Danial memandu laju keretanya menuju ke Pavillion. Jam dipergelangan tangan kirinya dikerling sekilas.
Mati aku. Mengamuklah si Bella tu sekejap lagi.
Apabila sudah sampai, dia bergegas ke tempat Bella menunggunya. Sedang sibuk dia memasukkan tiket parking ke dalam dompet secara tidak sengaja dia telah terlanggar seseorang.
"Aduh."
Danial terus memandang pemilik suara itu.
"Kau? Heh jalan pakai mata lain kali."
Berdesing telinga Akid yang mendengar ayat sinis itu.
"Bro, adab mana? Kau yang langgar aku dulu." Danial di hadapannya dipandang tajam.
"Dengan kau tak payah beradab pun tak apa. Nak tahu kenapa? Sebab kau dah rampas kebahagiaan aku."
Berkerut dahi Akid mendengarkan ayat itu.
"Aku rampas kebahagiaan kau? Bila masa pula?"
"Bila kau tanya? Kau lupa bekas kekasih aku yang pernah suka kau tu?"
"Itu masalah dia. Bukan aku. Matanglah sikit. We're getting older day by day. Hanya sebab tu je kau nak berdendam dengan aku bertahun-tahun?"
Danial mencebik.
"Bukan sebab tu je. Kau tu nakal tapi kenapa semua orang terkejar-kejarkan kau? Nak kata pandai, aku pandai lagi daripada kau. Nak kata kaya, aku pun kaya. Kenapa kau lebih daripada aku? Jangan lupa sebab kau juga aku tak dapat masuk wakil bola sepak dulu. Kau rampas kedudukan aku. Kau rampas segalanya. Sepatutnya aku yang terpilih dan sepatutnya aku captain bukan kau. Aku yang lebih layak!"
Akid mengeluh. Pemikiran macam budak darjah 1. Kenapa kau temukan aku dengan manusia tak matang macam ni ya tuhan. Wujud rupanya manusia macam ni.
"Aku malas nak gaduh dengan kaulah Danial. Macam budak-budak. Past is past. Benda lama tak perlu nak dibawa-bawa. Selagi kau masih kenang benda yang lama, sampai bila pun kau takkan boleh move on."
Danial mencebik.
"Huh, kau suruh aku move on lepas kau dah hancurkan kebahagiaan aku macam tu je?"
"Apa yang jadi dekat kau tak ada kena mengena pun dengan hidup aku. Kau bukan tak boleh nak move on, tapi kau yang pilih untuk terus sakit. Kau paksa diri kau untuk berdendam. Kau tahu tak rukun iman yang keenam apa?" Akid jeda seketika.
"Percayakan qada' dan qadar. Tapi kalau yang ini kau tak dapat nak ikut. Tak dapat nak amalkan memang sampai matilah hati kau busuk macam ni. Sampai matilah hati kau tak tenang bila tengok orang lain lebih daripada kau dan sampai matilah juga hidup kau penuh dengan dendam. Kau bukan dendam dengan aku je, kau akan dendam dengan orang lain juga malah sesiapa sahaja yang kau rasa dah rampas segalanya dari kau.
Kalau kau percayakan rukun iman ni, kau takkan macam ni. Kau akan terima setiap apa yang berlaku dalam hidup kau dengan lapang dada. Kau akan sentiasa sabar dan nantikan hikmah disetiap apa yang tuhan turunkan pada kau. Kau sepatutnya cari hikmah tu walaupun mungkin kadang-kadang hikmahnya kau tak nampak bahkan kau tak sedar pun.
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...