cara sekali pun dia harus guna untuk pujuk Akid walaupun terpaksa menggoda. Alah suami aku je pun.

"Abanggg sayanggg. Sorrylah." Humaira meramas-ramas tangan Akid. Wajah kesian dipamirkan. Akid memandang sahaja sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain.

Humaira terus memeluk leher Akid. Wajah Akid dicari.

"Sayang minta maaf ye. Sayang tadi cuma nak hilangkan bosan je. Sayang bosanlah asyik duduk je. Buat apa semua tak boleh. Semua abang tak kasi."

Membulat mata Akid mendengarnya. Tengok tu. Baru Akid hendak membuka bicara, pantas Humaira mengucup bibir suaminya. Pelukan diketatkan. Baru sahaja Akid ingin feeling lebih Humaira sudah melepaskan kucupan.

"Abangg.." Humaira memanggil Akid perlahan. Suaranya bergetar.

"Kenapa? Nak sambung dalam bilik? Hehehe."

"Ahh. Abangg."

"Janganlah goda abang macam tu."

"Akid! Jangan nak mengarut. Ahh. Sakit!"

"Haa? Sakit?"

"Yaa sakit. Ahh baby! Baby nak keluar!"

"Haaa??" Akid kalut. Melihat Humaira yang sudah mula berpeluh dan meracau lagi bertambah kalut dia.

"Apa nak buat ni sayang?"

Humaira yang sedang menahan kesakitan memandang tajam suaminya.

"Hospital. Bawalah saya pergi hospital. Ahh. Cepatlah. Sakit."

Akid mengangguk. Segala beg berisi baju Humaira dicapai. Mujur sahaja sudah buat persiapan awal. Akid mencari kunci kereta. Dia meletakkan barang keperluan Humaira di tempat duduk belakang.

Humaira dipapah sehingga ke kereta. Pintu penumpang dibuka dan segera dia membantu Humaira untuk duduk.

"Akid sakit. Cepatlah. Arghh." Humaira dah mencungap. Sakit yang amat dia rasakan sekarang. Gaun mengandung yang dipakai digenggam erat.

Subhanallah. Sakitnya. Mulut Humaira terkumat-kamit beristigfar.
Akid menggenggam tangan Humaira menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya mengawal stereng kereta.

"Sabar sayang. Nak sampai hospital dah." Akid cuba menenangkan hati. Nak suruh isterinya tenang? Memang takkan tenang. Jadi ada baiknya dia yang tenang. Had kelajuan keretanya ditambah sedikit. Setelah hampir dua puluh minit memandu sampai juga dia di hospital.

Akid Humaira Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang