empat

2K 188 13
                                    

"Am, nanti naik train dengan Mia sekali tau. Nenek dah belikan tiket untuk kamu berdua." ujar nenek sambil menghidangkan pancake sebagai menu sarapan bagi kami.

"Ermm, sebenarnya Aidan nak ambil Am nanti. Kitaorang naik kereta sekali," jawab Adam sambil menuangkan sirap blueberry ke atas pancakenya.

"Kalau macam tu, Mia tumpanglah diaorang sekali." Nenek tersenyum mesra ke arahku sekilas.

"Eh, kereta kitaorang pen..."

Kata-kata Adam terhenti apabila aku menjegilkan mata ke arahnya. Ibu jariku dibawa ke sekeliling bahagian depan leherku, mengugut aku akan membunuhnya. Aku suka bila tengok reaksi dia takut macam tu.

Mulutnya berhenti mengunyah apabila mata kami bertaut lama. Air liurnya ditelan laju.

"Oh lupa, harini Aidan nak bawa ramai skandal dia pergi sekolah. Penuh kereta. Am naik train jelah, nek..." jawabnya tidak mengalihkan pandangannya daripadaku. Bagus penipuannya.

"Skandal?" Nenek keliru. Bongok punya Adam.

"Alamak, dah pukul 7:00! Sekolah kita bunyi loceng pukul 8:00 kan? Jomlah bertolak sekarang!" kataku lalu menyuapkan suapan terakhir pancake ke dalam mulut.

Aku bingkas bangun dan mengucup pipi nenek, diikuti oleh Adam. Tiket kereta api di atas almari dicapai oleh Adam sebelum kami berdua melangkah keluar daripada rumah

× × ×

Sebaik saja keluar daripada kereta api bawah tanah, aku dan Adam menggunakan tangga untuk ke dasar semula. Hanya beberapa meter sahaja sekolah yang ditujui dari stesen kereta api.

Kami melangkah masuk kawasan yang terletaknya bangunan yang seluas 12 ekar. Terdapat empat buah blok yang bersambung.

Padang terletak di kiri bersebelahan dengan blok yang paling hujung. Ramai pelajar yang berpakaian bebas berkeliaran di sekitar kawasan blok-blok. Masing-masing sedang menuju ke kelas agaknya.

Sedang asyik aku memerhati sekitar kawasan sekolah, Adam telah hilang daripada pandanganku.

"Shit!" keluhku. Dahlah tak tahu apa, tiba-tiba kena cari jalan sendiri pulak.

Aku meluru masuk ke dalam bangunan. Nampaknya aku termasuk dalam bangunan kafeteria. Aku terus melalui jalan keluar kafeteria dan memasuki hallway loker yang dibanjiri oleh pelajar-pelajar sekolah. Aku mula melilau mencari pejabat.

Aku mengikut papan tanda yang menunjukkan arah ke pejabat. Pintu gerbang kayu jati pejabat itu aku tolak dan menuju ke kaunter. Seorang berambut biru dan berpakaian blazer kelabu di tubuhnya tersenyum ke arahku.

"Saya Mia Ammara. Boleh saya dapatkan jadual kelas? Saya budak baharu kat sini." Aku menggaru leherku yang tidak gatal. Ayat aku skema sangat. Geli ketiak aku.

"Sekejap."

Kerani tersebut menaip sesuatu di skrin komputernya. Dia kembali bersama dua keping kertas. Satu kecil dan satu besar.

"Ini jadual kamu. Cari kelas ikut nombor yang tertulis di sini.Dan ini kod loker kamu. Good luck!" terang Miss Maria.

Macam mana aku tahu nama dia? Ada name taglah. Aku mengucap terima kasih dan berlalu keluar daripada ruang pejabat.

Asal semua kelas aku stress sangat?

×××

Bunyi loceng sekolah ni boleh buat telinga aku pekak kalau dengar hari-hari. Semasa aku bersekolah di Firewood, bunyi locengnya tak adalah sekuat ini.

Kelas pertama lagi dah stres iaitu Biologi. Aku baru nak mood mata pelajaran yang senang-senang. Tapi apa nak buat kalau dah nasib. Aku sibuk mentatal skrin telefon. Mesej daripada Aidil timbul di paparan skrin.

