Humaira mendengus. Muka Akid dipandang geram.
"Kenapa?"
Membulat mata Humaira. Dia tanya kenapa?
"Kenapa awak tanya? Seriously? Ini dah kali kesepuluh awak minta tukar design awak tahu tak?" Humaira cuba mengawal suaranya. Mujur saja sekarang mereka di sebuah restoran. Apa jadah entah nak buat design dekat dalam restoran sebuah mall.
Kalau design dekat pejabat dia kan senang. Senang nak tengok keluasan bilik dia, senang nak fikir susun atur macam mana dia nak. Ini menyusahkan aku. Sepuluh kali weh dia tukar design. Dasar cerewet tahap petala tujuh!
"Biar la kalau kali keseratus pun. Kalau saya tak suka saya mintalah design lain."
Humaira menggenggam penumbuknya. Sabar Humaira, sabar.
"Memang la awak boleh minta design yang lain Encik Akid, tapi ini dah kali kesepuluh tau. Saya dah design macam yang awak nak tiba-tiba awak cakap tak nak pula. Boleh tak awak tetapkan pendirian awak nak design yang macam mana sebenarnya?"Akid menahan mulutnya daripada mempamirkan sengihan. Wajah Humaira yang sedang geram itu dipandang. Sabar je lah ye Humaira.
"Mmm okaylah. Beri saya masa untuk berfikir sekejap." Akid menyusun kesemua design yang telah dilukis oleh Humaira. Dari design yang pertama hingga ke design yang kesepuluh.
"Beri saya pensil dan kertas tu."
Humaira memandang Akid lama sebelum memberikan apa yang diminta oleh Akid.
Tangan Akid terus bergerak-gerak di atas permukaan kertas A3 itu. Setiap design Humaira diperhatikan sebelum tangannya bergerak semula.
"Ok saya nak design yang ni." Akid menyerahkan design yang telah dilukisnya sendiri. Setiap design yang Humaira lukis digabungkan dan dijadikan design baru.
"Cantik. Awak memang pandai melukis ke?" soal Humaira apabila lukisan Akid menyapa pandangan matanya.
"Pandai la juga."
"Kenapa awak tak lukis sendiri je daripada tadi?"
Wajah Humaira dipandang lama.
"Saya pelanggan takkan saya juga yang kena lukis? Ini saya lukis pun sebab lukisan awak semua tak kena dengan apa saya nak. Mesti ada salah sikit."
Humaira menjeling.
"Memang la awak pelanggan tapi cubalah jangan cerewet sangat."
"Bukan cerewet, cuma saya ni teliti."
"Apa-apalah." Humaira menjulingkan matanya.
Akid tergelak.
"Bagi saya satu lagi kertas. Cepat."
Humaira terus memberikan kertas yang diminta Akid.
Akid terus melakar sesuatu di atas kertas itu. Wajah ayu Humaira dipandang sesekali.
Humaira hanya memerhatikan tingkah laku Akid. Hampir setengah jam dia menanti untuk melihat hasil lukisan Akid.
"Okay dah siap. Nah hadiah tanda minta maaf sebab dah susahkan awak." Akid menghulurkan lukisan yang sudah siap dilukis.
Humaira terpaku. Dia memandang Akid dan lukisan itu silih berganti.
"Awak lukis muka saya?"
"Kenapa? Tak boleh ke? Ke tak cantik?" soal Akid sambil menongkat dagu dengan tangannya. Matanya memandang ke dalam mata Humaira.
"Er..er.. Bu..bukan tak boleh.. Ta..tapi.. Ish jangan la pandang saya macam tu. Awak kenapa? Gila?"
Akid tergelak mendengar bicara Humaira yang gugup.
YOU ARE READING
Akid Humaira
RomancePreviously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'cr...