Aidil
Baby, mana you? Kenapa tak datang lagi?

Kalau korang tak ingat, Aidil ni kawan aku yang suka lepak kat arcade sampai tengah malam.

Aidil ni boleh dikategorikan sebagai friends with benefits aku. Dia memang selalu panggil aku sayang tapi aku tak pernah pun sayang dia. Basically, we just fed each other lusts so that we can live.

Bukk!

Tak aku tak jatuh. Telefon aku yang jatuh.

"Shit!" dengusku. Aku membengkokkan tubuh untuk mencapai telefon yang terjatuh di lantai.

"Damn, girl!" Punggung aku ditampar.

Aku terdengar gelak tawa sekumpulan lelaki yang seperti menyindirku. Aku mengangkat wajah dan tekaan aku memang tepat sekali. Mereka masing-masing bergelak ketawa, sesekali memandang aku di belakang. Dia tak tahu yang dia tengah main dengan siapa.

Aku geram lalu berjalan laju ke arah mereka. Kolar baju lelaki yang berkulit sawo matang itu aku tariknya keluar daripada kumpulan rakannya yang lain. Dialah yang gelak paling kuat. Mesti dia yang tampar tadi!

Tubuhnya terpusing ke arahku secara spontan. Aku menghadiahkan penumbuk ke wajahnya sehingga dia jatuh tersembam ke atas lantai.

"Whoaaa!!"

"Serious ke weh?"

"Maya ke tu?"

"Tak sangka do!"

Aku target bagi dia lebam je. Tak sangka pula daya aku terlebih. Tetapi aku tetap puas dapat lepaskan geram terhadap dia. Nak tambah sakit lagi, aku tambahkan sepakan pada punggungnya. Itulah akibatnya kau nak main tampar-tampar punggung aku! Padan muka.

Aku melutut di sebelahnya yang masih terbaring sambil tersenyum sinis. Kolar bajunya aku tarik, mendekatkan wajahku dengan wajahnya. Cecair merah tidak berhenti mengalir dari lubang hidungnya.

"Cari fasal lagikan? Puas? Ke kau nak lagi?" tengkingku di wajahnya. Dadanya berombak mengambil nafas. Baru sikit je kot aku tumbuk dah penat.

"Kalau kau nak terus hidup kat sini, aku sarankan you mind your own business and not to slap some random girl's ass without their consent!"

Aku melepaskan kolar bajunya kasar. Kepalanya terhentak pada lantai lalu dia mengadu kesakitan.

Aku bangun dan berpusing ke belakang. Baru aku sedar yang semua orang tengah pandang aku.

"Tengok apa? Nak jugak?"

Mereka mula melakukan hal masing-masing yang tergendala. Tahu taku dengan aku.

Pergh, hari pertama lagi aku dah berjaya kuasai sekolah. Senanglah kerja aku kalau macam ni.

Adam, Cairiel, Aidan dan Zafril berdiri di tengah-tengah hallway sambil tercengang memandangku.

"Wow, aku baru percaya yang dia ni Mia!" Cairiel menunjuk ke arahku.

"Dia tak normal." Zafril menggeleng kepala. Aidan separuh terlongo memandangku. Adam menelan air liur.

"Boys, tak sangka kita jumpa lagi sekali!" Aku menyilangkan tangan ke dada.

"Errr, sebenarnya aku nak pergi kelas Sejarah. Okay bye!" Adam menjadi orang pertama yang berlalu pergi.

"Oh ya, aku lupa nak bagi MC semalam kat Miss Maria! Temankan aku, Zaf!" Cairiel menarik tangan Zafril berjalan melepasiku. Taik hidung dia MC semalam. Semalam hari Ahad. Nak menipu pun tolonglah jadi bijak sikit.

Kawasan hallway menjadi lengang. Hanya tinggal aku dan Aidan.Wajah Aidan tenang memandangku. Gula-gula getah di dalam mulutnya ditiup menjadi belon dan meletup di hadapanku. Aku sedikit pun tidak terkejut.

"Kau ikut aku, Beta."

Eh, suka hati kau nak arah aku?

×××

fun fact : cerita ni sepatutnya bertajuk Lakewood.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now